klik atas nuffnang

Tuesday, February 15, 2011

Singapura temui antibodi sembuhkan Chikungunya

SINGAPURA 15 Feb. - Singapura berkata ia telah menemui dua antibodi monoklonal manusia yang baru yang boleh menyembuhkan Chikungunya, sejenis penyakit yang ketika ini masih belum ada vaksin atau rawatan khusus mengenainya.

Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) republik itu berkata penemuan itu dibuat oleh Singapore Immunology Network (SIgN), iaitu sebuah institusi di bawah sayapnya dan sebuah syarikat biofarmaseutikal Perancis, Vivalis, yang menjalankan kerjasama penyelidikan.

Penemuan penting itu telah diterbitkan dalam Journal of Immunology, kata A*STAR dalam satu kenyataan hari ini.

Chikungunya merebak luas di Afrika, Asia Selatan dan Asia Tenggara, berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes, nyamuk yang sama menyebarkan virus demam denggi. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang