klik atas nuffnang

Monday, December 27, 2010

Gastritis - Helicobacter Pylori - Sakit Perut - Ulser

Pelbagai Punca Gastritis

1- Jangkitan bakteria. Majoriti penduduk dunia dijangkiti bakteria berbentuk 'cockscrew' dikenali sebagai "helicobacter pylori" yang berkembang di dalam lapisan mukosa yang melapisi lapisan perut anda.
2- Walaupun tidak begitu jelas, ia berangkali merebak dan tersebar melalui laluan oral-fekal atau berjangkit melalui makanan atau air yang telah dicemari.
3- Dalam jangka panjang, jangkitan bakteria tersebut akan mengakibatkan pembengkakan yang banyak di mana ia akan menyebabkan perubahan di dalam lapisan perut anda.
4- Tahap penghasilan asid yang rendah akan menghalang toksin penyebab kanser dikeluarkan daripada perut anda, dan ini meninggikan risiko anda menghidap kanser perut.



Faktor lain yang menyebabkan Helicobacter Pylori

1- Penggunaan pil penahan sakit secara kerap. Ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDS) seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen boleh menyebabkan inflamasi (keradangan) perut dengan mengurangkan bahan yang memelihara lapisan perut yang bertindak sebagai pelindung (prostaglandin).
2- Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh merengsa dan menghakis lapisan mukosa perut menyebabkan tisu-tisu perut anda lebih lemah untuk efek kaustik daripada rembesan perut yang normal.
3- Penggunaan kokain boleh merosakkan perut anda, mengakibatkan perdarahan dan gastritis.
4- Stres. Jika anda mengalami stres yang teruk disebabkan oleh surgeri utama, kecederaan traumatik, kesan terbakar atau jangkitan yang teruk juga boleh menyebabkan gastritis, ulser dan juga pendarahan di perut.

Gejala jangkitan "Helicobacter Pylori"

1- Loya atau muntah-muntah
2- Kehilangan berat badan
3- Kesakitan yang semakin pulih atau teruk selepas makan
4- Sakit seperti terbakar
5- Kejang atau sakit seperti kelaparan yang biasanya berlaku antara satu hingga tiga jam selepas makan atau di tengah malam.
6- Sendawa
7- Najis berwarna hitam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh