klik atas nuffnang

Tuesday, March 1, 2011

Pendarahan Semasa Hamil / Mengandung

Banyak sebab kenapa wanita mengalami pendarahan faraj semasa hamil. Ia mungkin pendarahan ringan pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.

Sebab-sebab utama berlaku pendarahan:

1.     Pendarahan Implantasi

Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.

Apa itu pendarahan implantasi?
Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak ke rahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi.

Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah, jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.

Bilakah implantasi selalu terjadi?
Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.


2.     Keguguran

Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda akan gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak mengalami keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan. Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah daripada mengandung janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.


3.     Hamil di luar rahim (Ectopic Pregnancy)

Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah kehamilan diluar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ini berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan.


4.     Kandungan Anggur

Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal hasil dari persenyawaan yang membesar dengan cepat di dalam rahim. Tiada janin di dalam kehamilan ini.


5.     Ketumbuhan pada pangkal Rahim

Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.


6.     Placental Abruption

Uri mungkin akan merekah dari dinding rahim sebelum atau semasa bersalin. Ia boleh akan menyebabkan pendarahan. Cuma 1% wanita hamil yang mengalami placenta abruption ini. Selalunya ia berlaku pada lewat kehamilan dan beserta dengan dengan kesakitan pada perut.


7.     Placenta Previa atau uri di kedudukan bawah

Apabila uri berada pada kedudukan bawah, Ia mungkin akan menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim atau sepenuhnya dan ini dinamakan placenta preavia. PP adalah sangat serius dan memerlukan rawatan segera sekinya berlaku pendarahan


8.     Tanda Bersalin

Pada lewat kehamilan, pendarahan dari faraj adalah salah satu tanda sudah sampai saat bersalin. Ia terjadi apabila mukus pluk yang menutupi pintu rahim terjatuh disebabkan oleh kontaksi rahim menyebabkan darah dan lendir keluar dari serviks. Ia dipanggil show. Ia adalah sangat kerap terjadi semasa kelahiran bermula.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh