klik atas nuffnang

Tuesday, December 27, 2011

Penemuan Perubatan Terbaru 2011

10 Penemuan perubatan 2011

MAJALAH Time baru-baru ini menggariskan 10 penemuan perubatan sepanjang tahun 2011. Ia meliputi teknik, vaksin, rawatan, diet, penyakit dan risiko.

Teknik pengklonan untuk mencipta sel stem.
Sekumpulan penyelidik melaporkan mereka berjaya menggunakan teknik Pemindahan Sel Nuklear Somatik (SCNT) - teknik yang sama mencipta Dolly, kambing biri-biri yang merupakan mamalia pertama diklonkan - ke atas sel manusia.

Oktober lalu, saintis di Yayasan Sel Stem New York berjaya mengubah-suai teknik tersebut dengan menggabungkan DNA sel manusia dengan bahan genetik sel telur. Cubaan sebelum ini mengklonkan sel manusia menggunakan teknik SCNT gagal.

Penemuan tersebut memberi harapan dalam bidang perubatan kerana berkemungkinan dapat menghasilkan sel stem yang akan digunakan untuk merawat penyakit seperti kecederaan saraf tunjang dan Parkinson, satu hari nanti.

Vaksin Malaria yang pertama.
Vaksin malaria pertama yang telah diuji ke atas kanak-kanak di Afrika merendahkan risiko jangkitan malaria sehingga setengah, penemuan luar biasa memandangkan tiada vaksin menentang parasit manusia atau malaria yang menghidap berjuta-juta kanak-kanak setiap tahun sebelum ini.

Para saintis melaporkan vaksin eksperimen yang dikenali sebagai RTS itu efektif sehingga 56 peratus dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak berusia dari 5 hingga 17 bulan daripada terkena jangkitan malaria dalam tempoh setahun imunisasi itu.

Namun, tempoh percubaan vaksin eksperimen itu dijangka hanya akan berakhir pada tahun 2014 kerana saintis masih menjalankan pemerhatian terhadap 15,460 orang kanak-kanak tersebut bagi melihat berapa lama vaksin itu dapat bertahan.

Wednesday, December 21, 2011

Khazanah alam dengan 1,001 khasiat perubatan

CENDAWAN ada pelbagai jenis. Ada yang boleh dimakan dan ada pula yang beracun. Terdapat cendawan yang boleh ditanam secara komersial dan sesetengahnya pula hanya hidup secara liar dalam hutan.

Tetapi yang pasti tentunya tiada ramai yang mengenali cendawan susu rimau. Tetapi di kalangan nenek moyang kita dan Orang Asli mereka cukup arif tentang cendawan ini. Sebabnya kerana ia memiliki khasiat yang tidak ternilai yang tersimpan rapi sebagai khazanah alam yang perlu 'dicungkil' untuk manfaat semua.

Kenapa cendawan yang dengan nama saintifiknya Lignosus rhinocerus di gelar cendawan susu rimau?

Saturday, December 17, 2011

Pengesahan Saintifik Lisselife

Nattokinase

 
 
Tahun Fakta-Fakta
1987-1990

Dr. Hiroyuki Sumi dari Jepun menjalankan ujian ke atas 200 jenis makanan traditional Jepun. Beliau mendapati bahawa hanya enzim dalam natto - Nattokinase, berupaya melarutkan darah beku.

1998

Ahli-ahli sains Jepun mendapati bahawa ekstrak natto – Nattokinase juga berkesan merendahkan paras tekanan darah. Menurut kajian klinikal, natto berkesan menyelesaikan masalah penyumbatan saluran darah di seluruh badan dan retina mata.


Ujian Nattokinase Melarutkan
Darah Beku Buatan Manusia.

Darah beku disuntik ke dalam saluran darah kaki seekor anjing, mengakibatkan penyumbatan saluran darah, darah tidak dapat mengalir. Selepas 5 jam diberi nattokinase, darah beku sudah dilarutkan dan darah mula mengalir lancar!

Beras Yis Merah



 
Tahun Fakta-Fakta
1979

Profesor Endo dari Jepun menemui sejenis bahan dalam beras yis merah yang berupaya merendahkan paras kolesterol darah dan telah menamakannya sebagai Monacolin K.

1985

Profesor Goldstcin dan Profesor Brown dari Amerika menjalankan kajian tentang fungsi Monacolin-K dalam proses pencegahan pembentukan kolesterol dalam badan. Mereka telah mendapat fakta-fakta untuk mengesahkan beras yis merah berupaya merendahkan lipid darah.

Saturday, December 10, 2011

Ramuan Utama & Fungsi Lisselife

Ramuan Utama and Kelebihan Lisselife


Nattokinase







Mencegah pembentukkan darah beku
Melarutkan darah beku
Merendahkan paras tekanan darah
Anti-pengoksidaan



Debunga Lebah










Mengandungi vitamin P (Rutin) dan flavonoids
Melembutkan saluran darah, meningkatkan kekenyalan saluran darah
Mencegah artherosklerosis
Merendahkan lipid darah dan tekanan darah
Anti-pengoksidaan



Ekstrak Beras Yis Merah






Mengawalatur paras lipid darah, merendahkan paras trigliserida
Merendahkan paras jumlah kolesterol dan kolesterol densiti rendah (LDL)
Meningkatkan paras kolesterol densiti tinggi (HDL)
Mencegah artherosklerosis dan penyakit saluran darah 




Fungsi & Kelebihan Lisselife

Membantu mencegah :
  • Serangan sakit jantung
  • Artherosklerosis
  • Darah beku
  • Strok
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Lipid darah Tinggi
  • Trigliserida Tinggi
  • Darah pekat dan likat
  • Peredaran darah kurang baik
  • Varicose vein
  • Kekebasan kaki dan tangan
  • Migrain
  • Nyanyuk atau kemerosakan Daya Ingatan,
  • Kelemahan fungsi seks
  • Kegagalan Ginjal
  • Penglihatan kabur akibat penyumbatan saluran darah mata.

Lisselife

Lisselife mengandungi nattokinase, ekstrak beras yis merah dan debunga lebah. Khas bagi menguatkan sistem peredaran darah anda.

Mencegah tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.



Menyayangi Jantung Anda…
Menyayangi Nyawa Anda...
Menyayangi Keluarga Anda...
Bermula Dengan Lisselife!!!

Wednesday, December 7, 2011

Aktiviti Kesihatan 2012

Mulakan tahun 2012 dengan memperbaiki kesihatan diri. Badan yang sihat berpunca dari aktiviti yang sihat.

Pemakanan sihat
Amalan yang sihat bermula dari pemakanan yang sihat. Kurangkan makanan berkanji dan berlemak. Lebihkan protein, sayur dan buah-buahan. Makan makanan yang mengandungi glicemic indeks yang rendah contohnya beras basmati, roti serat. Apabila berbelanja di kedai, bacalah kandungan pada label. Kandungan pertama merupakan kandungan terbanyak dalam sesuatu makanan itu. Sekiranya anda sukakan makanan yang manis, tukarkan gula pada stevia yang lebih elok dimakan. Kesederhanaan dalam pemakanan dan berhenti sebelum kenyang merupakan amalan yang baik diamalkan.

Minum banyak air yang telah ditapis. Elakkan minuman bergas dan berkafein.

Elakkan makanan ringan dan makanan yang mengandungi pengawet.

Saturday, November 26, 2011

Jangan Makan Lewat Malam

Budaya makan lewat malam sudah menjadi satu perkara biasa bagi mereka yang bergelar warga kota.

Roti canai, mi goreng mamak, makanan segera dan teh tarik adalah menu popular bagi mereka yang selalu mengunjungi premis-premis restoran atau gerai yang dibuka 24 jan setiap hari.

Kadang kala ia menjadi satu aktiviti wajib kepada sesetengah warga kota untuk menjamah selera pada waktu lewat tengah malam ataupun di awal pagi.

Mungkin ramai di antara mereka tidak sedar risiko kesihatan jangka panjang yang mereka boleh hadapi secara beransur-ansur akibat pembawaan budaya ini.

Bagi Pakar Kecergasan, Kevin Zahri, gaya hidup orang Malaysia yang suka makan di lewat malam sukar diubah tetapi boleh diseimbangkan dengan cara hidup yang betul.

"Sekiranya mereka melakukan aktiviti berat seperti bersukan tiada salahnya mengambil makanan berlebihan di waktu malam," katanya.

Sudut Persoalan i Kids

1. Orang dewasa boleh memakan i-kids?
Boleh. i-Kids membekalkan khasiat-khasiat yang diperlukan oleh badan manusia. Ia sesuai dimakan oleh semua golongan tidak kira usia atau jantina dan amat disyorkan kepada wanita hamil.

 2. Apakah kebaikan i Kids?
Colostrum is the powerful, nutrient-rich fluid a mother produces for her newborn just after birth. It provides a supercharged blend of vital proteins, antibodies, antioxidants, immunoglobulins, growth factors, vitamins, minerals, enzymes and amino acids. Colostrum is literally Mother Nature's very first, life sustaining superfood. There are over 37 powerful immune factors found in properly processed bovine colostrum. In addition, colostrum provides 8 growth factors which help to rebuild and rejuvenate your body by promoting healthy human growth hormone (HGH) production.

3. I - Kids boleh dimakan dalam jangka masa yang panjang?
Boleh. Semua orang memerlukan berbagai khasiat untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan. i-Kids merupakan sumber khasiat terbaik yang diperlukan setiap hari.

Testimoni i-Kids

Yong Chi Yin, 13 Bulan, Kuala Terengganu
( Lemah, Tidak Bertenaga, Selalu Demam, Selsema Dan Batuk )
Selepas penggunaan sebotol i-kids, anak saya kelihatan lebih bersemagat, bertenaga, cergas dan ceria berbanding sebelum ini! Saya juga mendapati bahawa daya ketahanannya semakin kuat, jarang demam, selsema dan batuk. Nampaknya semakin aktif, cerdas dan pintas.Terima kasih Avail!
 
 
Teoh Jiexi, 3 tahun, Kuala Terengganu 
( Penyakit Asma, Badan Lemah )
Jiexi ialah bayi dilahirkan tidak cukup bulan (7 bulan). Peparunya sangat lemah dan menghidap penyakit asma. Dia perlu menjalani pemeriksaan tepat masa di hospital lebih kurang 3-4 bulan sekali.

Jiexi mula meminum Avail Pro-Polis dan memakan i-Kids sejak Jun 2006. 3 titik Avail Pro-Polis dan 5 biji i-Kids setiap hari. Kesannya memang hebat sekali. Pada bulan Ogos, Doktor mengatakan bahawa penyakit asmanya telah sembuh dan tidak perlu datang lagi untuk menjalani pemeriksaan rutin. Daya ketahanannya semakin kuat dan tidak mudah jatuh sakit lagi.
 

Wednesday, November 23, 2011

Ramuan Utama dan Fungsi i Kids

Menurut kajian saintifik: Kolostrum mempunyai pelbagai jenis faktor imun dan tumbesaran yang lebih berkhasiat dan berkesan berbanding susu lembu yang biasa.

Menurut laporan kajian Perubatan Virus Amerika, kolostrum kaya dengan globulin imun, faktor imun dan tumbesaran semulajadi yang berupaya menentang virus. Kolostrum berupaya mencegah penyakit saluran pernafasan terutamannya selsema dan jangkitan virus.

Khas untuk tumbesaran kanak-kanak yang sihat dan ceria.
1. Menguatkan sistem pertahanan badan
2. Mencegah jangkitan, selesema dan demam
3. Mengurangkan reaksi alergi
4. Meningkatkan kekenyalan kulit dan otot
5. Membantu pertumbuhan tulang dan tulang rawan
6. Melindungi perut dan usus
7. Mempercepatkan proses penyembuhan luka
8. Meningkatkan daya tumpuan
9. Meningkatkan tahap kesihatan, kecergasan dan kecerdasan kanak-kanak

i Kids

- Kolostrum Lembu New Zealand

i-Kids diperbuat daripada formulasi kolostrum semulajadi yang unik dari New Zealand yang khas kepada kanak-kanak.

Ia bukan sahaja kaya dengan khasiat-khasiat seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan zat mineral, ia juga mengandungi faktor-faktor tumbesaran dan daya ketahanan yang penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh. Kajian perubatan dan klinikal telah menunjukkan bahawa faktor imun dalam kolostrum boleh melawan virus, bakteria, kulat, alergen (bahan penyebab alahan) dan toksin.

Kolostrum lembu dari New Zealand merupakan kolostrum yang paling berkualiti berbanding yang lain. Lembu-lembu yang dipelihara tidak diberi suntikan hormon, bebas daripada teknologi genetik, dipelihara secara bebas dan rumput-rumput yang dimakan lembu tidak menggunakan racun rumpai. Kualiti produk tenusu keluaran New Zealand sentiasa dijamin. Makmal kajian dan proses pengeluarannya juga memperolehi Jaminan Kualiti Antarabangsa ISO 9001.

Kanak-kanak yang sentiasa mengambil kolostrum mempunyai daya ketahanan yang kuat dan bebas daripada penyakit-penyakit jangkitan seperti selsema, keradangan peparu dan cirit-birit. Selain itu, ia juga boleh merangsang tumbesaran dan meningkatkan daya kecerdasan kanak-kanak.

Saturday, November 19, 2011

Panduan Kurangkan Berat Badan

  1. Jangan skip meals.
    Ramai ingat bahawa anda perlu skip meals seperti elakkan sarapan pagi dan melaparkan diri untuk kurang berat badan. Ini salah. Dengan cara ini anda hanya berjaya menurunkan metabolisma badan.  

    Panduan Terbaik? Makan 5-7 hidangan sederhana sehari dan kurang makan/minum 2-3 jam sebelum tidur.

  2. Kawal nafsu makan….
    Once nafsu is there memang susah untuk membuat pilihan makanan yang baik. Again di sinilah anda perlu makan 5-7 kali sehari untuk mengawal nafsu makan anda.

  3. Tingkatkan tahap keaktifan anda…
    Tak semestinya dengan jogging atau bersenam di gym. Yang penting anda tingkatkan aktiviti physical untuk bakar lebih calorie, seperti
    • Park kereta anda lebih jauh daripada destinasi anda
    • Jangan guna lif…use the stairs
    • Bersihkan rumah anda
  4. Ketahui keperluan kalori anda.
    Ini penting dan jika anda rajin, bandingkan keperluan kalorie dengan pemakanan kalorie seharian anda.

  5. Eliminate makanan yang 1. tidak elok dan 2. tidak perlu.
    Kekadang kita ambil makan/minuman yang actually kita tak perlukan sangat pun….just because its there, doesn’t mean we have to eat or drink them

  6. Diet pills?
    Yes they work tetapi tidak jika anda tidak gabungkan penggunaannya dengan makanan yang terkawal…..

Sudut Persoalan Man Plus

1.
Adakah produk ini selamat digunakan dan ditanggung halal ?

Man Plus selamat digunakan oleh semua kaum lelaki kerana produk ini telah diperakui kelulusan dari kementerian kesihatan dan produk ini ditanggung halal.

2.
Bagaimanakah pengguna mengenalpasti produk Man Plus berkesan?

Penyelidikan saintifik dan maklum balas yang didapati telah membuktikan bahawa status kesihatan para pengguna Man Plus telah bertambah baik, sentiasa bertenaga dan bersemangat.

3.
Adakah produk ini memberi kesan sampingan?

Tidak. Men Plus diperbuat daripada ramuan-ramuan traditional yang unik dari negara Thailand dan China. Khasnya kepada kaum lelaki yang mengutamakan kesihatan badan.


Testimoni ManPlus

Lu Nget Fong, 48 Tahun, USA ( Penyakit Kronik )
 
Saya mengalami masalah buah pinggang, tekanan darah tinggi dan kolesterol. Saya juga selalu berasa letih.

Selepas mencuba i-Food dan Man Plus, saya berasa tahap kesihatan saya telah bertambah baik. Kini, saya sentiasa bertenaga dan bersemangat kuat untuk bekerja. 
 
 
 
Phang Jien San, 50 Tahun, Johor Bahru ( Penyakit Kronik dan Rambut Gugur )
 
Saya menghadapi masalah hati, buah pinggang, tekanan darah tinggi, kolesterol dan lain-lain lagi. Saya berasa cepat letih dan rambut semakin berkurangan.

Selepas mengambil i-Food dan Man Plus, kesihatan saya semakin baik dan berasa lebih bertenaga sekarang. Rambut saya pula semakin hari semakin banyak.
 
 
 
Muhammed Haniff Bin Hashim, 32 Tahun, Johor
( Meningkatkan Tahap Kesihatan )
 
Saya amat gembira dengan kehadiran i-Food dan Man Plus kerana 2 produk ini sudah memadai untuk memenuhi keperluan kesihatan saya.
 
Saya berasa lebih bertenaga berbanding dengan dulu, saya tidak akan berasa berat kaki walaupun saya kena mendaki setinggi 4 tingkat untuk sampai ke rumah pangsasuri saya.
 
 

Ramuan Utama dan Fungsi Man Plus

A. Pueraria Lobata (Butea Superba)
Sejenis tumbuhan asli Thailand yang digunakan turun-temurun oleh penduduk asli untuk memulihkan tenaga dan menguatkan badan.


B. Cordyceps Sinensis
Dalam sejarah China, ia dianggap sebagai suatu ubat asli untuk memulihkan tenaga, melanjutkan usia dan meningkatkan kualiti kehidupan.


Fungsi dan Kebaikan Man Plus

  • Mengekalkan tenaga.
  • Mengurangkan keletihan.
  • Menguatkan fungsi hati dan buah pinggang.
  • Menambahkan kekuatan badan untuk menentang tekanan.
  • Menguatkan ketegangan zakar.
  • Meningkatkan kepuasan seksual.

Man Plus

Man Plus merupakan ramuan yang khas kepada kaum lelaki yang mementingkan kesejahteraan dan keharmonian keluarga.

Man Plus mengandungi dua jenis ramuan tumbuhan yang berharga. Pertama ialah Butea superba dari utara Thailand dan yang kedua ialah Cordyceps sinesis dari China.

Butea superba merupakan sejenis tumbuhan asli Thailand yang digunakan turun-temurun oleh penduduk asli untuk memulihkan tenaga dan menguatkan badan. Dalam sejarah China, Cordyceps sinensis digunakan sebagai satu ubat asli untuk memulihkan tenaga, melanjutkan usia dan meningkatkan kualiti kehidupan.

Friday, November 18, 2011

Bulan cegah jangkitan kuman

KETIKA seluruh dunia dilanda kebimbangan kemunculan pelbagai wabak penyakit berjangkit, banyak pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengambil pelbagai langkah untuk mengelak jangkitan.

Malah penyakit berjangkit kini menjadi masalah global yang sangat membimbangkan.

Menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan, Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kimoterapi Malaysia (MSIDC) dan syarikat Clorox (Clorox) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan baru-baru ini melancarkan Bulan Mencegah Jangkitan Malaysia (IPMM).

Ia bertujuan meningkatkan kesedaran serta membantu rakyat Malaysia untuk mencegah penyebaran kuman penyebab penyakit.

puting sakit ketika menyusu

Sebagai seorang wanita yang bergelar ibu, terlebih dahulu krluarga avail ingin mengucapkan syabas kepada Puan kerana berusaha menjadi seorang ibu yang berjaya dalam penyusuan. Susu ibu adalah hak setiap anak yang perlu ditunaikan oleh seseorang ibu. Kejayaan seseorang ibu menyusui anaknya sehingga berusia sekurang-kurangnya dua tahun akan menjadikan anda seorang ibu yang cukup sempurna.

Menyusui bayi adalah satu tuntutan yang amat digalakkan oleh setiap agama dan kepercayaan. Penyusuan susu ibu adalah tuntutan yang diutamakan dalam agama Islam. Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyebut tentang kepentingan menyusui anak, sama ada oleh ibu yang melahirkan anak ataupun ibu susuan. Seruan untuk menyusui anak telah disebut melalui firman Allah di dalam Al-quran melalu surah Al-Baqarah ayat ke 233 yang bermaksud: "Ibu-ibu hendaklah menyusui selama dua tahun genap bagi mereka yang ingin menyempurnakan penyusuan".

Menyusui bayi dengan susu ibu bukanlah sesuatu yang payah, ia juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Pengetahuan tentang penyusuan akan membantu meningkatkan keyakinan ibu dan seterusnya mendorong ibu untuk mengatasi dugaan dan rintangan seperti mana yang sedang puan hadapi.

Wednesday, November 9, 2011

kenapa perut lelaki buncit lepas kahwin?

Rasanya bukan seorang saja yang bertanya diri sendiri kenapa orang lelaki bila dia dah berkahwin perutnya akan buncit. Selalu juga kita dengar orang cakap macam ni, “Sekarang ni kurus. Dah kawen nanti mesti gemuk.” Walaupun istilah gemuk dan buncit itu tak sama, tapi dalam konteks ini ianya membawa maksud yang serupa, iaitu perut naik. Tapi…kenapa ye? – Aku bukan kurus wei, cuma tak gemuk je haha.

Jom kita baca satu artikel dalam Majalah Maskulin edisi Ogos 2009 baru² ni. Jadi rasanya elok juga berkongsi dengan rakan² info pasal ni. Artikel yang anda akan baca nanti mungkin ada yang mencelarukan perasaan. Mungkin rangsangan dirinya sedikit terganggu. Tapi ketahuilah, tiada niat untuk berkata lucah ke apa kat sini. Anggaplah ianya satu info yang patut diberi perhatian bagi anda yang bergelar lelaki terutamanya. Perempuan pun sama juga. Takkanlah suami nak isterinya slim anggun menawan tapi perut suaminya boroi ke depan sampai nak tengok kaki sendiri pun tak nampak hehe. Sama²lah berusaha supaya dua² maintain slim dan bergaya.

Menurut artikel dalam kolum Info Seks majalah tersebut, lelaki yang dah berkahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Orang perempuan pula perut buncit kerana kena ‘buatan orang’ hehe. Gurau². Ok. Selalu juga kita dengar lelaki yang dah berkahwin ni perut buncit sebab ada orang jaga makan minum dia. Entahlah boleh diterima ke tak. Ianya sekadar agak² orang, bukannya fakta pun. Ini faktanya yang perlu kita tahu.

tip - tips menghilangkan jerawat

Tips Berkesan Hilangkan Jerawat Di Muka

Tak perlu banyak tips yang perlu amalkan , tiga sahaja. Dengan tips ni korang dapat berjimat lagi, bukan kena keluarkan duit beli ubat ke apa. Nak amalkannya pun tak susah, cuma perlukan sedikit ketabahan. Pot pet pot pet…bila nak bagi tips ni? Haha. Ok ok. Malas cakap banyak, tips-tipsnya adalah seperti berikut:

Monday, October 24, 2011

Kesan Kolesterol Dalam Badan

Ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol.
Kolesterol sering disalahertikan dalam sebahagian diet harian kita. Kebanyakannya tahu bahawa mereka sepatutnya mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi ramai diantaranya yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol itu. Berikut dihuraikan secara ringkas tentang kesan kolesterol di dalam badan.

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

Monday, October 17, 2011

Demam Panas dan Sawan

Mungkin ramai yang tak tahu apakah yang di katakan demam sawan..
kalian boleh rujuk entry ni untuk maklumat lebih lanjut berkaitan demam sawan atau febrile fit .

Tanda-Tanda Demam Panas

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat-cepat bawa klinik/hospital ok..)

4. Kalau anak kecil, merengek ... sebab badan tak selesa...

Thursday, October 13, 2011

Sudut Persoalan i-Food

1. Kenapa kita memerlukan i-Food?

Kebanyakkan orang suka memakan makanan yang telah diproses, dihalus dan makanan segera, tetapi mengabaikan sayur-sayuran dan buah-buahan yang membekalkan vitamin, zat galian dan serat. i-Food diperbuat daripada pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan, membekalkan kita khasiat-khasiat penting yang diperlukan setiap hari. Ia berupaya menghalang penyerapan bahan-bahan yang merbahaya dan membantu menyingkirkan toksik-toksik yang terkumpul dalam badan. i-Food merupakan suplemen keperluan harian yang mencergaskan badan dan mencerdaskan minda kita.

2. Adakah vegetarian sesuai memakan i-Food?

i-Food diperbuat daripada ramuan tumbuhan semulajadi. Ia mengandungi pelbagai jenis khasiat yang penting terutamanya vitamin B12, sejenis khasiat utama yang selalunya kurang di kalangan vegetarian. Vitamin B12 boleh mencegah anemia dan meningkatkan daya ingatan. i-Food ialah makanan penjagaan kesihatan pilihan terbaik bagi para vegetarian.

3. Sesuaikah wanita hamil meminum i-Food?

Sesuai. i-Food membekalkan zat-zat penting yang diperlukan oleh ibu mengandung dan janinnya, terutamanya asid folik, vitamin B12 dan asid amino.

4. Apa kelebihan i-Food terhadap pesakit kronik (kencing manis, tekanan darah tinggi, kanser dan lain-lain)?

i-Food berkesan menurunkan tahap gula dan kolesterol yang berlebihan dalam badan, membantu proses detoksifikasi hati, menyingkirkan bahan kimia ubat-ubatan dan toksik yang terkumpul dalam badan. Dicadangkan meminum i-Food setiap pagi dan malam sehari.

5. Apa kelebihan i-Food terhadap mereka yang hendak menguruskan berat badannya?

i-Food berupaya meningkatkan kadar metabolisma, mengawal niat memakan, mengawal penyerapan lipid dan bahan merbahaya dalam makanan, anti-pengoksidaan dan menyingkirkan bahan buangan yang terkumpul dalam badan. Dicadang meminum i-Food setengah jam sebelum setiap kali makan.

bebaskan diri dari ekzema

Bebaskan si kecil daripada seksa ekzema

MELIHAT kegelisahan si kecil tidak boleh duduk diam kerana gatal-gatal dan ruam di badan pasti merunsingkan hati si ibu.

Tambah memilukan apabila kesan kegatalan tersebut menyebabkan kulit si kecil menggelupas dan kemerah-merahan di seluruh badan.

Situasi ini kerap dialami oleh penghidap ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.

Biarpun penyakit ini tidak mendatangkan bahaya dan mengancam nyawa, namun penyakit ini semakin kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan alahan serta keadaan persekitaran dan udara yang tidak bersih.

Bahkan mengikut statistik Persatuan Dermatologi, ekzema atopik merupakan penyakit yang kerap menyerang kanak-kanak di seluruh dunia dengan 10 hingga 20 peratus terdiri daripada kanak-kanak berbanding satu hingga tiga peratus berlaku kepada golongan dewasa.

Saturday, October 8, 2011

Cara Buang Tahi Lalat

KETIKA diperkenalkan rawatan membuang tahi lalat, ada yang terfikir apakah hukumannya?

Ada pakar agama berpendapat, seandainya tahi lalat terlalu banyak di muka sehingga mendatangkan aib, maka diharuskan untuk membuangnya. Sekiranya seseorang itu berhajat membuang tahi lalat untuk kecantikan semata-mata, maka hukumnya juga haram kerana ia termasuk dalam konteks mengubah ciptaan Allah.

Dalam konteks ini, membuang tahi lalat sebenarnya perlu sekiranya tahi lalat makin membesar dan berubah warna (merah, coklat, kehitaman). Manakala tahi lalat berambut dikatakan bahaya kerana ia boleh mengundang kanser sel basal (bengkak-bengkak pada badan atau sembap kerana sakit beri-beri). Selain rawatan alternatif, terdapat pelbagai rawatan moden seperti laser untuk membuang tahi lalat.

Masalah Rambut

Stres punca rambut gugur?

RAMBUT tumbuh di merata badan manusia kecuali di tapak tangan dan di tapak kaki. Ada sesetengah rambut tumbuh terlalu halus sehinggakan kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar.

Namun begitu rambut yang tumbuh di kepala paling menjadi perhatian sama ada lelaki atau wanita. Maklumlah, rambut adalah mahkota.

Secara purata, seorang dewasa mempunyai 100,000 ke 150,000 helai rambut. Rambut gugur lebih kurang 100 helai sehari, oleh itu jika anda menjumpai beberapa helai rambut di sikat ketika berdandan, janganlah risau.

Pertumbuhan rambut terbahagi kepada tiga fasa.

Fasa Anagen: Fasa penumbuhan aktif jangka masa 2 ke 6 tahun
Fasa Catagen: Fasa di mana rambut yang aktif memanjang berhenti dari memanjang. Jangka hayat dua ke tiga minggu
Fasa Telogen: Fasa di mana rambut mula berehat dan kemudian gugur. Jangka hayat dua ke tiga bulan.

Dalam setiap masa lebih kurang 90 peratus rambut kita dalam fasa Anagen dan dalam setahun rambut kita memanjang sebanyak 6 inci secara purata. Namun begitu semakin berusia, kadar pemanjangan rambut semakin lambat.

Thursday, October 6, 2011

Kesesakan cetus serangan jantung?

KESESAKAN lalu lintas sememangnya tidak dapat dielakkan apatah lagi dengan pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan raya.

Berhadapan dengan keadaan ini boleh membuatkan tahap tekanan atau stres anda melonjak.

Selain degupan jantung yang cepat dan badan banyak berpeluh, lain-lain tanda amaran stres termasuklah loya, bernafas kencang, cirit-birit dan terasa hendak membuang air kecil, sejuk kaki dan tangan, berubah selera makan (tidak lalu makan atau makin bertambah), keinginan seks menurun, sakit-sakit badan yang tidak diketahui puncanya, tidak dapat menumpukan perhatian dan gangguan tidur.

Cuba bayangkan setiap hari kita berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, tanpa disedari anda mula stres dan simptom-simptom tersebut muncul.

Anda juga bakal berhadapan dengan pembunuh senyap atau kematian mengejut akibat serangan jantung.

Wednesday, October 5, 2011

Antibiotik Elakkan Berjangkit

LEE (bukan nama sebenar) mengalami batuk-batuk. Seperti orang lain, pada mulanya dia hanya membiarkan saja. Selepas lima hari batuk lelaki berusia 30-an ini masih tidak pulih, malah bertambah teruk, dia mula mengambil ubat batuk yang dibeli di farmasi.

Tabiat merokok yang menjadi amalannya sedari zaman remaja tetap diteruskan. Walaupun orang di kelilingnya menyarankan agar dia berhenti, namun dalam hatinya berkata, "arghhh, mana mungkin peneman setia yang satu ini ditinggalkan."

Hampir dua minggu mengalami batuk berkahak dan ubat yang dibeli tidak menunjukkan kesan, Lee terus berjumpa dengan doktor di klinik biasa.

Doktor memberinya ubat berserta antibiotik yang perlu dihabiskan dalam masa lima hari. Mungkin dengan pemakanan ubat yang betul, batuk yang dialaminya berkurangan selepas dua hari.

Yakin dengan kesihatan diri, Lee tidak menghabiskan antibiotik seperti yang dipreskripsi oleh doktor. Pada fikirannya, dia sudah sembuh. Lagi pun dia tidak rasa penyakitnya serius, sekadar batuk biasa saja.

Beberapa hari selepas itu, penyakit batuk-batuknya datang kembali. Bukan setakat batuk, kadangkala dia juga merasa seperti sesak nafas dan sakit di bahagian dada. Dia juga seperti rasa mahu demam.

Penyakit Kayap Melibatkan Urat Saraf

Mengalami gatal-gatal di badan pasti merimaskan tambahan pula kesakitan yang mencucuk-cucuk sehingga timbul bintik-bintik kemerahan di bahagian berkenaan.

Kemunculan bintik-bintik tersebut biasanya berlarutan selama dua atau tiga hari sebelum menggelembung dan pecah mengeluarkan cecair dengan bau kurang menyenangkan.

Malah ada juga yang mengeluarkan nanah di bahagian yang gatal itu, disusuli pula dengan sakit yang menyengat.

Bagi yang memandang remeh, pasti menganggap bintik-bintik tersebut sebagai masalah gatal biasa tetapi sebenarnya ia adalah sebahagian daripada simptom penyakit kayap.

Menurut Pakar Runding Sakit Kulit, Dr. Mohd. Noh Idris, jika terdapat simptom tersebut segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan dengan segera.

"Serangan kayap ini sangat sakit kerana ia melibatkan urat saraf selain membahayakan kesihatan,'' ujarnya ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.

Katanya lagi, keadaan ini jika tidak diberikan rawatan awal akan menjejaskan kesihatan lebih-lebih lagi jika ia menyerang pada bahagian-bahagian sensitif seperti mata.

Monday, October 3, 2011

Perkara penting selepas pembedahan payudara

Perkara yang biasa berlaku selepas pembedahan payudara:
  • Biasanya anda boleh bangun dari katil pada hari yang sama selepas   pembedahan. Selepas beberapa hari, doktor akan membenarkan anda pulang   ke rumah.
  • Tempoh tinggal di hospital bergantung kepada keputusan pembedahan.
  • Anda mungkin mengalami rasa sakit atau tidak selesa.
  • Jahitan pada luka pembedahan mungkin terasa ketat dan tegang.
  • Jika nodus limfa di bawah ketiak anda dibuang, ketiak anda juga akan rasa tidak selesa.
  • Anda boleh minta doktor memberikan ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan atau ketidakselesaan.
  • Pesakit mungkin boleh mengambil makanan biasa sehari selepas pembedahan. Pesakit juga boleh berjalan di kawasan hospital.
  • Pesakit biasanya dinasihatkan supaya tidak mandi sehingga tiub pada   kawasan pembedahan dialihkan dan luka kelihatan mulai sembuh.
  • Selepas pembedahan, pesakit akan diajar kedudukan lengan yang betul dan senaman mudah untuk membantu mencegah ketegangan serta mengurangkan bengkak. Perkara ini sangat penting kerana ia kerap berlaku pada pesakit.
  • Pesakit dinasihatkan untuk meneruskan senaman ini selepas balik ke rumah.
  • Ketika ini pesakit mungkin sudah tidak berasa sakit. Pada mulanya,   garis jahitan pada tempat yang dibedah boleh dilihat. Ia juga mungkin   akan bengkak dan nampak pucat. Usah risau, masalah ini akan hilang   perlahan-lahan. Bengkak akan surut dan kulit anda akan kembali ke warna   asal.
  • Selepas beberapa bulan, parut jahitan juga akan  pudar. Anda mungkin  berasa bahagian dada seperti dicucuk-cucuk dengan  jarum. Malah ada juga  pesakit yang terasa kebas pada kawasan parut dan  ketiak.

Penjagaan luka

Penjagaan luka sangat  penting. Untuk mempercepatkan ia sembuh, luka  anda perlu sentiasa bersih  dan kering. Justeru, tutup balutan luka  sebelum mandi dan tukar balutan  ini jika ia basah atau kotor.

Pantau perkembangan luka anda.  Lihat jika ada tanda jangkitan seperti  demam, kawasan luka menjadi  merah, ada nanah atau berdarah.

Jika tanda ini ada, usah  bertangguh lagi. Segeralah berjumpa doktor.  Jangan biarkan jangkitan  berterusan kerana ia bukan saja boleh  membuatkan luka lebih lambat  sembuh malah meninggalkan parut dan  meningkatkan kos rawatan.

Sebenarnya  ada banyak lagi maklumat penting yang perlu anda ketahui  mengenai  penjagaan selepas rawatan. Semuanya dicatatkan dalam dalam  buku ‘Saya  Ada Kanser Payudara! Apa Tindakan Selanjutnya?’ yang  disediakan Hospital  Assunta. Buku kecil percuma ini akan mula diagihkan  pada pertengahan  Oktober ini.

Saranan Keluarga Avail : FC BIO SANITARY PAD / I-FOOD / PRO-POLIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh