klik atas nuffnang

Wednesday, April 13, 2011

Jangan Sembarangan Makan Cendawan Liar


(Kiri : Cendawan liar yang boleh dimakan )
Schizophyllum Commune atau cendawan sisir, Termitomyces atau cendawan busut,
(Kanan:cendawan liar yang beracun ) 
Macrolepiota dan Lepiota

KUALA LUMPUR – Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan ladang diminta tidak memakan cendawan yang tumbuh liar di kawasan mereka dengan sewenang-wenangnya terutamanya pada musim hujan ketika ini kerana dibimbangi terkena keracunan.

Menurut Pensyarah Biologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Johari Jalinas, terdapat banyak cendawan beracun yang tumbuh selepas hujan tetapi bentuknya sekan-akan cendawan yang boleh dimakan.

Ekoran persamaan itu, katanya, ia sering mengelirukan orang ramai yang gemar memakan cendawan liar dan mereka berisiko terkena keracunan akibat cendawan beracun yang dikutip.

Sehubungan itu, orang ramai perlu mengenali cendawan liar yang boleh dimakan sebelum mengutip dan memakannya kerana perbezaan sesetengah cendawan yang boleh dimakan dengan yang beracun cukup kecil.

“Walaupun cendawan liar itu dikenal pasti boleh dimakan, seseorang itu perlu makan dalam kuantiti sedikit untuk kali pertama.

“Jika terdapat tanda-tanda alergi terhadap cendawan yang dimakan, mangsa harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh