klik atas nuffnang

Monday, May 9, 2011

Penyakit Barah Perut juga dikenali Barah Gastrik

Dari segi perubatan, barah perut (juga dikenali sebagai barah gastrik) boleh terbentuk pada sebarang bahagian perut dan boleh merebak keseluruhan perut dan organ lain. Barah perut boleh tumbuh sepanjang dinding perut ke esofagus atau usus kecil.

Ia juga boleh menjalar sepanjang dinding perut dan merebak ke nod limfa berhampiran dan kepada organ seperti hati, pankreas, dan kolon. Barah perut juga mampu merebak ke organ jauh, seperti paru-paru, nod lymph atas tulang selangka (collar bone), dan ovari.

Apabila barah merebak kebahagian lain tubuh, tumur baru yang mempunyai sel tidak normal yang sama dan nama yang sama dengan tumor utama. Sebagai contoh, jika barah perut merebak kepada hati, sel barah di hati adalah sel barah perut dan penyakit ini dikenali sebagai barah perut metastatik, bukannya barah hati.



Masalah utama barah perut adalah apabila ia merebak kepada ovari; tumor dalam ovari dikenali sebagai tumor Krukenberg. Tumor ini, dinamakan sempena nama doktor pertama yang menggambarkannya, bukanlah penyakit, ia adalah barah perut metastatik - sel barah di tumor Krukenberg adalah sel barah perut, sama seperti sel barah dalam tumor utama.

Epidemiologi
Barah perut berleluasa di China, Jepun, Korea, dan negara Asia dan Amerika Selatan, berbanding Amerika Syarikat.

Gejala

Barah perut boleh jadi sukar dikesan. Selalunya tidak terdapat tanda pada tahap awal dan, dalam kebanyakan kes, barah tersebut telah merebak sebelum ia disedari. Apabila gejala berlaku, ia begitu kabur sehinggakan pesakit tidak mengindahkannya. Barah perut boleh menyebabkan yang berikut:

    * Ketidakhadaman atau perasaan terbakar (pedih ulu hati (heartburn));
    * Tidak selesa atau sakit di bahagian perut;
    * Mual dan muntah;
    * Cirit-beret (Diarrhea) atau sembelit;
    * Kembung perut selepas makan;
    * Hilang selera makan;
    * Lemah dan letih; dan
    * Pendarahan (muntah atau berak berdarah).

Sebarang simptom ini mungkin disebabkan oleh barah atau masalah kesihatan yang kurang serius lain, seperti virus perut atau ulser. Hanya doktor mampu menentukan punca sebenar. Mereka yang mempunyai gejala sebegini perlu berjumpa doktor. Mereka mungkin dirujuk kepada gastroenterologist, doktor yang pakar dalam mendiagnosis dan merawat masalah penghadaman. Pakar ini kadang kala dikenali sebagai pakar gastrointestinal (atau GI).

Diagnosis
Untuk menentukan punca gejala, doktor akan bertanya mengenai sejarah perubatan pesakit, melakukan ujian fizikal, dan mungkin mengarahkan kajian makmal. Pesakit mungkin melalui satu atau kesemua pemeriksaan berikut:

    * ujian darah okult najis (Fecal occult blood test)
    * Siri GI bahagian atas (Upper GI series)
    * Pemeriksaan gastroskopik

Tisu tidak normal yang kelihatan dalam pemeriksaan gastroskop akan di biopsi oleh pakar bedah atau gastroenterologist. Tisu ini kemudiannya akan dihantar kepada patologi untuk pemeriksaan histologi di bawah mikroskop untuk memeriksa kehadiran sel barah. Biopsi, dengan analisa histologi berikutnya merupakan satu-satu cara memastikan kehadiran sel barah.

Tahap
Jika ahli patologi menjumpai sel barah dalam contoh tisu, doktor pesakit perlu mengatahui tahap, atau setakat mana, penyakit merebak. Pemeriksaan tahap merebak dan ujian akan membantu doktor mengetahui samada barah telah merebak dan, jika benar, bahagian mana tubuh terbabit. Kerana barah perut mampu merebak ke hati, pankreas, dan organ lain berhampiran perut termasuk juga paru-paru, doktor mungkin memilih imbasan CT (atau CAT), pemeriksaan ultrasound, atau ujian lain untuk memeriksa bahagian ini.

Pentakrifan mungkin tidak akan selesai sehingga selepas pembedahan. Pakar bedah akan membuang nod limfa berhampiran dan mengambil tisu contoh dari kawasan lain di bahagian abdomen. Kesemua contoh ini diperiksa oleh ahli patologi untuk mengesan sel barah. Keputusan mengenai rawatan selepas pembedahan bergantung kepada keputusan ujian ini.

Rawatan

Pelan rawatan dirancang oleh doktor menurut keperluan setiap pelanggan. Rawatan untuk barah perut bergantung kepada saiz, lokasi, dan tahap tumor; peringkat perkembangan penyakit; kesihatan pesakit secara umum; dan faktor lain.

Kebanyakan mereka yang mengidap barah ingin mempelajari semua yang mungkin berkenaan penyakit dan pilihan rawatan barah perut agar mereka dapat memainkan peranan aktif dalam menentukan rawatan perubatan. Doktor merupakan orang terbaik bagi menjawap soalan berkenaan diagnosis dan rancangan rawatan.

Apabila seseorang disahkan mengidap barah, kejutan dan tekanan (stress) adalah reaksi biasa. Perasaan ini mungkin menjadikan sukar bagi seseorang berfikir mengenai kesemua perkara yang mereka ingin tanyakan kepada doktor. Seringkali, ia membantu dengan menyediakan senarai soalan. Bagi membantu mengingati apa yang diberitahu oleh doktor, pesakit boleh mencatat atau bertanya samaada mereka boleh menggunakan pita rakaman. Sesetengah orang juga mahukan ahli keluarga atau rakan mereka bersama-sama ketika berbincang dengan doktor -- untuk turut serta dalam perbincangan, mengambil nota, atau hanya mendengar. Pesakit tidak perlu rasa untuk bertanya kesemua soalan mereka atau meningati kesemua jawapan serentak. Mereka akan mempunyai peluang untuk bertanyakan doktor untuk menjelaskan perkara dan mendapatkan maklumat lanjut.

Apabila berbincang mengenai pilihan rawatan, pesakit mungkin ingin bertanyakan mengenai membabitkan diri dengan kumpulan kajian penyelidikan. Kajian sedemikian, dikenali sebagai ujian klinikal, direka bagi membantu rawatan barah.

Pesakit dan mereka yang tersayang pastinya ragu mengenai keberkesanan rawatan. Kadang kala mereka cuba menggunakan statistik untuk mengetahui samaada pesakit dapat disembuhi, atau berapa lama pesakit mampu hidup. Amat penting untuk diingati bahawa statistik merupakan purata berdasarkan sejumlah besar pesakit. Ia tidak boleh digunakan bagi meramal apa yang akan berlaku kepada seseorang yang khusus kerana tiada dua pesakit barah adalah serupa; rawatan dan tindak balas jauh berbeza. Pesakin mungkin ingin berbincang dengan doktor mengenau peluang untuk sembuh (prognosis). Apabila doktor berbincang mengenai barah, mereka menggunakan istilah pergi (remission) dan bukannya sembuh. Ini disebabkan walaupun ramai pesakit sembuh sepenuhnya, doktor menggunalkan istilah ini kerana ia mampu kembali.

Mendapatkan pendapat / rawatan kedua
Memutuskan jenis rawatan adalah rumit. Kadang-kala ia membantu pesakit bagi mendapatkan pendapat kedua mengenai diagnosis dan pelan rawatan. (Sesetengah syarikat insurans memerlukan pendapat kedua; yang lain mungkin membayar bagi pendapat kedua sekiranya pesakit memohonnya.) Terdapat beberapa cara bagi mendapatkan pendapat doktor lain:

Doktor yang memeriksa pesakit akan mencadangkan rujukan kepada seorang pakar perubatan. Pakar-pakar yang terlibat ialah pakar gastroenterologi, pakar bedah, pakar perubatan onkologi dan pakar onkologi radiasi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh