klik atas nuffnang

Saturday, January 28, 2012

Tanda-tanda Bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda.

Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Thursday, January 19, 2012

Stigma Wanita Tidak Subur

LAZIMNYA, berkeluarga, mengandung dan beranak adalah perjalanan hidup yang perlu dilalui oleh seorang wanita.

Namun hakikatnya tidak semudah itu. Ramai wanita yang berdepan cabaran untuk mendapatkan cahaya mata pertama, malahan tidak kurang yang mencuba bertahun-tahun lamanya tetapi masih gagal memperoleh hasil yang diharapkan.

Malangnya tidak kira di negara maju atau membangun, isu kesuburan masih menjadi topik perbincangan yang cuba dielakkan sama ada oleh lelaki mahupun wanita.

Wanita yang sukar mendapat anak sering kali berasa tidak selesa untuk berkongsi masalah itu dengan doktor malahan dengan pasangan hidup mereka.

Merumitkan keadaan, terdapat doktor keluarga pula yang berasa segan untuk memulakan perbincangan mengenai isu kesuburan kerana melihat ia lebih bersifat peribadi.

''Ramai wanita yang mengalami masalah kesuburan cuba mengelak daripada berbincang mengenainya, tidak kurang yang enggan mendapatkan rawatan profesional. Ini kerana mereka takut sekiranya doktor mengesahkan mereka tidak subur dan tidak boleh dirawat. Justeru wanita sering memikul beban psikologi seperti ini dan enggan berjumpa doktor," kata Pengurus Besar Kesihatan Wanita, syarikat farmaseutikal Merck & Co. Inc. (Merck), Terrie Curran.

Monday, January 16, 2012

Mandi malam Mudarat?

ADAKAH ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan? Ramai kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.

Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik? Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?

Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.

Sunday, January 15, 2012

Sudut Persoalan Lisselife

1. Kenapa Lisselife itu penting?
Penyakit jantung dan saluran darah otak telah menjadi pembunuh utama kepada manusia dan umur pesakit semakin muda. Pengambilan Lisselife berupaya mencegah penyakit-penyakit tersebut.

2.

Adakah Lisselife selamat dimakan dalam jangka masa yang panjang?
Ya. Lisselife diperbuat daripada ramuan semulajadi yang berupaya meningkatkan status kesihatan badan. Ia tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada badan kita.

3.

Apa itu Nattokinase?
Natto adalah kacang soya yang telah difermentasi oleh Bacillus natto. Pelbagai jenis bahan aktif telah dihasilkan melalui proses fermentasi tersebut, salah satunya Nattokinase yang juga digelar sebagai Enzim yang Melarutkan Darah beku’. Sehingga kini, Nattokinase merupakan satu-satunya enzim dari sumber makanan yang berupaya melarutkan darah beku.

4.

Apa itu Beras Yis Merah?
Beras Yis Merah adalah beras yang difermentasi oleh Monascus purpureus. Ekstrak Beras Yis Merah (Monacolin K) berkesan dalam mencegah pembentukan kolesterol dalam badan, menurunkan paras kolesterol densiti rendah (LDL), meningkatkan paras kolesterol densiti tinggi (HDL) dan merendahkan paras lipid darah.

5.

Adakah Lisselife sesuai dimakan oleh mereka yang sedang mengambil rawatan perubatan seperti tekanan darah tinggi dan lipid darah tinggi?
Sesuai. Lisselife merupakan sejenis makanan tambahan semulajadi yang berupaya meningkatkan tahap kesihatan badan dan membantu proses rawatan. Di samping itu, ia juga membantu mengawalatur paras tekanan darah dan lipid darah, mencegah pembentukan darah beku dan memperbaiki peredaran darah.

6.

Bolehkah Lisselife dimakan bersama ubat-ubatan barat?
Lisselife digalakkan makan pada waktu malam sebelum tidur. Kandungan dalam ubat-ubatan barat adalah berlainan, maka digalakkan bahawa menjarakkan 2 hingga 3 jam masa pengambilan ubat-ubatan barat dan Lisselife.

7.

Bolehkah saya berhenti mengambil ubat-ubatan barat selepas memakan Lisselife?
Jangan berhenti mengambil ubat-ubatan barat semata-mata tanpa nasihat doktor. Dos ubat-ubatan barat boleh dikurangkan secara perlahan-lahan selepas tekanan darah atau lipid darah mencapai paras yang stabil.

Testimoni Lisselife

Alicia Boey Mong Chun, 54 Tahun, Pulau Pinang ( Artritis, Kekebasan Tangan dan Kaki )
Saya mempunyai masalah artritis, tangan dan kaki saya selalu berasa kebas. Masalah-masalah ini sentiasa mengganggu saya terutamanya menyebabkan saya terbangun tidur pada waktu malam.

Selepas 5 hari mengambil Lisselife, tangan dan kaki saya tidak berasa kebas lagi. Saya berasa lebih senang menaik tangga, menurun tangga, menunduk dan berdiri selepas pengambilan 2 botol Lisselife. 

Lian Chee King, 48 Tahun, Pulau Pinang ( Sakit Jantung )
Pada bulan Mei 2006, saya diserangi sakit jantung dan dihantar masuk ke hospital. Saya dikesan bahawa salah satu saluran darah penting dalam jantung telah tersumbat sebanyak 90%. Doktor hanya memberi saya ubat dan menasihat saya menjalani pemeriksaan ikut masa. Sejak itu, saya menjadi semakin kurus dan badan menjadi semakin lemah.

Setengah tahun kemudian, saya mula mengambil Lisselife dan mendapati bahawa tahap kesihatan saya semakin berkembang baik. Selepas beberapa bulan mengambil Lisselife, suara saya bertambah kuat, berasa lebih cergas dan bersemangat. 

Ooi Beng Tin, 52 Tahun, Pulau Pinang ( Sakit Sendi )
Saya menghadapi masalah sakit sendi di bahagian tangan dan kaki.

Setelah mengambil 1 botol Lisselife, jari saya sudah boleh bergerak denagan lebih lancar. 2 bulan kemudian, saya tidak lagi diganggu oleh masalah sakit sendi di bahagian kaki!

Sanadi Bin Abdul Latif, 42 Tahun, Kuala Terengganu ( Kolesterol Tinggi )
Saya menghadapi masalah kolesterol tinggi sejak 10 tahun yang lalu. Paras kolesterol saya lebih kurang 7.8 mmol/L.

Saya bermula mengambil Lisselife pada bulan Oktober 2006. Pada bulan November 2006, paras kolesterol saya menurun ke 6.3 mmol/l. Pada masa yang sama, saya berasa badan lebih ringan dan selesa. Masalah kebas-kebas pada tapak kaki turut hilang. Avail Lisselife memang HEBAT!

Seow Lean Hong, 59 Tahun, Selangor ( Kekebasan Lengan Tangan, Insomnia )
Saya menghadapi masalah kebas pada lengan tangan kanan selama 2 tahun. Saya pernah mencuba pelbagai jenis rawatan termasuklah acupuncture, akan tetapi semua rawatan ini tidak memberi kesan yang ketara.

Keadaan bertambah baik selepas pengambilan 1 botol Lisselife. Semasa pengambilan botol yang kedua, lengan tangan kanan saya tidak lagi berasa kebas dan sakit! Masalah Insomnia yang lama dihadapi turut hilang!

Wong Siong Tai, 45 Tahun, Sarawak ( Peredaran Darah Kurang Lancar )
Saya tidak boleh berdiri atau duduk lama, masalah-masalah ini telah dihadapi saya sepanjang 1 tahun dan ia amat merunsingkan saya.

Hanya 1 bulan selepas mengambil Lisselife masalah-masalah tersebut telah hilang tanpa apa-apa rawatan!

usah abai pelan perubatan

PERGI kerja ketika matahari belum menampakkan jalur cahayanya, pulang ke rumah bertemankan cahaya bulan. Itu rutin anda selama berbelas atau berpuluh tahun yang menghabiskan sebahagian hidup dengan kerja keras bagi menikmati kehidupan selesa.
Masa berkualiti dengan anak terlalu terhad disebabkan tuntutan kerja yang tidak pernah surut. Mungkin anda hanya bertemu dan bermesra dengan anak ketika dia hendak ke sekolah di waktu pagi dan pada hujung minggu.

Disebabkan kesibukan, keseronokan memberi fokus sepenuhnya pada tanggungjawab dan kepuasan dalam kerjaya, tumpuan terhadap pembelajaran anak kadangkala terabai. Itulah harga yang perlu dibayar seseorang demi melihat keluarga tersayang hidup dalam keadaan selesa dan bahagia.
Ketika usia muda, tenaga yang masih kuat, tubuh sihat dan otak cergas serta kaya dengan idea dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan kerjaya. Inilah masanya untuk anda berusaha mencari duit lebih bagi memiliki keperluan hidup.

Batu karang Menyerang Kaum Lelaki

NAMA penyakit ini biasa didengar tetapi ramai yang masih tidak ambil endah mengenainya. Mungkin kerana ia tidak sekritikal penyakit jantung atau kanser yang diketahui umum boleh membawa maut.
Namun, batu karang jangan diambil mudah kerana ia boleh menjejaskan aktiviti seharian. Batu karang merujuk keadaan yang mana wujud sisa mineral halus seakan-akan batu kristal di sepanjang saluran kencing. Saluran ini merangkumi organ seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra yang berfungsi menapis darah untuk membuang kekotoran yang kemudian disingkir dari tubuh.

Pembentukan batu biasanya bermula di buah pinggang sebelum bergerak ke bahagian lain saluran kencing hingga tersumbat di tiub yang lebih kecil seperti batu pundi, batu uriterik dan batu buah pinggang menyebabkan pesakit berasa sakit yang teramat sangat.
Perunding Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Datuk Dr Ryan Ponnudurai berkata, penyakit batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita.

Ini disebabkan lelaki memiliki hormon testosteron yang tinggi, bagaimanapun warga emas dan kanak-kanak jarang mendapat penyakit ini memandangkan hormon testosteron mereka rendah.

Thursday, January 12, 2012

Simptom Radang Apendik / Apendiks / Apendicitis

Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.

Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.

Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .

Tuesday, January 3, 2012

Bekalan Susu Tidak Mencukupi

Hampir semua ibu yang baru menyusukan bayi akan melalui satu tempoh masa di mana mereka meragui sama ada bekalan susu mereka mencukupi atau tidak. Apabila ibu-ibu ditanya apa sebabnya mereka tidak menyusukan anak atau hanya memberi susu badan bagi jangka masa yang pendek, mereka memberikan sebab utama sebagai, “Saya fikirkan bekalan susu saya tidak mencukupi”. Sebenarnya, menurut sebilangan besar pakar, jarang berlaku situasi di mana ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi.

Kebanyakan wanita merasakan bekalan susu mereka adalah rendah walaupun sebenarnya ianya tidak. Kekurangan mungkin ada jika ibu tidak lagi mengalami refleks susu terkeluar dengan tiba-tiba atau tidak lagi ada perasaan buah dada penuh atau susu tidak lagi bocor dari puting.

Sebenarnya, semua tanda-tanda ini adalah tanda-tanda biasa yang menunjukkan bahawa badan anda sudahpun menyesuaikan diri dengan keperluan penyusuan bayi anda. Juga, bayi yang sedang membesar akan memerlukan lebih banyak susu, dan, oleh itu, memang merupakan perkara biasa jika anda meragui sama ada bekalan susu anda memadai. Sesetengah bayi pula lebih cepat dan efisien dalam penyusuan dan memerlukan sedikit masa sahaja untuk habis menyusu, dan ini juga boleh menyebabkan anda bimbang yang bekalan susu anda tidak mencukupi.

Mungkin ada masa-masanya sesetengah ibu tidak menghasilkan susu yang ke tahap yang maksimum, tetapi, sekiranya mereka betul-betul memahami proses penyusuan, itu akan membantu mereka mengatasi masalah ini. Hanya kira-kira dua peratus ibu sahaja, atas sebab-sebab fizikal, yang tidak boleh menghasilkan susu secukupnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh