klik atas nuffnang

Sunday, July 29, 2012

Berbasikal senaman paling baik

SUKAN berbasikal menjadi pilihan popular di banyak negara maju. Bagaimanapun, berapa baguskah aktiviti itu untuk kesihatan lebih-lebih lagi apabila anda sudah lama tidak bersenam? Adakah renang atau gimnastik yang mempunyai bermacam-macam pergerakan merupakan alternatif yang lebih baik?

Jika dihitung dari segi jumlah kalori yang dibakar, berbasikal belum cukup ideal.

"Kalau membandingkan berlari dengan berbasikal dengan intensiti yang sama tinggi, berlari membakar lebih banyak kalori kerana anda harus memindahkan tenaga secara terus-menerus. Namun, ini seperti membandingkan epal dengan jeruk," kata Prof. Jamie Timmons daripada Universiti Loughborough di Britain.

Hanya membandingkan jumlah kalori yang dibakar untuk menentukan jenis senaman yang anda pilih tetapi mengabaikan kesan menyeluruh senaman itu ke atas tubuh, bukanlah satu pilihan yang bijak.

Tips kekal cantik bulan Ramadhan

MESKIPUN terpaksa menahan lapar dan dahaga pada siang hari sepanjang bulan Ramadan ini, ia bukanlah alasan untuk kamu mengabaikan penampilan diri.

Berikut beberapa tip menarik bagi mengelakkan wajah kusam dan tubuh badan kurang bermaya sewaktu berpuasa. -Keluarga Avail

1 Minum air secukupnya - Jus buah-buahan adalah pilihan yang tepat untuk berbuka puasa kerana kadar gula yang cukup untuk memberikan tenaga segera kepada tubuh. Namun, jangan lupa untuk minum banyak air putih ketika bersahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi.

2 Gizi seimbang - Jauhi makanan yang mengandung kadar gula tinggi pada saat sahur, kerana tubuh kamu akan cepat merasa lapar setelah makanan habis dicerna oleh tubuh.

3 Rawatan muka - Bagi mengelakkan muka kelihatan kusam, gunakan masker wajah untuk memberi vitamin pada kulit kamu. Jika kekurangan bajet, kamu boleh membuat masker sendiri dengan menggunakan putih telur.

4 Pelembap - Pada bulan puasa, tubuh akan kekurangan kandungan air sehingga menyebabkan kulit mudah kering. Oleh itu, gunakan pelembap wajah yang mempunyai kandungan air yang tinggi.

5 Pelembap bibir - Bibir kering, mengelupas dan pecah adalah masalah yang biasa berlaku pada bulan Ramadan. Jadi, pastikan kamu selalu membawa pelembap bibir ke mana-mana pun. Kamu juga boleh memilih pelembap yang berwarna bagi mengelakkan bibir kamu kelihatan pucat.

6 Losyen badan - Bukan sahaja wajah, kulit badan juga akan mengalami kekeringan akibat kekurangan air. Kamu boleh menggunakan losyen yang mengandungi minyak almond, zaitun atau shea butter untuk melembapkan seluruh badan.

7 Skrub - Jangan lupa skrub wajah dan badan pada bulan puasa ini kerana kulit kering akan menyebabkan lebih banyak sel kulit mati sehingga kulit kelihatan kusam.

Saranan Keluarga Avail : FC SANITARY / I-FOOD / WOMAN LOBATA

Friday, July 27, 2012

Membina MINDA bayi

DR. Medina percaya memahami minda secara sains dapat membantu ibu bapa dan penjaga meningkatkan sosial dan emosi kesihatan kanak-kanak.

“Amat mengkagumkan sekiranya anda sedar perkara yang kecil mampu menjadikan sesuatu perbezaan yang besar.

“Misalnya, pada tahun 1979, pakar psikologi Universiti Washington, Andy Meltzoff terkesima dan kagum apabila bayi yang baru dilahirkan 42 minit memberi tindak balas dengan perlahan-lahan melancarkan bahasanya sendiri.

“Pengalaman yang berulang-ulang ini menunjukkan bayi memiliki keistimewaan untuk mempelajari sesuatu perkara dengan cepat," tambah Dr. Medina.

Monday, July 23, 2012

Gastrik tidak halang puasa

Setiap kali tiba Ramadan, setiap kali alasan yang sama diberikan, gastrik dan tidak boleh lapar menyebabkan tidak boleh menjalankan Rukun Islam ke tiga. 

Tetapi apakah kaitan antara gastrik dan puasa? Benarkah gastrik membataskan seseorang untuk menunaikan ibadah puasa?

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut antaranya sakit perut, pada bahagian atas abdomen atau ulu hati, perut senak, berangin atau pedih, kembung, sendawa, loya, hilang selera makan atau turun berat badan.

Monday, July 16, 2012

kenapa terjadi senggugut

Orang kata kalau nak tahu rasa sakit bersalin, period pain adalah gambarannya. Kalau betul begitu nak tahan sakit senggugut pun kena tahan nafas..apalagi sakit bersalin. Bulan ni yang paling menyakitkan..nak mengiring sakit belakang, nak terlentang sakit pangkal ari-ari, pendek kata tak senang duduk.. Setiap kali kesakitan pastinya badan jadi udang menahan sakit.. paling selesa ketika dituam....dan paling suka dituam dengan air yang baru lepas dijerang....panas dan selesa..

Mari menelaah bersama Keluarga Avail kenapa terjadinya senggugut...atau bahasa kampung 'period pain'

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kita alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit

Sunday, July 15, 2012

melasma bukan penyakit

WANITA memang peka mengenai kecantikan dan penampilan. Sebiji jerawat tumbuh di pipi ketika datang bulan pun cukup mengganggu dan menggusarkan perasaan kerana parutnya mencela wajah, apa lagi jika mengalami melasma atau jeragat yang sukar dihilangkan. Tambah membimbangkan, kadangkala perubahan warna kulit ini sukar disembunyikan biarpun dengan solekan.

Melasma yang juga dikenali sebagai chloasma atau topeng kehamilan ialah masalah kulit yang biasa dialami penduduk Asia. Tompokan berwarna lebih gelap daripada warna sebenar kulit, tidak sekata dan tidak teratur itu biasanya berlaku di pipi, malah ada juga mengalaminya di hidung, atas bibir, dahi dan dagu.

Sama ada berwarna coklat muda, tua atau hitam, ia antara 10 jenis masalah kulit yang lazim dihadapi di Asia Tenggara. Masalah itu lebih kerap dihadapi wanita berbanding lelaki dengan nisbah 12:1, terutama yang mempunyai kulit keperangan, sawo matang dan kuning langsat.

Walaupun bukan sejenis penyakit, jika dibiarkan tanpa rawatan, ia akan menjadi serius dan menjejaskan penampilan.


Thursday, July 12, 2012

Kelebihan Solat : Rendahkan Kolesterol

IBADAT solat mempunyai pengertian yang sangat luas cakupannya. Solat dikatakan boleh memberikan ketenangan dan menjadi senaman terbaik khususnya kepada umat Islam yang mengamalkannya lima kali sehari seperti yang dituntut syarak.

Lebih penting, solat adalah satu medium komunikasi antara manusia sebagai makhluk dengan penciptanya iaitu Allah S.W.T. Amalan harian ini mempunyai 1001 hikmah jika dikaji dari aspek rohani dan juga jasmani.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MIMEMS) di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim, ibadah solat boleh memberikan 1001 manfaat kepada pengamalnya jika dilakukan dengan tekun dan tertib.

Beliau yang mengetuai sekumpulan penyelidik yang membuat kajian tentang sains solat sejak tahun 2005 memberitahu, melalui pergerakan dalam solat, banyak fakta saintifik dapat dibongkarkan.


"Hasil kajian yang dijalankan mendapati ibadah solat ternyata boleh memberi pelbagai manfaat kepada pengamalnya.

Monday, July 9, 2012

i-FOOD UNTUK KURUSKAN BADAN DAN GASTRIK


i-Food ialah sejenis makanan kesihatan organik semulajadi dari New Zealand yang membekalkan khasiat-khasiat seimbang yang diperlukan oleh badan manusia. 

i-Food mengabungkan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan, kaya dengan asid amino, vitamin,  zat galian, elemen surihan, enzim, serat dan lain-lain lagi. 

Ia berupaya membantu dan menguatkan sistem pencernaan, metabolisma, proses detoksifikasi hati, membersihkan darah, menyahtoksik dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan kita dan menjauhi pelbagai jenis penyakit gastrousus, i-Food juga boleh dijadikan sebagai makanan gantian bagi mengawal berat badan. Khas kepada anda yang mengutamakan kesihatan dan juga vegetarian.

i-FOOD MAKANAN TAMBAHAN BERKHASIAT ASAS ANDA

i-Food berupaya meningkatkan kadar metabolisma, mengawal niat memakan, mengawal penyerapan lipid dan bahan merbahaya dalam makanan, anti pengoksidaan dan menyingkirkan bahan buangan yang terkumpul dalam badan. Dicadangkan meminum i-Food setengah jam sebelum setiap kali makan. 

Kelebihan i-Food di bulan Puasa membantu pesakit gastrik dan mengenyangkan anda menjalani sepanjang hari di bulan puasa dengan tersenyum riang.
 
 RAMUAN UTAMA DAN KELEBIHANNYA
  • Kaya dengan khasiat yang seimbang
  • Menguatkan sistem pencernaan, membantu pergerakan usus
  • Melembutkan najis, membantu masalah sembelit
  • Meningkatkan metabolisma, membantu proses detoksifikasi badan
  • Membersihkan darah, hati, pundi hempedu dan usus besar
  • Melindungi hati, mencegah hati berlemak
  • Mencegah batu karang hempedu
  • Mengawalatur paras kolesterol darah
  • Memperbaiki dan mencegah penyakit gastrousus seperti ulser perut, sakit gastrik, sakit perut dan buasir
  • Mencegah kanser terutamanya kanser hati, perut dan usus besar
  • Membantu atritis dan gout
  • Menguruskan berat badan
  • Menguatkan sistem imuniti badan
  • Mengawalatur paras gula darah,mencegah dan membantu penyakit kencing manis
  • Mempercepatkan tahap penyembuhan luka
  • Meningkatkan kekuatan dan stamina badan
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Anti-pengoksidaan, kecantikan dan awet muda
  • Kulit lebih lembut, lembab, cerah dan berseri

HARGA AHLI : RM 160.00

Hubungi :
keluargaavail@gmail.com
naim : 019-982 3405 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang