klik atas nuffnang

Sunday, March 6, 2011

Rangsangan tenaga warga tua

Soalan :
Bapa saya mengamalkan pengambilan CoQ10 sejak enam bulan yang lalu atas saranan ahli farmasi untuk kesihatan jantung. Apakah kesan positif yang boleh dijangkakan dengan pengambilannya?
Adakah ia juga memberi faedah kepada penghidap masalah kesihatan lain?
Jawapan: 
Di kalangan warga tua, pengambilan koenzim Q10 banyak dicadangkan untuk rangsangan tenaga. Tidak terkecuali juga sebagai terapi tambahan di kalangan mereka yang bermasalah dengan jantung. Ini kerana penyelidikan klinikal menyarankan penggunaan koenzim Q10 sahaja atau bersama dengan ubat dan suplemen lain bermanfaat untuk masalah-masalah kesihatan seperti penyakit jantung. Faedahnya kepada masalah ini adalah kerana keupayaannya memperbaiki penghasilan tenaga dalam sel, merencatkan pembentukan darah bergumpal dan bertindak sebagai anti oksida.

Paras koenzim juga cenderung lebih rendah di kalangan mereka yang menghidap kolesterol tinggi berbanding dengan mereka yang sihat dalam kumpulan umur yang sama. Tambahan pula, terdapat sesetengah ubat untuk mengawal kolesterol atau yang dipanggil statin boleh merendahkan paras semula jadi koenzim Q10 dalam tubuh. Pengambilan koenzim Q10 ini boleh mengembalikan semula parasnya dalam tubuh tanpa menjejaskan kesan positif ubat ke atas kolesterol. Manfaat lain yang tidak kurang pentingnya adalah potensinya dalam mengurangkan kesakitan otot yang berpunca daripada rawatan statin.

Koenzim Q10 merupakan kompaun yang boleh dijumpai secara semula jadi dalam tubuh seperti dalam pusat penghasilan tenaga yang dipanggil mitokondria. Koenzim Q10 terlibat dalam membuat molekul-molekul penting yang bertindak sebagai sumber tenaga sel yang utama dan mendorong beberapa proses biologi, termasuk kontraksi otot dan penghasilan protein.

Koenzim Q10 juga bertindak sebagai antioksida. Antioksida adalah bahan yang menentang radikal bebas, iaitu kompaun yang boleh mendatangkan kemudaratan, termasuk mengubah membran sel dan juga boleh menyebabkan kematian sel-sel. Radikal boleh hadir secara semula jadi, tetapi toksin persekitaran (termasuk sinaran ultra violet, radiasi, asap rokok dan pencemaran air) juga akan menambahkan jumlah partikel yang merosakkan.

Para saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan serta kejadian pelbagai penyakit seperti penyakit jantung dan kanser. Antioksida seperti koenzim boleh meneutralkan radikal bebas .

Hasil ujian berskala kecil juga memperlihatkan pengambilan koenzim Q10 berpotensi memberi kesan positif untuk :

* Penyakit parkinson
* Meningkat fungsi imun
* Sakit kepala akibat migrain
* Serangan jantung mengejut
* Hipertensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh