klik atas nuffnang

Monday, February 28, 2011

Kulit Wanita Asia Sensitif

Kajian terbaru Akademi Amerika Dermatologi menunjukkan bahawa lebih daripada 50 peratus penduduk Amerika Syarikat mempunyai kulit sensitif.

Dalam pada itu, berjuta-juta orang di seluruh dunia berkata bahawa mereka mempunyai kulit sensitif dan jumlah mereka semakin meningkat.

Ini bukanlah perkara baru di Asia. Ini kerana kulit wanita Asia lebih sensitif kerana ia nipis dan lembut secara genetik.

Sunday, February 27, 2011

Apendisitis bukan sakit perut biasa

Apendik..... Jangan main-main ar...!

JANGAN makan pedas lagi ya." Itu pesan rakan-rakan kepada Arif (bukan nama sebenar) setelah dia kembali ke pejabat selepas pulih daripada pembedahan membuang apendiks baru-baru ini.

Seperti kebanyakan pembaca, Arif juga pada mulanya tidak mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai sakit yang dialaminya.

Sakit perut seakan senak dan kembung pada tanggapannya disebabkan tersalah makan.

Kesakitan itu bermula ketika dia bangun tidur. Perutnya seperti menegang dan rasa kembung di bahagian tengah. Lama kelamaan melarat ke bahagian kanan abdomen dan berlarutan untuk tempoh yang lama. Ketika itu juga dia berasa seperti mual dan tidak berselera menjamah makanan.

Nanas Atasi Sembelit

NANAS sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak menjadikan nanas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan segar, nanas juga dijadikan bahas masakan seperti pajeri, masak lemak dan gulai.

Antara manfaat nanas adalah:

Thursday, February 24, 2011

Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat

Apabila anda sakit, anda sudah tentu akan berjumpa doktor, bukan dengan keluarga avail, kan :-).
Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat.
Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula. 
Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.


Keluarga Avail cuba menyelaminya.

Anda tentu telah mendengarnya sebelum ini tetapi keluargaavail akan mengulanginya. 

" Pencegahan lebih baik dari pengubatan ". 
Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya.
Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. 

Keluarga Avail

Langkah pertama ke arah kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda memerlukan penjagaan. 

Langkah kedua ialah mendapatkan info kesihatan yang diperlukan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan. 

Adalah sukar untuk menjaga kesihatan tubuh sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. 

Bagaimana mungkin anda menjaga kesihatan diri dan keluarga kalau anda tidak faham bagaimana musuh datang menyerang dan bagaimana tubuh anda bertindak mempertahankan diri.

Di laman web keluargaavail ini, kami sediakan info kesihatan untuk membantu anda menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan di samping produk avail yang insyaAllah dapat membantu mengembalikan keyakinan diri anda . Lebih banyak info kesihatan akan dimuatkan dari masa ke semasa. Sila kembali lagi untuk mendapatkannya.

Info kesihatan yang diberikan adalah bertujuan untuk ilmu pengetahuan sahaja dan TIDAK seharusnya dijadikan nasihat perubatan atau rawatan. Sekiranya anda memerlukan nasihat perubatan, sila dapatkannya dari pengamal perubatan bertauliah.


Mesej ini dibawakan oleh keluargaavail untuk pembaca blogger sekalian.

Nak Kawal Lemak? Amalkan Tip Berikut !

Bagaimana nak mengawal lemak yang ada pada tubuh badan kita... Sedangkan kita sentiasa memakan makanan yang pastinya menyelerakan kita. Itu adalah salah satu soalan yang sering dilemparkan apabila berkisar lemak di badan.

Tips berikut diharap membantu pembaca keluargaavail menngawal dan menyelenggarakan lemak dengan lebih berkesan.

Khasiat Budu Terbongkar

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Wednesday, February 23, 2011

Ramuan Utama dan Fungsi Pro-Polis

Avail Pro-Polis mengandungi lebih daripada 325 jenis bahan aktif yang baik kepada manusia:
  • 34 jenis flavonoid 
  • 15 jenis terpenes
  • > 20 jenis asid organik
  • > 8 jenis enzim
  • > 10 jenis kumpulan ester dan aldehid
  • > 18 jenis asid amino
  • > 20 jenis zat galian
  • Pelbagai jenis vitamin
  • Polisakarida, dan lain-lain


Kelebihan Avail Pro-Polis

- Antibiotik semulajadi : Anti-bakteria, virus dan kulat
- Meningkatkan daya imuniti badan
- Anti-kanser, mencegah pertumbuhan sel kanser
- Mengurangkan kesan negatif rawatan barah
- Mengurangkan jangkitan saluran pernafasan
- Membantu masalah gastrousus (perut & usus)
- Membantu penyakit kulit, rongga mulut dan gigi
- Membantu masalah sakit puan
- Membantu masalah alahan
- Mengawal dan mengaktifkan insulin, membantu penyakit kencing manis
- Menyembuhkan keradangan dan tahan sakit
- Melindungi hati
- Anti-pengoksidaan, menentang radikal bebas, mengaktifkan SOD, melambatkan proses penuaan
- Membantu kecantikan dan kecerahan kulit, awet muda
- Menstabilkan emosi dan menambahkan tenaga
- Menguatkan saluran darah, membantu peraliran darah

Avail Pro-Polis

Berasal Dari Hutan Tebal Minas Gerais, Brazil
 

Avail Pro-Polis merupakan "Brazilian Green Propolis" semulajadi yang diekstrak dengan menggunakan bioteknologi yang terkini, iaitu Ekstraksi Cecair Superkritikal. Dengan menggunakan cara ekstraksi ini, semua bahan aktif dalam propolis mentah dapat diekstrakkan.


Apa itu Pro-Polis?


Propolis berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘Pelindung Bandar’.

Propolis dihasilkan daripada damar (resin) tunas tumbuhan yang dikutip oleh lebah pekerja yang berumur 21 hari, bercampur dengan lilin lebah, debunga dan air liur lebah.

Lebah akan sapukan propolis pada dinding dan kawasan dalaman sarang untuk memastikannya sentiasa berada dalam keadaan steril, iaitu bebas daripada sebarang kuman atau virus. Propolis juga merupakan bahan untuk membina, mengukuh, membaiki dan mengisi rekahan pada sarang lebah.

Propolis merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang bertindak sebagai pelindung lebah :

1. Melindungi lebah daripada ancaman bakteria, kulat dan virus.

2. Meningkatkan daya imuniti lebah.

                 

Tuesday, February 22, 2011

Kesihatan Punca Kebahagiaan

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan sebagai keadaan positif atau sihat daripada segi fizikal, mental dan sosial serta bebas penyakit atau berkeupayaan.

Satu daripada cara untuk mengekal dan mendapatkan kesihatan yang baik adalah melalui pemakanan sehingga ada ungkapan menyebut 'anda adalah apa yang anda makan'.

Hari Kanser Tanam Kesedaran

Laporan oleh Persatuan Antarabangsa Kawalan Kanser (UICC) menunjukkan setiap tahun di seluruh dunia sebanyak 7.6 juta dilaporkan meninggal dunia akibat kanser dan hampir 12.7 juta orang lagi berisiko mendapat penyakit tersebut.

Malah jika masih tiada sebarang langkah proaktif diambil, angka tersebut akan terus meningkat sebanyak 26 juta kes baru dan 17 juta kematian menjelang tahun 2030 terutamanya di negara-negara sedang membangun dan miskin.

Menyedari ancaman tersebut UICC telah menginisiatifkan Sambutan Hari Kanser Sedunia pada 4 Februari setiap tahun dengan sokongan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sunday, February 20, 2011

Cantik Di Pertengahan Usia

Cadangan pengambilan evening primrose di kalangan wanita terutamanya di pertengahan usia dan juga menopaus begitu popular untuk kesihatan kulit. Namun saya tidak begitu memahami manfaatnya. Penerangan mengenainya diharap boleh membantu saya.

Mengatasi Masalah Obesiti

Bagi pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi, semenjak bergelar artis, berat badannya tidak terkawal dan menjadi obes akibat pengurusan makanan yang tidak baik.

Mahu memperbaiki tahap kesihatan, Bob perlu membeli mesin oksigen dan melakukan pembedahan pintasan perut (gastric bypass).

“Saya memerlukan peralatan itu akibat berat badan yang berlebihan iaitu 219 kilogram sehingga menyukarkan pernafasan selain komplikasi buah pinggang. Syukur dengan sumbangan Hero Malaya sebanyak RM 60,009, saya boleh melakukan rawatan. Namun, jumlah itu belum cukup untuk menampung segala kemungkinan pada masa akan datang. Justeru saya akan mengeluarkan single album untuk menampung perbelanjaan itu kelak,” ujarnya.


Saiz Badan Jejas Sperma

TIDAK subur atau mati pucuk merupakan perkataan yang digeruni oleh kebanyakan pasangan suami isteri. Ia adalah satu keadaan yang menyukarkan pasangan suami isteri menimang cahaya mata.

Adalah sukar untuk mengetahui punca utama yang menyebabkan peratusan ketidaksuburan di kalangan orang ramai.

Faktor-faktor ketidaksuburan mungkin disebabkan oleh persekitaran, genetik atau hal berkaitan dengan tabiat hidup. Antara masalah paling ketara di kalangan suami isteri yang kurang subur adalah obesiti .

Penyelidikan menunjukkan bahawa obesiti boleh mengurangkan sperma pada lelaki dan juga akan mengurangkan peratusan kejayaan dalam rawatan persenyawaan In-Vitro (IVF). Berat badan yang terlampau akan menjejaskan perembesan hormon dalam badan yang mana akan mengganggu fungsi reproduksi wanita dan lelaki.

Lelaki yang mempunyai berat badan yang tinggi, dilaporkan mempunyai jumlah sperma yang kurang berbanding dengan lelaki yang mempunyai berat badan ideal.

Bagi merungkai dilema lelaki obesiti dan hubungan seks, Pakar Sakit Tuan, Dr. Ismail Thambi memberitahu, obesiti dan kesuburan memang saling berkaitan.


Pembiakan Sel Stem di Makmal

SEBAGAIMANA yang difahami oleh kebanyakan kita, sel stem diperolehi daripada tubuh badan manusia dan ia berguna menggantikan sel yang hilang atau rosak.

Sememangnya, kini semakin ramai mula sedar mengenai kebaikan sel stem kerana terbukti mampu menyembuhkan banyak jenis penyakit terutama berkaitan darah.

Namun, ia bukan semudah yang disangka. Selain tidak ramai mampu menanggung kos pengambilan dan penyimpanan sel jenis itu, terutama yang diambil daripada tali pusat, ada pula yang masih was-was dengan statusnya dan menganggap bertentangan dengan agama kerana ia diambil daripada bayi baru lahir.


Gen Orang Kerdil Bendung Kanser

Kajian selama 22 tahun terhadap individu kerdil akhirnya berjaya menemui penawar kepada penyakit berbahaya.

Penemuan yang diterbitkan dalam jurnal Perubatan Translasi Sains menjelaskan, kajian tersebut memperoleh perlindungan yang bertindak seolah-olah sel-sel matang melawan penyakit kanser dan diabetis.


Thursday, February 17, 2011

narkolepsi

Derita Tidur Narkolepsi


“SIAP satu muka surat, dia tertidur, siap satu muka surat, dia tertidur lagi. Selepas 15 minit tertidur, baru saya kejutkannya supaya menyambung semula kerja sekolah yang dibuatnya tadi.

“Kadang-kadang tengah makan pun dia boleh tertidur di meja makan,” ujar ibu kepada Melinda Tan Ming Hui, 12, tentang anaknya itu yang menghidap penyakit kerap tidur yang dikenali sebagai narkolepsi.


Wednesday, February 16, 2011

Polisi Insurans FC Bio Sanitary Pad

Produk telah diinsuranskan sebanyak RM 3 juta

Sudut Persoalan FC Bio Sanitary Pad


1. Bolehkah FC Bio Sanitary Pad dipercayai ?
 
Ya. FC Bio Sanitary Pad memang selamat digunakan. Ia dirumuskan dengan 17 jenis ramuan herba asli semulajadi yang istimewa dan mempunyai jaminan insuran bernilai 3 juta ringgit Malaysia.

   
2. Bolehkah wanita yang hamil menggunakan FC Bio Sanitary Pad?
 
Keadaan setiap wanita yang hamil adalah berbeza, jadi mereka tidak digalakkan menggunakan FC Bio Sanitary Pad.

   
3. Haid saya baru berakhir, tetapi kenapa cairan merah tua terhasil selepas menggunakan FC Bio Sanitary Pad, adakah haid datang semula?
 
FC Bio Sanitary Pad membantu membuangkan darah haid yang tertinggal dalam rahim, jadi terhasilah cairan merah tua. Ini adalah fenomena yang sihat.

   
4. Kenapa saya perlu meneruskan penggunaan FC Bio Sanitary Pad walaupun saya tidak merasai apa-apa tindakbalas?
 
Mereka yang sihat memang tiada tindakbalas pemulihan. FC Bio Sanitary Pad adalah tuala wanita yang berkualiti, bahan mentahnya dijamin selamat, tidak mengandungi agen fluoresen, agen peluntur berklorin, Dioksin dan bahan karsinogen merbahaya yang lain. Ia berfaedah bagi penggunaan jangka masa yang panjang kerana ia membantu mencegah jangkitan, membasmi kuman, menghilangkan bau, mencegah kegatalan dan memberi perasaan selesa dan dingin.

   
5. Apa kelebihan FC Bio Sanitary Pad kepada mereka yang bermasalah senggugut?
 
Menurut maklum balas pengguna yang bermasalah senggugut, mereka mengalakkan penggunaan FC pantiliner sepanjang 24 jam, haruslah bertukar 3-4 keping pantiliner setiap hari. Segala masalah senggugut atau sakit belakang akan hilang selepas 1 bulan. Akan tetapi setiap wanita mempunyai tahap kesihatan dan masalah senggugut yang berbeza, jadi tempoh pemulihan adalah berlainan mengikut individu.

Tuesday, February 15, 2011

Derita akibat Sindrom Nefrotik

KUALA TERENGGANU 14 Feb. - Sesiapa sahaja pastinya tidak sampai hati apabila melihat kanak- kanak ini terutama apabila membayangkan betapa seksanya dia menanggung derita akibat penyakit yang dihidapinya.

Perut Tg. Mohd. Haikal Afify Tg. Mohd, 6, kelihatan membusung dengan wajah serta beberapa anggota lain semakin membengkak.

Sesekali terdengar rengekan dan tangisan kanak-kanak ini, mungkin untuk meredakan sedikit kesakitan yang ditanggungnya akibat penyakit yang dikenali sebagai sindrom nefrotik.

Sejak dikesan menghidap penyakit itu empat tahun lalu, hospital seolah-olah telah menjadi "rumah kedua" bagi Tg. Mohd. Haikal Afify.


Singapura temui antibodi sembuhkan Chikungunya

SINGAPURA 15 Feb. - Singapura berkata ia telah menemui dua antibodi monoklonal manusia yang baru yang boleh menyembuhkan Chikungunya, sejenis penyakit yang ketika ini masih belum ada vaksin atau rawatan khusus mengenainya.

Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) republik itu berkata penemuan itu dibuat oleh Singapore Immunology Network (SIgN), iaitu sebuah institusi di bawah sayapnya dan sebuah syarikat biofarmaseutikal Perancis, Vivalis, yang menjalankan kerjasama penyelidikan.

Penemuan penting itu telah diterbitkan dalam Journal of Immunology, kata A*STAR dalam satu kenyataan hari ini.

Chikungunya merebak luas di Afrika, Asia Selatan dan Asia Tenggara, berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes, nyamuk yang sama menyebarkan virus demam denggi. - Bernama

menopaus

Apa itu menopause ?
  • Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid
  • Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat
  • Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur ansur atau tidak tetap
Bila menopaus berlaku?
Menopaus berlaku di kalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.

Bolehkah menopaus berlaku sebelum usia 40 tahun?
Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopaus awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh: 

Penyakit Kuning

Kekuningan Pada Bayi Baru Lahir (Neonatal Jaundice)

Apa itu jaundis?
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.

Apa itu bilirubin?
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Adakah sering terjadi jaundis di kalangan bayi?
Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

HIV / AIDS - Dewasa

Pengenalan

Apa itu HIV dan AIDS?
HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. 
AIDS adalah singkatan bagi 'Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit' dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.

Pada tahun 2003, terdapat 40 juta orang menghidap penyakit HIV/AIDS di seluruh dunia, di mana 5 juta orang baru dijangkiti manakala 3 juta maut. http://www.unaids.org/.

HIV / AIDS - Kanak-kanak

Apa itu HIV?

HIV (Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan virus yang memusnahkan system imunisasi badan, menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut Yang Teruk) merupakan peringkat yang mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun sehingga 200/┬Ál. Virus terdapat dalam darah, semen, cecair badan,lelehan vagina dan susu ibu individu yang terkena jangkitan. Individu yang terkena jangkitan akan membawa virus(dan dapat memindahkan virus) tersebut sepanjang hayat mereka.

HIV boleh merebak melalui darah yang telah dijangkiti HIV dan cecair badan seperti ketika melakukan hubungan seks,berkongsi jarum suntikan sesama penagih dadah, dari ibu yang mengandung kepada anak yang dikandung(sebelum atau ketika kelahiran atau melalui susu ibu). Virus tidak boleh merebak melalui sentuhan biasa seperti tinggal serumah, ataupun bekerja bersama pembawa HIV. Sejak AIDS dilaporkan pertama kalinya pada tahun 1986 hinggalah tahun 2004,sejumlah 60,621 kes jangkitan berlaku dan 8294 AIDS kes berlaku di Malaysia.

gout

Pengenalan

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Haid - Menstruasi

Menjadi seorang wanita

Apa itu haid?
Haid juga dikenali sebagai menstruasi. Ia menunjukkan anda kini menjadi seorang wanita.

Apabila haid berlaku, anda akan mengalami pendarahan dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain.Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari.

Haid saya yang pertama 

Buasir

Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.

Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran 

Menorrhagia - Pendarahan Darah Haid Yang Berlebihan

Menorrhagia bermaksud pendarahan darah haid yang lebih dari 80ml setiap kitaran haid. Agak sukar untuk menentukan pendarahan berlebihan secara objektif, akan tetapi kalau pendarahan haid itu menyebabkan kualiti hidup seseorang wanita itu terjejas, ia boleh diklasifikasikan sebagai menorrhagia. Ini termasuk terpaksa menggunakan dua tuala wanita sekali gus, atau pendarahan yang hingga melimpah mengotori kain atau tilam.  

Sebab-Sebab

Masalah Gangguan Pemakanan

Apakah yang dimaksudkan dengan masalah gangguan pemakanan?

Masalah gangguan pemakanan adalah tabiat pemakanan yang boleh membahayakan kesihatan fizikal dan juga psikososial seseorang individu. Ini termasuklah :
  1. Anorexia Nervosa :
    • Satu keadaan dimana seseorang sengaja menghadkan pengambilan makanan dan lazimnya tidak mahu mengekalkan berat badan yang normal dengan ketinggiannya.(kekurangan berat badan yang teruk).
  2. Bulimia Nervosa :
    • Merupakan tabiat mengambil makanan dan kemudian mengeluarkan semula apa yang dimakan seperti memuntahkan semula makanan , penyalahgunaan laxative dan enema (cecair yang disuntik ke dubur) atau senaman yang berlebihan .
  3. Masalah Keseronokan Menikmati Makanan :
    • Merujuk kepada individu yang sentiasa seronok menikmati makanan tetapi tidak mengeluarkan semula apa yang dimakan.
 Masalah gangguan pemakanan ini lazimnya berlaku dikalangan golongan remaja perempuan.

Monday, February 14, 2011

Diet Zaman Batu ?

SEMASA penulis berkunjung ke China dan Vietnam hati terdetik melihat rakyat di situ yang rata-rata mempunyai berat badan ideal. Mereka tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

Apabila berjumpa dengan beberapa doktor di kedua-dua negara, mereka mengesahkan kadar obesiti di sana sangat rendah.

Terpanggil untuk meneliti dengan lebih terperinci corak pemakanan yang diamalkan sehingga membolehkan sistem hormon metabolik di dalam dalam tubuh mereka berfungsi dengan begitu baik sekali.


Baik, Buruk Minyak masak

BEBERAPA teman di laman sosial Facebook mengeluh mengenai kesukaran mendapatkan minyak masak di pasaran sejak akhir-akhir ini.

Ada yang menyoal sinis: “Pokok kelapa sawit banyak, mana minyaknya?” Ironinya, sama seperti gula, negara kita merupakan antara pengeluar utama minyak sawit dunia tetapi kekurangan bahan tersebut di pasaran tetap berlaku.

Keluarga avail tidak mahu mengulas mengenai fenomena tersebut atau mencari apa puncanya, cuma sekadar ingin mencungkil rahsia di sebalik bahan asas masakan rakyat Malaysia itu.


Sunday, February 13, 2011

Sumber Utama Serat

KEKURANGAN makanan ini menyumbang kepada 85 peratus penyakit kardiovaskular (jantung), 19 peratus kes kanser perut dan usus, 15 peratus kanser secara keseluruhan dan 11 peratus angin ahmar.
Pengambilan yang cukup sebanyak tiga hingga lima hidangan sehari pula boleh mengurangkan 17 peratus penyakit jantung — penyakit pembunuh nombor satu di dunia.

Makanan apa yang hebat sangat ini? Maaf, penulis bukan mahu berteka-teki kerana makanan ini ada di keliling kita dan boleh dibeli dengan mudah pada harga murah, namun tidak ramai menggemarinya.
Malah ada yang mengambil satu atau dua hidangan seminggu dianggap banyak, sedangkan jumlah itu sebenarnya terlalu sedikit. Makanan hebat yang dimaksudkan ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.


Perokok Tegar Makin Ramai

ROKOK masih dikepit di bibir. Asapnya dihembus ke segenap ruang dan lebih teruk, dibawa angin. Tak pasal-pasal orang di sekeliling yang tidak merokok, malah yang alah, turut terkena tempiasnya.
Hingga ke hari ini peratusan perokok tegar di Malaysia semakin meningkat, bahkan berada di tahap membimbangkan.

Biarpun pelbagai kempen dijalankan, termasuk memaparkan grafik ngeri pada kotak rokok dan penghasilan iklan yang sarat dengan natijah merokok, semua itu dipandang sebelah mata oleh perokok tegar. Cakaplah apa saja mengenai bahaya merokok. Namun bagi perokok tegar, rokoklah teman sejati.
Wanita juga tidak terkecuali menjadi perokok tegar dengan alasan mahu mengekalkan bentuk badan supaya kekal langsing, sedangkan ia tidak benar, kata Penasihat Kesihatan Pekerjaan Berdaftar, Dr A.M Taufik Ghazali.


Friday, February 11, 2011

Testimoni Green Fit

Selepas minum Green Fit, saya berasa tidak sakit perut dan tidak berlaku cirit birit.  Dengan senangnya saya dapat membuang 2 kali air besar dalam jisim yang banyak pada keesokan harinya.

Keras di bahagian perut, selalu berasa sakit perut, kembung perut dan susah membuang air besar.

Rasa Green Fit sangap sedap dan kesannya memang hebat. Tiada sakit perut & cirit birit, senang membuang air besar. Najis panjang & banyak dibuang. Berasa selesa, ringan & segar!

Sembelit serius, buang air besar seminggu sekali dan perlukan ubat julap.

Selepas mencuba Green Fit, saya dapati ia amat memuaskan. Saya tidak berasa sakit perut dan senang membuaang air besar dengan banyak. Minyak makanan juga turut dibuang dan jerawat pada muka sudah kering! Saya tidak perlu bergantung pada ubat julap lagi!

Saya sekeluarga bermasalah sembelit. Anak perempuan saya yang berumur 4 tahun hanya membuang air besar beberapa hari sekali. Najisnya sangat keras dan menangis setiap kali buang air besar.

Rasa  Green Fit enak dan anak perempuan saya amat sukakannya. Dia tidak lagi mengalami sembelit dan najisnya lembut dan mudah dibuang. Masalah saya sekeluarga telahpun selesai.

Thursday, February 10, 2011

Waspada di negara orang

BERADA di negara orang memberi suatu pengalaman yang menyeronokkan. Tidak kira sama ada melancong atau atas urusan kerja, pasti saat itu harus digunakan sepenuhnya untuk mengenali tempat dan budaya masyarakat di negara yang kita dikunjungi.

Namun sebagai manusia kita hanya mampu merancang, selebihnya kuasa Tuhan yang tiada siapa mampu menghalang. Jatuh sakit ketika berada di tempat orang tentunya mengundang pelbagai masalah.

Jika berada di negara maju, mungkin perkara itu boleh ditangani dengan mudah namun bagaimana pula andai berada di negara dunia ketiga?


Punca Jangkitan Bayi

RASHIDAH bersyukur dikurniakan bayi perempuan comel bernama Mila. Beberapa minggu selepas Mila dibenarkan pulang ke rumah keadaan menjadi sibuk kerana ada sahaja sanak saudara dan sahabat handai melawat si comel.

Suatu hari, Rashidah batuk - batuk dan seperti demam selesema dengan rasa perit di tekak. Menyangkakan hanya batuk biasa akibat kesibukan menjaga bayi yang baru lahir, maka dia membeli ubat batuk dari kedai.

Dalam tempoh seminggu, batuk yang dialami semakin teruk dan diiringi kesesakan bernafas. Akhirnya dia berjumpa doktor dan disahkan menghidap pertusis yang dikenali batuk kokol. Tanpa disangka Mila pula menunjukkan tanda jangkitan seperti batuk teruk diikuti bunyi ‘whoop’ yang nyaring. Setiap kali batuk , mukanya merah padam, menyebabkannya rasa rengsa dan meragam. Mila disahkan menghidap pertusis.
 

Wednesday, February 9, 2011

Penyelesaian masalah usus & sembelit

Soalan : 

Saya ingin memulakan pengambilan probiotik. Namun saya sedikit keliru apabila saya dapati banyak jenis probiotik yang terdapat di farmasi. Bagaimana saya nak memilih probiotik yang sesuai untuk saya?

Jawapan : 

Probiotik adalah bakteria baik yang sedia ada dalam tubuh seseorang. Masalah biasanya akan timbul apabila keseimbangan antara bakteria baik dan berbahaya terganggu. Banyak faktor yang boleh mengganggu gugat keseimbangan semula jadi ini. Faktor-faktor lazim ini termasuklah cara pemakanan harian, amalan gaya hidup, peningkatan usia, penyakit dan jangkitan dan beberapa lagi.


Monday, February 7, 2011

Minum air kosong 5 gelas sehari

“LIMAU Ais satu bang”, pesanan biasa yang sering kita dengar apabila menikmati hidangan di warung atau restoran tempatan.
Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia.
Biarpun menyedari minuman sejuk tidak begitu elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai kesannya.

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang menerima e-mel daripada rakan atau individu yang menyarankan amalan itu dihentikan kerana ia mungkin boleh menyebabkan banyak penyakit berbahaya.


Labu Kaya Khasiat

Buah ini adalah antara watak yang turut tersenarai dalam kisah dongeng kanak-kanak Cinderella. Ditukar oleh tukang sihir menjadi kereta kuda, buah labu ternyata sudah dikenali kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak lagi.

Jika tidak kerana kisah Cinderella, mungkin juga anda mengenali buah labu sebagai hiasan ketika orang Amerika Syarikat (AS) menyambut Helloween. Atau mungkin juga sebagai buah yang bijinya (kuaci) cukup popular dan enak dikudap ketika menonton wayang kuaci.


Sunday, February 6, 2011

Perit setiap kali haid - Shuhaily

ANDA tentu tak percaya yang saya telah lari dari hospital," kata wanita ini menceritakan pengalamannya menjalani pembedahan fibroid sembilan tahun lalu.

"Saya telah berpindah ke Pusat Perubatan Pantai dan hanya fibroid sahaja dibuang. Pembedahan mengambil masa empat jam dan kos pembedahan hampir RM 4000. Saya gunakan semua wang simpanan yang saya kumpul selama bertahun-tahun. Hancur luluh harapan saya untuk sambung belajar. Malah, saya mendapat dugaan lebih besar apabila tunang kesayangan mula berubah dan memutuskan pertunangan selepas dua minggu pembedahan," Shuhaily Mohd Basir, 32 tahun.

16 tahun sakit puan - surat rawatan dari pakar

Selepas apa yang berlaku, Shuhaily tidak berhenti menangis. Akibatnya, dia mengalami bentan dan pendarahan selama sebulan. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk berhenti kerja.

Mengimbas kenangan Oktober 2000, dia mengalami sakit perut yang teramat sangat hampir dua minggu sehingga doktor pakar sendiri tidak dapat mengesan diagnosis sebenar penyakitnya.

"Ubat tahan sakit di tambah dos tiga kali ganda. Namun, masih tak juga berubah dan langsung tak berkurangan. Akhirnya, doktor mendapati masalah fibroid dalam rahim saya. Saya diarah menjalani pembedahan buang keseluruhan rahim serta-merta. Mak saya tak berhenti menangis bila mendapat tahu hal tersebut. Saya sangat sedih sehingga tak mampu lagi mengeluarkan air mata," katanya.

Shuhaily mengalami pelbagai masalah sakit puan sejak berumur 16 tahun.

Dia dan keluarga tidak berputus asa mencari pelbagai alternatif dengan berurut tradisional, bermacam jenis jamu, pelbagai ubat suplemen malah ubat doktor dari klinik swasta dan hospital kerajaan setiap hari.
Namun, tetap tiada perubahan.
- senggugut seperti sakit perut yg teruk -
"Doktor hanya memberi jawapan masalah hormon. Kata doktor, masalah haid seperti senggugut adalah perkara biasa bagi semua wanita. Hari demi hari, masalah yang saya hadapi semakin buruk. Ketika itu, saya sering tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit senggugut semasa haid dan beberapa kali tumpah darah (bleeding). Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang telah menjadi rumah kedua saya. Akhirnya, saya tidak mendapat keputusan yang memuaskan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," ujarnya sedih.

Kemudian, Shuhaily menyambung pelajaran ke tingkatan enam dengan harapan untuk menebus kesilapan. Namun, pelajarannya terganggu kerana sering keluar masuk hospital.

"Senggugut semakin teruk sehingga saya tidak boleh bangun dan sering pitam. Akhirnya pada tahun 1996, saya tabah menjalani peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Hospital Banting. Keputusan STPM sungguh mengecewakan saya.

Kemudian, saya bekerja sebagai operator pengeluaran kilang di NEC. Niat di hati mahu ambil STPM sekali lagi tetapi duit gaji habis begitu sahaja dengan rawatan dan ubat saya makan 14 jenis ubat setiap hari," jelasnya.

Kemudian, Shuhaily mengambil keputusan bertukar kerja sebagai krew restoran. Namun, masalah sakit puannya berterusan selepas pembedahan.

"Saya alami masalah keputihan dan kekuningan, lendir berbau busuk, senggugut setiap kali datang haid, kegatalan, buasir, bau badan busuk dan sering pitam. Kemudian, saya diperkenalkan tuala wanita herba FC Bio Sanitary Pad Avail Beauty semasa saya menghantar pizza ke rumah pelanggan di Kampung Jawa, Klang. Alhamdulillah sejak itu, masalah saya semakin hari semakin pulih setelah penggunaan berterusan selama tiga bulan," katanya.

Selepas itu, Shuhaily dinasihat tidak menggunakan pad di pasaran yang dikatakan mengandungi racun dioksin yang menjadi punca masalah yang dihadapi. 

"Bulan ke-empat menggunakan FC Bio, saya semakin ceria dan sihat. Ia telah mengeluarkan darah beku yang berketul-ketul sebesar penumbuk dan selebar tapak tangan. Pada mulanya, saya amat terkejut tetapi setelah diberitahu itu adalah kelebihan produk dan saya tak alami senggugut lagi. Semua masalah saya telah lenyap sama sekali dengan menggunakan satu produk sahaja hanya dengan kos RM 33," jelasnya.

Kemudian, Shuhaily menggunakan semula tuala wanita di pasaran tanpa saya memikirkan akibatnya kerana kesempitan wang.

"Ketika itulah masalah saya kembali. Haid tidak teratur, empat bulan tak datang haid dan keputihan semakin banyak. Rupa-rupanya fibroid dalam rahim tersebut aktif semula. Saya dinasihatkan untuk pembedahan buang rahim sekali lagi. Saya tidak mahu dan menggunakan semula FC BIO selama seminggu. Fibroid tersebut telah mengecut dan tiada lagi. Kini, saya terus menggunakannya. Kesihatan saya pulih sepenuhnya," ujarnya.

Friday, February 4, 2011

keaijaban gantian kanta mata

KATA orang, dari mana punai melayang, dari paya turun ke padi. Dari mana datangnya sayang, dari mata turun ke hati. Namun, individu yang tidak mempunyai mata yang sempurna seperti masalah katarak sering hilang keyakinan diri.

Walaupun memakai cermin mata mungkin dapat membantu masalah penglihatan rabun jauh dan dekat, namun ia menyukarkan pergerakan lebih-lebih lagi mereka yang bekerja dan banyak menghabiskan masa di luar pejabat.

Katarak yang berdepan masalah selaput juga menjadi punca utama buta jika tidak diatasi dengan segera.

Penyakit mata ini menyebabkan kanta mata menjadi legap hingga mengaburkan pandangan.


Thursday, February 3, 2011

Risiko Tersedak Susu


Kecuaian ibubapa, pengasuh tak endah teknik penyusuan botol punca tragedi

TIGA kes berbeza membabitkan mangsa berlainan tetapi berkongsi punca sama - kematian akibat tersedak susu. Kejadian itu sudah pasti membimbangkan ramai ibu bapa, khususnya yang terpaksa bergantung harap kepada perkhidmatan pusat jagaan kanak-kanak.


Wednesday, February 2, 2011

Tangani Tekanan Di Pejabat

DUNIA pekerjaan memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya satu pertiga (1/3) daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.

Keadaan ini, jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti dan motivasi kepada seseorang, tetapi jika sebaliknya akan memberi impak negatif kepada diri sendiri.

Pakar Psikiatris di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari menjelaskan, tekanan sebenar yang dihadapi di tempat kerja merupakan tindak balas fizikal, emosi dan juga mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan kerja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh