klik atas nuffnang

Thursday, September 27, 2012

Punca Bayi Jadi Kuning ?

Masalah penyakit kuning di kalangan bayi baru lahir adalah fenomena yang kerap berlaku. Jika ditanya, ramai ibu menyatakan anak mereka kuning ketika minggu pertama selepas kelahiran. Tidak kurang pula rawatan tradisional atau alternatif yang digunakan seperti susu kambing, menjemur di pagi hari serta mandi menggunakan ubat tabib Cina.

Apakah penyakit kuning dan bagaimana ia berlaku?

Penyakit kuning, atau jaundis, sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundis. Bayi terbabit mempunyai najis berwarna kuning dan air kencing jernih.

Terdapat beberapa keadaan di mana sel darah merah pecah pada kadar lebih tinggi seperti:

  • Pendarahan di bawah kulit kepala iaitu 'subaponeurotic haemorrhage'
  • Darah bayi yang pekat. Ini biasanya berlaku pada bayi dilahirkan ibu yang mengalami masalah
  • Kencing manis
  • Jangkitan kuman
  • Jenis darah yang berbeza antara ibu dan anak. Biasanya risiko lebih tinggi sekiranya salah seorang mempunyai darah jenis O.


    Dalam keadaan sebegini, jaundis mungkin bermula dalam 24 jam pertama selepas lahir dan tahapnya mungkin melebihi 340 micromol atau liter
  • senjata sulit wanita

    Sebagai seorang isteri, pernahkah anda tahu bahawa anda sebenarnya mempunyai beberapa senjata 'sulit' yang dianugerahkan Tuhan untuk memikat dan merangsang suami anda?

    Apabila anda tahu apakah senjata-senjata sulit di tubuh anda itu, tahukah pula bagaimana anda menggunakannya untuk 'menundukkan' suami anda agar terus jatuh cinta kepada anda?

    Sebagai seorang isteri kita sebenarnya mempunyai pelbagai keistimewaan yang membolehkan kita memikat hati suami berlandaskan apa yang ada pada diri kita.

    Mungkin kita pernah terfikir, sebagai seorang lelaki, suami anda sebenarnya mahukan 'kelainan' dari tubuh anda, sedangkan sebaliknya, mereka sebenarnya lebih suka dengan apa yang dikatakan keindahan asli daripada tubuh isteri mereka.

    Jadi tidak perlulah kita sebagai isteri membahayakan diri melakukan pembedahan plastik semata-mata untuk mendapatkan tubuh yang 'maha mengancam' pada pandangan suami.

    Berikut diberikan tujuh perkara utama yang boleh menjadi senjata sulit isteri memikat suami.

    Tuesday, September 25, 2012

    cara elak diserang sakit jantung

    PENYAKIT jantung sememangnya dikenali sebagai salah satu punca kematian di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, penyakit ini dikenal pasti sebagai punca utama, selain mencatat jumlah kematian tinggi di Kanada.
    Malaysia juga tidak terkecuali dan pengambilan makanan yang tidak seimbang disifatkan membuka langkah kepada ramai penduduk negara ini mengalaminya meskipun pada usia muda.


    Sebelum menyenaraikan bahan makanan yang perlu dan tidak sepatutnya diambil dalam usaha memastikan diet seimbang, beri perhatian pada satu perkara pastikan jantung sihat dan jantung yang sihat tidak akan dapat berfungsi dengan baik jika sistem organ lain pula bermasalah.

    Jantung yang baik dapat memastikan kesihatan tubuh dan minda andai keseluruhan sistem dalaman berfungsi dengan lancar. Sistem saraf, sistem pernafasan, sistem perkumuhan dan saluran darah adalah antara bahagian yang perlu sentiasa dititikberatkan kerana saling berkait rapat dengan keadaan jantung yang sihat.

    Pengambilan sayuran yang banyak, selain makanan yang memiliki asid lemak omega-3 serta vitamin C kompleks dalam diet harian sudah memadai bagi mengelakkan diri terlantar di hospital.

    Berikut beberapa sumber makanan lain yang baik untuk kesihatan jantung, yang bukan saja murah, tapi mudah didapati:

    Ancaman Kesihatan

    BERDASARKAN kajian didapati ancaman besar terhadap kesihatan wanita sebenarnya boleh dicegah. Dalam bab menjaga kesihatan diri sendiri, tiada orang lain yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab ini.
    Mungkin ramai tidak sedar, menjaga kesihatan yang menjadi harta paling berharga dalam hidup kita adalah satu amanah kerana ia membolehkan kita menjalankan tugasan harian termasuk bekerja, menguruskan rumah tangga dan menjalankan ibadat dengan lebih baik.

    Memang tidak dapat dinafikan, wanita lebih peka dalam menjaga kesihatan. Namun ia perlu dipertingkatkan kerana tugas dan tanggungjawab wanita kini lebih besar dan mencabar.

    Berdasarkan statistik daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), ada tujuh ancaman utama kepada kesihatan wanita. Mari kita sama-sama belajar bersam Keluarga Avail cara untuk mengurangkan risiko ancaman ini.


    1. Sakit jantung - Sakit jantung bukan penyakit lelaki saja walaupun jarang kedengaran wanita diserang penyakit ini. Sebelum menopaus, hormon wanita melindungi kita daripada serangan penyakit jantung tetapi selepas putus haid, risiko untuk mendapat penyakit ini sama seperti lelaki.

    pendarahan 44 hari

    Jarang wanita bersalin mengalami pendarahan selama 44 hari, lazimnya 2 minggu. Tambahan pula, jika rahim cuma membesar kepada saiz hamil empat bulan, maka ia dijangka lebih cepat mengecut kepada saiz asal iaitu pendarahan berhenti lebih awal.

    Kadangkala, pengambilan produk tambahan yang dikhuatiri mengandungi hormon menyebabkan keadaan ini. Eloklah menjalani pemeriksaan doktor bagi memastikan tiada masalah pada dinding dalaman rahim.

    Doktor juga akan melakukan ujian darah hormon BhCG bagi mengenenepikan kemungkinan keadaan kandungan molar separa.

    Jika ada mengambil sesuatu supleman tambahan, hentikanlah terlebih dahulu dan lihat perubahan selepas itu. 

    Keguguran yang tidak habis keluar lazimnya sudah pun mengakibatkan kesan tambahan misalnya sakit dan demam akibat jangkitan kuman dan seumpamanya.


    Saranan Keluarga Avail : FC BIO SANITARY PAD AVAIL

    Sunday, September 23, 2012

    Apakah Kanser Prostat dan Faktor Risikonya

    KANSER PROSTAT merupakan tumor barah berbahaya yang tumbuh dalam kalenjar prostat.

    Sewaktu tumor membesar, ia mungkin merebak dari satu bahagian daripada prostat ke bahagian yang bersebelahan atau mengelilingi bahagian tersebut.

    Kanser Prostat boleh merebak dari prostat sehingga ke nod limfa dan juga pada bahagian yang jauh seperti tulang belakang, tulang rusuk atau bahagian tulang yang lain.


    Faktor-faktor Risiko Kanser Prostat

    KETURUNAN : Lelaki dari Amerika dan Eropah berisiko tinggi berbanding lelaki Asia.

    UMUR : Bilangan pesakit kanser prostat tertinggi berada dalam lingkungan lelaki 50 tahun ke atas.

    HORMON : Paras hormon testosteron tinggi menggalakkan perkembangan tisu kanser prostat.

    DIET : Mengambil diet tinggi lemak, kurang sayur-sayuran dan makanan mengandungi kandungan serat dan zink serta protein yang rendah boleh meningkatkan risiko menghidap kanser prostat.

    SEJARAH KELUARGA : Lelaki yang mempunyai sejarah ahli keluarga lelaki yang disahkan menghidapi kanser prostat dan ahli keluarga wanita yang menghidap kanser berisiko tinggi menghidapi kanser prostat.

    kenali ubat tiruan / palsu

    Bagaimana untuk mengelak daripada terbeli ubat tiruan atau palsu ?
    • Kenali ubat anda.
    • Tempat terbaik untuk membeli ubat adalah kedai farmasi.
    • Jangan beli ubat yang dijual di tepi jalan.
    • Berhati-hati dengan ubat yang mempunyai pembungkusan dan label yang tidak betul.
    • Periksa dan baca label pada pembungkusan dan kertas sisipannya.
    • Pastikan anda beli ubat yang berdaftar dengan Kementerian Malaysia yang mempunyai MAL dan label hologram Meditag.
    EKSTRA Ubat Palsu ?
    • Tidak mempunyai kesan.
    • Ada kesan tetapi bukan kesan yang dikehendaki.
    • Pembungkusan yang tidak ditutup dengan rapi.
    • Labelnya tidak dicetak secara jelas dan maklumatnya tidak lengkap.
    • Keadaan fizikal dan rasa ubat lain daripada biasa.

    WHO menganggarkan antara 6 hinga 10 peratus ubat-ubatan di pasaran dunia adalah palsu. Laporan oleh penyelidik perniagaan, Espicom, mengatakan ubat palsu merangkumi 5 peratus daripada pasaran farmaseutikal di Malaysia pada tahun 2008.

    bahan kimia terlarang dalam ubat tiruan

    HIDROQUINONE
    • Mengakibatkan kesan sampingan seperti kulit terbakar, kulit kering, kegatalan kulit, kemerahan, ruam dan lain-lain masalah kulit yang serius seperti kanser dan masalah genetik
    RAKSA
    • Masalah sistem saraf, buah pinggang, penglihatan, kecacatan kepada bayi serta menjejaskan tahap kesuburan pada lelaki dan wanita.
    PLUMBUM
    • Kerosakan buah pinggang, kesukaran belajar, daya tumpuan dan daya intelek yang rendah, bayi dilahirkan kecil saiznya atau ringan berat badannya, sperma lelaki berkualiti rendah dan bilangannya kecil.

    Friday, September 21, 2012

    kesan awal kanser selamatkan nyawa

    SEDIH, takut dan malu. Perasaan ini pasti menyelubungi pesakit kanser payu dara. Mungkin masih ramai lagi yang tidak sedar bahawa pengesanan awal kanser payu dara boleh menyelamatkan nyawa. Gaya hidup sihat, Pemeriksaan Sendiri Payu Dara (PSP) dan pemeriksaan kesihatan mengikut jadual amat penting dalam hal ini.

    Menurut Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara Malaysia, Ranjit Kaur, menangani barah amat perit, tetapi ia usaha yang munasabah.

    "Bukan sahaja pesakit, keluarga dan rakan-rakan juga perlu pengetahuan dan mengambil tindakan segera berhubung kesan barah dan bagaimana cara terbaik mengatasinya. Ini penting untuk mengubah stigma masyarakat terhadap kanser ini," jelasnya.

    Ranjit yang juga bekas pesakit kanser payu dara menambah, pengetahuan tentang kanser ini perlu didedahkan kepada masyarakat sejak usia remaja.

    Katanya, ramai remaja yang kurang pendedahan kerana penyakit ini sering dikaitkan dengan mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

    Nasihat Ranjit kepada wanita di luar sana, amalkan pemakanan seimbang dan sayangi diri dengan melakukan pemeriksaan.

    "Mungkin cara persatuan kami berkempen di bandar dan kampung agak berbeza. Dalam siri jelajah kami ke kampung-kampung, kami akan gunakan bahan yang praktikal untuk menunjukkan bentuk ketumbuhan yang dikenali sebagai kanser pada payu dara. Biasanya, kami akan menggunakan kacang tanah sebagai contoh. Ia lebih jelas dan mudah untuk mereka faham.

    "Jika organ ini tidak ada, tiadalah beza antara lelaki dan wanita. Ia organ seksual dan melibatkan keyakinan diri, sama ada dengan pasangan, kawan-kawan atau komuniti sekeliling," ujarnya.

    Justeru katanya, wanita perlu melakukan mamogram sekali setahun.

    "Jangan beritahu ia menyakitkan kerana akibat menemui kanser kemudian adalah lebih menyakitkan,"

    Saranan Keluarga Avail : bertukarlah kepada FC BIO SANITARY PAD AVAIL

    Tuesday, September 18, 2012

    cara kurangi sakit ketika bersalin

    Apakah kesan buruk epidural ketika bersalin ?
    Ada yang mengatakan ia tidak baik untuk buah pinggang kelak. Adakah ia benar?
    Apakah kaedah ini pilihan terakhir untuk mengurangkan rasa sakit ketika bersalin ?
    Sebagai ibu yang mengandung lapan bulan dan bakal melahirkan anak sulung, Adakah perlu mengamalkan teknik pernafasan yang betul ketika bersalin normal ?
    Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelak anak berada dalam kedudukan songsang?

    Sudah tentu persoalan di atas sentiasa muncul di minda puan buat masa ini. Insya-Allah Keluarga Avail akan cuba memberi penerangan yang diperolehi dari sumber Utusan Malaysia.

    Memang tidak semua wanita bertuah dan dapat melahirkan anak tanpa masalah. Setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Bahkan bagi seorang ibu, pengalaman melahirkan setiap anak juga tidak serupa. Kesakitan ketika melahirkan anak menyebabkan ada sesetengah wanita serik untuk hamil lagi. Sebenarnya ada pelbagai kaedah untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Antaranya kaedah teknik pernafasan (dikenal juga sebagai Lamaze) untuk melegakan ketegangan otot pelvis, suntikan ubat-ubatan, sedutan gas Entonox dan juga kaedah epidural.

    Monday, September 17, 2012

    Sayur Buruk Tapi Sihat ?

    Cantik Di mata, tapi mungkin undang risiko kesihatan

    Suka atau tidak, sayur menjadi pilihan utama dalam menyediakan makanan seimbang. Khasiat sayur yang diuar-uarkan melalui pelbagai kempen dan pendidikan kesihatan sejak sekian lama, secara langsung meningkatkan permintaan pengguna di dalam mahupun luar negara.

    Namun isu kini apakah sayur cukup selamat untuk dimakan ?
    Berapa ramaikah pengguna yang sedar mengenai kualiti sayur yang ada di pasaran ?
    Asalkan sahaja melihat keadaan fizikalnya elok, maka sayur itu difikirkan bagus untuk dimakan.
    Sejauh manakah anda mengetahui penggunaan baja mahupun peracun serangga dalam proses menanam sayur-sayuran tersebut ?

    Bagaimana pula soal halal haram bahan yang digunakan memberi kesan kepada pengguna khususnya Muslim?
    Tidakkah ini mendatangkan keraguan dan was-was. bukan sahaja persoalan agama tetapi kesannya le atas kesihatan ?
    Ringkasnya, apakah pilihan anda sebagai pengguna ?

    Thursday, September 13, 2012

    pro & kontra rawatan kanser

    Semakin maju perkembangan teknologi bilangan, penghidap kanser juga semakin bertambah setiap dekad. Kanser amat kurang dihidapi nenek moyang kita dulu. Pembentukan kanser yang biasanya mengambil jangka waktu panjang seperti sepuluh atau dua puluh tahun patut dijadikan sebab utama mengapa anda harus mengambil langkah pencegahan secara serius.

     Seseorang yang didiagnosis sebagai penghidap kanser ketika berumur 30 tahun bermaksud sel kansernya terbentuk sejak ia berumur belasan tahun. Jika didiagnosis menghidap kanser ketika berumur 40 tahun, maka sel kansernya mula terbentuk sejak berumur 20an lagi. Ini menunjukkan dua perkara yang perlu diberi perhatian.

    Pertama, amalan gaya hidup menyebabkan tubuh menanggung beban ketoksikan.
    Kedua. Kanser boleh dicegah lebih awal atau dirawat dengan jayanya ketika ia masih peringkat awal.

     Sel rosak dan bermutasi kepada sel kanser dikatakan berlaku pada setiap orang pada sepanjang masa. Namun, sistem imun yang cekap biasanya dapat memusnahkan sel kanser ini. Yang menjadi masalah ialah apabila keseimbangan fisiologi normal bertukar menjadi keseimbangan baru. Keadaan ini membantu sel kanser berkumpul di bahagian tertentu tubuh dan mula membentuk ketulan serta sistem kehidupannya sendiri.

    Friday, September 7, 2012

    Fibrroid Hadir Tanpa Gejala atau Tanda-tanda

    SALAM. Saya kini berumur 35 tahun dan baru mempunyai dua orang anak. Saya merancang untuk mengandung lagi. Baru-baru ini saya terbaca tentang tanda-tanda penyakit fibroid yang hampir sama dengan apa yang saya alami. Saya sering membuang air kecil dan sakit ketika melakukan hubungan seks. Bolehkah doktor jelaskan lebih lanjut tentang masalah fibroid. Adakah ia mengganggu kesuburan seorang wanita? Apakah tanda-tanda dan rawatan penyakit ini?
    n Su, Perak.

    JAWAPAN dari Utusan Malaysia :

    Fibroid adalah salah satu jenis penyakit yang berkaitan dengan rahim. Kebiasaannya, fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) dan akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus atau putus haid.

    Kebanyakan wanita yang mengalami fibroid tidak mempunyai gejala atau tanda-tanda. Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid.

    Antara gejala yang sering dialami oleh penghidap fibroid adalah perubahan haid yang banyak, sakit semasa hubungan seks, mungkin kerap membuang air kecil dan juga air besar, pembesaran dalam rahim dan perut, keguguran dan infertiliti. Ini adalah kerana fibroid yang membesar kebiasaannya akan memberikan tekanan pada organ yang berada di sekitar rahim (uterus), iaitu pundi kencing dan hujung usus (rektum).

    Akibatnya, seseorang wanita akan mengalami masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing, sering kali tidak dapat mengawal kencing atau kadang-kadang sukar untuk kencing.

    Bertakung
    Jika hal ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing. Apabila ini berlaku, wanita itu akan berasa pedih atau sakit ketika kencing. Apabila fibroid menekan pada usus pula, ia akan menyebabkan simptom seperti sembelit atau sukar untuk membuang air besar.

    Ada fibroid yang mencetuskan gejala dan ada juga yang berlaku tanpa sebarang gejala. Gejala wanita mengalami fibroid adalah berdasarkan lokasi fibroid itu sendiri. Lokasi fibroid akan memberikan gejala kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang itu dan sesetengah kes, rawatannya berbeza-beza. Ada sesetengah pesakit yang menghidap fibroid mengalami perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan setiap kali mereka mengalami haid dan kadangkala mereka juga mungkin mengalami masalah ketidaksuburan atau infertiliti.

    Punca
    Fibroid antara punca infertiliti dalam kalangan kaum wanita. Saya akur bahawa perkataan infertiliti sudah cukup untuk menyalakan api ketakutan bagi pasangan suami isteri yang mengimpikan cahaya mata lebih-lebih lagi bagi mereka yang belum mempunyai anak. Begitu jugalah masalah fibroid dalam kalangan kaum wanita, ia pasti akan menimbulkan seribu kerisauan dalam hati mereka. Akan tetapi, harus diingatkan tidak semua wanita yang menghidap fibroid akan mengalami masalah infertiliti. Jika berlaku, maklumat dan pengetahuan mengenai permasalahan tersebut dan cara rawatan perlu dicari. Seterusnya, penghidap hendaklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat, menjalani pemeriksaan dan berbincang tentang perawatan yang dapat ditawarkan.

    Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mengandung. Lebih kurang lima peratus daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid jenis submukosa atau fibroid yang besar mempunyai kesukaran untuk mengandung kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan sukar untuk penempelan janin pada dinding rahim.

    Sukar
    Sekiranya fibroid itu terlalu besar, ia juga akan menyebabkan salur Fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar untuk hamil. Kadang kala ia juga boleh menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak normal seperti songsang, melintang atau sebagainya. Adakalanya fibroid menyekat kelahiran bayi kerana pertumbuhannya terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga pelvik.

    Tidak semua wanita mengalami gejala seperti disebutkan itu. Fibroid yang kecil tidak memberikan sebarang gejala dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Akan tetapi, jika seorang wanita mempunyai salah satu gejala yang telah disebutkan itu, tidak semestinya dia menghidap fibroid. Saya nasihatkan supaya Puan Su berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan.

    Saranan Keluarga Avail : FC BIO SANITARY / I-FOOD / PRO-POLIS
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    klik tengah nuffnang

    Di Taja Oleh