klik atas nuffnang

Thursday, September 13, 2012

pro & kontra rawatan kanser

Semakin maju perkembangan teknologi bilangan, penghidap kanser juga semakin bertambah setiap dekad. Kanser amat kurang dihidapi nenek moyang kita dulu. Pembentukan kanser yang biasanya mengambil jangka waktu panjang seperti sepuluh atau dua puluh tahun patut dijadikan sebab utama mengapa anda harus mengambil langkah pencegahan secara serius.

 Seseorang yang didiagnosis sebagai penghidap kanser ketika berumur 30 tahun bermaksud sel kansernya terbentuk sejak ia berumur belasan tahun. Jika didiagnosis menghidap kanser ketika berumur 40 tahun, maka sel kansernya mula terbentuk sejak berumur 20an lagi. Ini menunjukkan dua perkara yang perlu diberi perhatian.

Pertama, amalan gaya hidup menyebabkan tubuh menanggung beban ketoksikan.
Kedua. Kanser boleh dicegah lebih awal atau dirawat dengan jayanya ketika ia masih peringkat awal.

 Sel rosak dan bermutasi kepada sel kanser dikatakan berlaku pada setiap orang pada sepanjang masa. Namun, sistem imun yang cekap biasanya dapat memusnahkan sel kanser ini. Yang menjadi masalah ialah apabila keseimbangan fisiologi normal bertukar menjadi keseimbangan baru. Keadaan ini membantu sel kanser berkumpul di bahagian tertentu tubuh dan mula membentuk ketulan serta sistem kehidupannya sendiri.


Dalam bentuk ketulan, semakin sukar untuk sistem imun untuk menyerang dan memusnahkannya. Tambahan pula, sel kanser akan bercambah membentuk sel kanser baru pada kadar yang sangat pantas. Untuk kanser darah contohnya leukemia, apabila keseimbangan fisiologi normal dalam mengekalkan kadar pengeluaran sel darah putih sudah bertukar kepada keseimbangan baru. Maka keadaan ini akan menyebabkan sel darah putih dibina pada jumlah yang amat tinggi.

RAWATAN KANSER

Secara umum, apabila kanser tidak dapat ditangani dengan sempurna, maka tubuh akan mengalami pelbagai gangguan fisiologi dari segi fungsi sistem tubuh termasuk organ. Lesu kronik, keradangan dan hilang selera makan ialah antara gejala kanser tahap tiga dan ia amat ketara pada tahap empat.

Keradangan berpanjangan dan kekurangan nutrien menyebabkan tubuh mengalami stres oksidatif. Ia ialah suatu keadaan merujuk kepada kerosakan sel termasuk DNA. Lama-kelamaan keadaan tersebut menyebabkan fungsi organ sistem menjadi kacau bilau.

Kebanyakan penghidap kanser dikatakan menerima cadangan doktor agar menerima rawatan dalam bentuk pembedahan, kemoterapi dan disusuli radioterapi. Memang tidak dinafikan ia berjaya memanjangkan hayat sesetengah penghidap kanser, namun ketiga-tiga rawatan tersebut bukanlah rawatan yang paling baik. Pembedahan dikatakan menyebabkan baki sel kanser lebih mudah membahagi.

Mencucuk dengan alatan khas bagi tujuan biopsi juga dikatakan menyumbang kesan yang serupa. Kemoterapi dan radioterapi memang membunuh sel kanser, namun pada masa sama ia juga merosakkan sel yang sihat. Radioterapi memang dilakukan pada bahagian khusus tubuh, tetapi radiasi bahan radioaktif dipercayai memusnahkan sel sekitar.

Kemoterapi dan radioterapi menyebabkan paras radikal bebas dalam tubuh meningkat. Radikal bebas ialah molekul yang amat reaktif dan menyerang molekul lain bagi mendapatkan elektron. Malangnya molekul yang diserang juga akan membentuk molekul radikal bebas baru. Maka akan tercetus tindak balas rantaian yang akan merosakkan kandungan sel termasuk DNA.

DNA yang rosak dikatakan akan menyebabkan sel-sel mengalami mutasi. Ia juga akan menyebabkan ekspresi gen terganggu lalu menyebabkan gangguan terhadap pelbagai tindak-balas biokimia. Jika berlarutan ia menyebabkan gangguan fisiologi. Sesetengah penghidap kanser meninggal dunia bukan berpunca dari kanser yang dihidapi tetapi akibat kesan ketoksikan kemoterapi dan radioterapi.

CEGAH SEBELUM TERLAMBAT
Mungkin anda biasa dengar penghidap kanser yang pernah menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi didapati menghidap kanser pada bahagian tubuh yang lain setelah beberapa tahun menjalani salah satu atau kedua-dua rawatan tersebut. Pakar kanser percaya ia berpunca dari metastasis yang merujuk kepada perpindahan sel-sel kanser dari kedudukan asal kepada kedudukan baru. Namun saintis dan pakar kesihatan alternatif pula percaya sebahagian kanser baru ini berpunca dari sel-sel yang bermutasi.

Dari perspektif perubatan alternatif pertambahan sel kanser boleh diperlahankan atau penghidap kanser boleh bebas dari kanser namun ia bukanlah suatu usaha yang mudah. Sesetengah jenis rawatan yang mujarab dan dilorongkan Allah dikatakan dapat memanjangkan hayat penghidap. Rawatan yang ditawarkan terdapat dalam pelbagai bentuk. Sebahagian kecil pengamal perubatan alternatif yang pakar dan mahir memang benar-benar faham mengenai kanser dan kaedah-kaedah rawatan yang sesuai.

Kebanyakan kanser didiagnosis ketika tahap tiga atau empat. Ini kerana kebanyakan kanser hanya menimbulkan simptom negatif pada tahap-tahap tersebut. Ramai yang meninggal dunia sebelum sempat berubat. Diagnosis awal seperti kanser melibatkan organ reproduktif wanita termasuk payu-dara didapati membantu memanjangkan hayat penghidap jika kanser yang didiagnosis masih pada tahap awal.

Menjalani hidup sebagai penghidap kanser bukanlah mudah. Memang mengamalkan gaya hidup yang sesuai termasuk bersikap positif, makan ubat atau suplemen serta mengamalkan kaedah tertentu dapat membantu memanjangkan usia. Namun, memandangkan pelbagai kesulitan yang dialami penghidap dan keluarga, pada pandangan penulis kanser lebih baik dicegah daripada menderita kerananya dan mengubatinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh