klik atas nuffnang

Monday, August 1, 2011

Payu Dara Besar tapi Kendur

Kak Mariah berbisik kepada saya bahawa dia tidak gembira dengan keadaan payu daranya. ‘‘Saya rasa ia semakin besar dan melayut saja.

‘‘Kalau saiz besar dan tampak cantik bentuknya saya tidak kisah. Tapi masalahnya ia besar tetapi kendur. Ini membuatkan saya rasa rendah diri,’’ katanya.

Beliau mahu tahu adakah cara- cara bagi meningkatkan penampilan payu dara? Menurutnya dia tidak betah lagi memakai kebaya yang amat disukainya lantaran payu dara tidak terbentuk dengan baik. Bolehkah dikecilkan sedikit saiz payu dara agar sesuai dengan penampilannya?

Payu dara merupakan aset penting bagi seorang wanita. Setiap wanita mempunyai cara tersendiri menilai dan menghargai payu dara. Sejak akhir-akhir ini statistik kanser payu dara meningkat membuatkan para wanita lebih berhati-hati menjaga kesihatan payu dara mereka. Ramai yang mengambil vitamin dan suplemen demi kesihatan.

Payu dara merupakan organ yang hanya di penuhi oleh tisu- tisu lemak kolagen dan fibrous. Ia juga mempunyai banyak kelenjar dan juga tisu glandular yang menghasilkan susu semasa wanita menyusukan anak.

Tisu-tisu ini sangat dipengaruhi oleh hormon yang berkitar dalam tubuh seperti estrogen, progestrone, growth hormone, insulin dan sebagainya. Kerana itulah bentuk dan saiz payu dara seseorang tidak konsisten sepanjang hidupnya sebaliknya bergantung kepada kandungan hormon yang berkitar dalam tubuh dan juga kesan nutrisi dalam pemakanan. Kehadiran hormon progesteron akan membuatkan kandungan kelenjar susu meningkat. Keadaan ini berlaku semasa seorang wanita hamil. Saiz payu dara meningkat ke dua atau tiga kali ganda saiz asal. apabila hormone ini tiada (habis menyusu) saiz payu dara menyusut dan komposisi sel terkandung dalam payu dara berubah. Besar kemungkinan ia di gantikan dengan sel-sel fibrous yang tidak kenyal.

Apabila beberapa kali hamil dan melahirkan anak sudah tentu payu dara mengalami perubahan yang ketara. Kandungan kolagen sudah kurang menyebabkan ia tidak kenyal, lembik dan tidak terbentuk. Ia juga tidak dapat dipegang dengan baik oleh tisu-tisu penggantung yang turut hilang kekuatannya. Tisu-tisu yang dipanggil sebagai suspensary ligamen ini menggantung payu dara kepada otot pectoral. Otot pectoral yang besar dan kuat juga mustahak bagi memastikan payu dara tampak cantik.

Terdapat teknologi baru perubatan estetik yang mampu menegangkan payu dara menjadikannya terbentuk lebih baik. Antaranya ialah teknologi pancaran frekuensi yang menggunakan konsep internal heating. Pancaran frekuensi ini bertindak merangsang sel-sel agar mengeluarkan lebih banyak kolagen yang memberikan keanjalan dan sedikit tekstur keras kepada payu dara. Apabila kolagen meningkat, bentuk payu dara juga menjadi semakin cantik. Seseorang itu akan merasa kelainan apabila memakai baju. Didapati bentuk payu dara yang baik menjadikan bentuk tubuh tampak cantik apabila payu dara tidak menggeleber ke kiri dan kanan.

Otot
Teknologi ini turut merangsang otot pectoral menjadikannya lebih kuat sekali gus membuat payu dara mempunyai bentuk yang lebih tegang. Teknik dilakukan dengan memancarkan secara terus ke payu dara dengan fokus kepada kawasan yang lebih memerlukan pemejalan misalnya di sekitar ketiak dan ligamen penyokong. Ia mestilah dilakukan berulang kali selama enam hingga sepuluh kali sehingga mendapat hasil yang memuaskan.

Biasanya keputusan adalah cepat iaitu pada sessi pertama keputusan membuatkan hati merasa teruja untuk melakukannya sekali lagi pada kadar segera. Bagi mereka yang mempunyai kandungan hormon rendah, penambahan bioidentikal hormon akan memberi hasil yang lebih baik.

Proses ini memudakan semula darah dan meningkatkan lagi penggantian sel-sel kolagen yang hilang pada kulit. Biasanya pemeriksaan darah boleh memberikan jumlah hormon yang terdapat dalam darah dengan tepat.

Tidak ramai yang tahu bahawa penggunaan baju dalam yang tepat boleh membantu menjaga payu dara supaya tidak kendur. Dari usia muda kita perlu memakai baju dalam yang memberi sokongan penuh kepada buah dada. Teknik memakai baju dalam yang betul iaitu memastikan tali selaras dengan kedudukan puting payu dara adalah penting. Hal ini memastikan ligamen penggantung tidak bekerja terlalu kuat sehingga boleh menjejaskan kekenyalannya.

Kaedah urutan payu dara juga mustahak bagi memastikan perjalanan darah dan merangsang tisu payu dara agar sentiasa selesa. Sambil membuat urutan anda bolehlah membuat pemeriksaan sendiri payu dara untuk menyemak sekiranya terdapat ketulan.

Senaman pectoral sangat mustahak bagi memastikan payu dara anjal. Senaman yang baik hendaklah dibuat secara perlahan-lahan namun konsisten.

Dengan kaedah yang disarankan ini sudah pasti ramai yang akan berfikir panjang sebelum bersetuju melakukan pembedahan. Kaedah ini selamat, berkesan dan tidak menyakitkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh