klik atas nuffnang

Monday, September 17, 2012

Sayur Buruk Tapi Sihat ?

Cantik Di mata, tapi mungkin undang risiko kesihatan

Suka atau tidak, sayur menjadi pilihan utama dalam menyediakan makanan seimbang. Khasiat sayur yang diuar-uarkan melalui pelbagai kempen dan pendidikan kesihatan sejak sekian lama, secara langsung meningkatkan permintaan pengguna di dalam mahupun luar negara.

Namun isu kini apakah sayur cukup selamat untuk dimakan ?
Berapa ramaikah pengguna yang sedar mengenai kualiti sayur yang ada di pasaran ?
Asalkan sahaja melihat keadaan fizikalnya elok, maka sayur itu difikirkan bagus untuk dimakan.
Sejauh manakah anda mengetahui penggunaan baja mahupun peracun serangga dalam proses menanam sayur-sayuran tersebut ?

Bagaimana pula soal halal haram bahan yang digunakan memberi kesan kepada pengguna khususnya Muslim?
Tidakkah ini mendatangkan keraguan dan was-was. bukan sahaja persoalan agama tetapi kesannya le atas kesihatan ?
Ringkasnya, apakah pilihan anda sebagai pengguna ?
Biasanya jika berada di pasar, pemerhatian mata pengguna tertumpu kepada sayur-sayuran yang segar-bugar, tanpa cacat cela dan daunnya kelihatan hijau cantik, seperti sawi dan kailan. Itulah yang menawan selera untuk membeli. Tetapi tahukah sayuran begitu tidak semestinya elok untuk kesihatan anda ?

Jika anda tidak tahu tahap sisa bahan kimia dan racun yang ada pada sayur di pasaran, pilihlah sayuran yang berlubang (dimakan ulat) atau dianggap tidak berkualiti rupanya kerana itulah yang bagus untuk dimakan. Lebih terjamin khasiat dan keselamatannya.

Demikian kata pensyarah di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Siti Aishah Hassan berhubung trend masyarakat yang gemar membeli sayuran berdasarkan rupa fizikal yang lebih elok.

"Persepsi pengguna terhadap sayur daun yang berlubang tidak elok kerana dimakan ulat dan serangga dengan warna pucat hijau.
Walhal sayuran itu patut dibeli kerana menandakan ia kurang terlibat dengan pengguanaan bahan kimia", katanya yang mengkaji baja organik dalam bidang pertanian.

Menurutnya, bagi sayuran berdaun seperti sawi atau jenis buah (kacang panjang dan buncis) mudah dimakan serangga. Oleh itu, kebiasaannya tanaman tersebut terpaksa lebih kerap disemburkan racun serangga.

Mungkin ada yang menggunakan bahan kimia hingga melebihi had supaya sayur mereka tidak diserang haiwan perosak.

"Jesteru itu, daun sayur yang tiada cacat rupa dan kehijauan pekat itu biasanya adalah hasil penggunaan bahan kima dan racun yang banyak."

Pengguna makan sayur dengan tujuan untuk kesihatan tubuh, tetapi sejauh manakah tahap kesihatan dari segi pengeluarannya ?

Menyentuh sikap segelintir petani yang memilih penggunaan baja kimia dan racun berbanding penggunaan baja organik kerana lebih mudah, cepat berkesan serta senang diurus.

"Bayangkan racun serangga yang disemburkan secara sistematik akan masuk ke dalam tisu tumbuhan, ini akan menjejaskan kesihatan pengguna."

Beliau turut mengingatkan bahawa baja kimia dan racun dikhuatiri alah penggalak lepada penyakit moden dan kronik seperti kanser. Trend golongan elit yang mengambil berat terhadap kesihatan lebih memilih untuk memakan sayuran organik.

Keluarga Avail : "Pengguna perlu tahu cara untuk memilh sayuran."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang