klik atas nuffnang

Saturday, June 18, 2011

Transplan rambut atasi kebotakan

ADA saintis berpandangan unsur genetik yang membuatkan sebahagian lelaki berdepan dengan masalah kebotakan dan cuba untuk memahami misteri biologi di sebalik kebimbangan ini. Contohnya, bagaimana lelaki boleh kehilangan rambut di bahagian tengah kepala sedangkan misai dan bulu mata masih tumbuh seperti biasa?

Seperti yang diketahui, ubat-ubatan tidak membantu semua orang. Malah, tidak ramai yang berminat untuk menjalani proses transplan rambut . Jadi, wujud ruang untuk memperkenalkan pendekatan baru menerusi Omnigraft sebagai teknologi transplan pertama rambut menggunakan sistem automatik.

Setiap manusia bermula dengan bekalan rambut seumur hidup kira-kira sebanyak 100,000 folikel (lubang halus yang mengandungi akar rambut ) di atas kulit kepala, setiap satunya akan menghasilkan sehelai rambut . Secara normalnya, setiap folikel akan mengeluarkan rambut dalam tempoh dua hingga enam tahun, kemudian ia akan berehat selama beberapa minggu. Selepas itu, folikel akan mengeluarkan rambut dan kitaran tersebut berulang.

Setiap hari kita akan kehilangan sebanyak 100 helai rambut menerusi cara ini. Itu bukanlah masalah besar kerana bilangan folikel yang sama akan memasuki fasa pertumbuhan rambut pada hari serupa. Malah pada satu masa yang sama, hampir 90 hingga 95 peratus folikel sibuk menumbuhkan rambut baru. Tetapi bagi sebahagian lelaki, proses biasa ini bercelaru di beberapa bahagian kulit kepala.

Fasa pertumbuhan ini secara progresifnya menjadi lebih pendek sementara fasa yang lain pula tumbuh seperti biasa. Maka ia menyebabkan rambut kian pendek setiap kali mengharungi kitaran tersebut. Sebenarnya, rambut itu tidak tercabut dari folikel pada kulit kepala.

Rambut nipis
Lebih memburukkan keadaan, folikel yang terjejas mengambil masa lebih lama untuk menumbuhkan semula rambut selepas ia mengeluarkan rambut terakhir. Folikel itu juga mengecut, menyebabkan rambut yang dihasilkannya semakin nipis. Ia seolah-olah menggantikan pokok besar dengan anak pokok. Maka jumlah keseluruhan rambut yang tinggal akan menurun kira-kira lima peratus setahun hingga mewujudkan masalah kebotakan.

Justeru itu, NeoAsia (M) Sdn. Bhd. memperkenalkan Omnigraft yang pertama di Malaysia dan terdapat di klinik Dr. Alice Prethima yang terletak di Klang, Selangor dan Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur.
Menggunakan teknik Follicular Unite Extraction (FUE), ia menggunakan teknik yang meminimumkan kesakitan dan kesan luka atau parut.

"Prosedurnya juga tidak mendatangkan komplikasi dan memberikan kesan yang lebih semulajadi.

Tekniknya mudah, biasanya bagi lelaki, keguguran rambut bermula dari bahagian hadapan kepala hinggalah ke tengah kepala. Manakala bahagian yang berambut lebat, biasanya terdapat di bahagian belakang kepala.

Jadi akar dari bahagian berambut lebat akan diambil dan ditanam di bahagian yang mengalami keguguran rambut ," jelasnya ketika sesi memperkenalkan teknik Omnigraft di Sunway Giza, Kota Damansara Selangor, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh