klik atas nuffnang

Sunday, February 20, 2011

Gen Orang Kerdil Bendung Kanser

Kajian selama 22 tahun terhadap individu kerdil akhirnya berjaya menemui penawar kepada penyakit berbahaya.

Penemuan yang diterbitkan dalam jurnal Perubatan Translasi Sains menjelaskan, kajian tersebut memperoleh perlindungan yang bertindak seolah-olah sel-sel matang melawan penyakit kanser dan diabetis.


Valter Longo, pakar biologikal sel - Universiti Southern California dan Jaime Guevara Aguirre, pakar endokrinologi Ecuador turut menerajui kajian di sebuah komuniti berdekatan sebuah cerun di pergunungan Andes, Amerika Selatan.

Komuniti tersebut menghidap sindrom Laron iaitu penyakit genetik yang berpunca dari sejenis gen yang menghalang tindak balas hormon tumbesaran badan sekaligus menyebabkan pertumbuhan terbantut.

Sepanjang tempoh kajian, kumpulan terbabit berjaya mendokumentasikan beberapa penemuan baru termasuk ketiadaan penghidap kencing manis dan hanya satu penyakit kanser peringkat awal dikesan dalam komuniti penghidap sindrom tersebut.

Sebaliknya, ada ahli keluarga normal lain yang tinggal di bandar sama pada tempoh tersebut, 5% darinya didiagnosis mempunyai diabetis dan 17% lainnya menghidasp kanser.

Oleh kerana faktor persekitaran dan risiko genetik diambil kira dalam kajian antara dua kumpulan subjek tersebut, Longo dan kumpulannya menyimpulkan bahawa individu dewasa yang melepasi tahap pertumbuhan maksimum akan mengalami penurtunan rembesan bormon tumbeesaran.

"Individu yang mempunyai kurang hormon tumbesaran akan kurang berisiko diancam penyakit disebabkan faktor umur"

"Mereka juga kurang berpotensi ditimpa strok walaupun jumlah kematian yang disebabkan penyakit tersebut terlalu kecil untuk dikaitkan dengan hormon tumbesaran"

Longo menjelaskan rawatan untuk menghalang perencatan tumbesaran bagi penghidap sindrom ini bagaimanapun berisiko untuk mengakibatkan pesakit mendapat kesan sampingan selain demam yang berpanjangan.

Namun Longo menambah sebarang rawatan pencegahan pengurangan hormon tersebut akan disasarkan lebih kepada individu yang cemderung mempunyai hormon tumbesaran berlebihan demi menyamaratakan kadar perkembangan populasi dalam komuniti berkenaaan. - Berita Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh