klik atas nuffnang

Thursday, February 24, 2011

Nak Kawal Lemak? Amalkan Tip Berikut !

Bagaimana nak mengawal lemak yang ada pada tubuh badan kita... Sedangkan kita sentiasa memakan makanan yang pastinya menyelerakan kita. Itu adalah salah satu soalan yang sering dilemparkan apabila berkisar lemak di badan.

Tips berikut diharap membantu pembaca keluargaavail menngawal dan menyelenggarakan lemak dengan lebih berkesan.



1) Berdietlah selagi boleh. Amalkan diet sihat yang mengandungi daging ayam atau ikan. Pastikan segala lemak dan kulit dibuang terlebih dahulu. Jika teringin makan daging merah, boleh juga. Tapi, buang lemaknya dan hidangkan dalam kuantiti yang sedikit, cukup sekadar merasa.

2) Memasak menggunakan minyak kelapa sawit membuatkan makanan lebih enak, tapi bahaya juga. Untuk mengelakkan sebarang kemudaratan berlaku, ada baiknya anda gantikan minyak kelapa sawit dengan minyak sayuran. Antara minyak sayuran yang boleh anda gunakan adalah seperti minyak jagung, kacang soya, zaitun dan bunga matahari. Jika anda mahu menumis dengan marjerin juga tidak menjadi masalah, gunalah jenis poli tak tepu.

3) Kurangkan pengambilan kuning telur. Seboleh-bolehnya hanya 3 biji seminggu.

4) Pelbagai cara masakan. Jangan hadkan dirimu dengan memasak sekadar menggoreng dan menumis. Apa kata anda kukus, bakar atau panggang pula.

5) Produk tenusu memang baik, tapi elakkan yang mengandungi lemak. Amalkan keju atau yogurt rendah lemak. Sama saja rasa enaknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh