klik atas nuffnang

Monday, October 3, 2011

Perkara penting selepas pembedahan payudara

Perkara yang biasa berlaku selepas pembedahan payudara:
  • Biasanya anda boleh bangun dari katil pada hari yang sama selepas   pembedahan. Selepas beberapa hari, doktor akan membenarkan anda pulang   ke rumah.
  • Tempoh tinggal di hospital bergantung kepada keputusan pembedahan.
  • Anda mungkin mengalami rasa sakit atau tidak selesa.
  • Jahitan pada luka pembedahan mungkin terasa ketat dan tegang.
  • Jika nodus limfa di bawah ketiak anda dibuang, ketiak anda juga akan rasa tidak selesa.
  • Anda boleh minta doktor memberikan ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan atau ketidakselesaan.
  • Pesakit mungkin boleh mengambil makanan biasa sehari selepas pembedahan. Pesakit juga boleh berjalan di kawasan hospital.
  • Pesakit biasanya dinasihatkan supaya tidak mandi sehingga tiub pada   kawasan pembedahan dialihkan dan luka kelihatan mulai sembuh.
  • Selepas pembedahan, pesakit akan diajar kedudukan lengan yang betul dan senaman mudah untuk membantu mencegah ketegangan serta mengurangkan bengkak. Perkara ini sangat penting kerana ia kerap berlaku pada pesakit.
  • Pesakit dinasihatkan untuk meneruskan senaman ini selepas balik ke rumah.
  • Ketika ini pesakit mungkin sudah tidak berasa sakit. Pada mulanya,   garis jahitan pada tempat yang dibedah boleh dilihat. Ia juga mungkin   akan bengkak dan nampak pucat. Usah risau, masalah ini akan hilang   perlahan-lahan. Bengkak akan surut dan kulit anda akan kembali ke warna   asal.
  • Selepas beberapa bulan, parut jahitan juga akan  pudar. Anda mungkin  berasa bahagian dada seperti dicucuk-cucuk dengan  jarum. Malah ada juga  pesakit yang terasa kebas pada kawasan parut dan  ketiak.

Penjagaan luka

Penjagaan luka sangat  penting. Untuk mempercepatkan ia sembuh, luka  anda perlu sentiasa bersih  dan kering. Justeru, tutup balutan luka  sebelum mandi dan tukar balutan  ini jika ia basah atau kotor.

Pantau perkembangan luka anda.  Lihat jika ada tanda jangkitan seperti  demam, kawasan luka menjadi  merah, ada nanah atau berdarah.

Jika tanda ini ada, usah  bertangguh lagi. Segeralah berjumpa doktor.  Jangan biarkan jangkitan  berterusan kerana ia bukan saja boleh  membuatkan luka lebih lambat  sembuh malah meninggalkan parut dan  meningkatkan kos rawatan.

Sebenarnya  ada banyak lagi maklumat penting yang perlu anda ketahui  mengenai  penjagaan selepas rawatan. Semuanya dicatatkan dalam dalam  buku ‘Saya  Ada Kanser Payudara! Apa Tindakan Selanjutnya?’ yang  disediakan Hospital  Assunta. Buku kecil percuma ini akan mula diagihkan  pada pertengahan  Oktober ini.

Saranan Keluarga Avail : FC BIO SANITARY PAD / I-FOOD / PRO-POLIS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh