klik atas nuffnang

Wednesday, May 30, 2012

Bahaya Uri Bawah Rahim

Apakah yang dimaksudkan dengan uri? Adakah berbahaya jika uri berada di bawah? Saya selalu mendengar rakan-rakan berbual tentang perkara ini. Saya baru mengandung dua bulan dan amat takut dengan perkara ini.


Jawapan Dari Doktor:
Uri adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal apabila ia berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim.

Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi (pintu rahim) semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.

Tuesday, May 15, 2012

Tips Mengawal Kemarahan

  • Bagi yang Muslim, beristighfarlah ketika anda berasa marah, kemudian ambillah wuduk untuk menyejukkan perasaan yang berapi itu.
  • Setelah mampu mengawal diri, cuba berdepan dengan punca masalah. Carilah waktu sesuai untuk berbicara jika melibatkan teman sekerja.
  • Ambil makanan yang mampu meredakan marah anda. Tapi jika makanan manis jangan ambil terlalu banyak pula. Sayangi Kesihatan Anda.
  • Bertenang dan tarik nafas sedalamnya. Bawa diri anda ke tempat sunyi dan jauhkan diri anda dari punca marah.
  • Kaji setiap perkara yang berlaku dengan positif dan cari jalan untuk mengatasinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh