klik atas nuffnang

Monday, August 22, 2011

Pusat manusia rumah bakteria

PARA pengkaji dari Universiti North Carolina, Raleigh, Amerika Syarikat baru-baru ini telah membuat kajian mengenai bakteria yang menghuni pusat manusia.

Dalam kajian melalui projek Belly Button Biodiversity itu, mereka menjelaskan bahawa pusat adalah bahagian tubuh yang mengandungi banyak bakteria.

Kira-kira 1,400 jenis bakteria mendiami kawasan itu dengan 662 daripadanya merupakan spesis yang baru ditemui.

Penelitian yang diketuai oleh Rob Duhn dan Jiri Hulcr itu telah mengumpul data baru mengenai mikroorganisma dalam tubuh badan manusia.

"Ada beberapa spesies bakteria yang ditemui pada pusat manusia pernah ditemui di dasar laut", kata Carl Zimmer yang menjadi salah seorang sampel dalam uji kaji tersebut. Turut ditemui ialah Bakteria Georgenia iaitu bakteria yang hanya pernah ditemui di Jepun sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang