klik atas nuffnang

Wednesday, October 24, 2012

ANAK : Tiga Jam Aktiviti Aktif - POSITIF

KEMAHIRAN mengimbang diri, koordinasi dan menjangka tahap kedalaman serta jarak sering dipandang ringan oleh orang dewasa.

Namun bagi kanak-kanak yang baru belajar meneroka, ia suatu asas penting untuk tugas lebih rumit ketika membesar seperti menulis, mengemas beg sendiri, memasak serta memandu.


Malah, dunia seolah-olah taman permainan yang mempesonakan kerana pada waktu inilah kanak-kanak mula aktif melakukan pelbagai perkara dan kemahiran motor juga meningkat.

Selain itu, pakar dalam bidang tumbesaran awal kanak-kanak mendapati si kecil yang aktif pada peringkat awal kehidupan mereka biasanya akan kekal aktif sepanjang zaman kanak-kanak sekali gus membentuk asas yang positif hingga dewasa.

Aktiviti fizikal yang kerap dilakukan pada awal zaman kanak-kanak memberikan manfaat jangka masa pendek dan panjang. Untuk membantu perkembangan ini, anak kecil (berusia satu hingga tiga tahun) dan prasekolah (tiga hingga lima tahun) disyorkan menjalani aktiviti aktif sekurang-kurangnya tiga jam sepanjang hari.
Selain merangsang pertumbuhan dan tumbesaran fizikal, kehidupan yang aktif juga mempertingkatkan kemahiran mental seperti penumpuan, kemahiran sosial seperti berkawan dan bermain bersama serta manfaat psikologi seperti meningkatkan keyakinan diri dan tidur dengan lebih nyenyak.

Ibu bapa juga perlu menyediakan persekitaran yang selamat dan aman untuk anak seperti:



  • Mengkhususkan ruang khas untuk anak bebas bermain dan meneroka. Pastikan ruang ini bebas daripada penjuru tajam, soket elektrik terdedah dan perabot yang mungkin terjatuh apabila ditarik anak kecil.
  • Mendapatkan alat mainan yang membantu perkembangan pergerakan seperti menyusun cawan bertangkai, blok bangunan serta permainan menyusun barangan mengikut bentuk, saiz, tekstur atau warna.
  • Menggalakkan penerokaan dan banyak bersabar ketika anak ingin tahu mengenai perkara mudah yang biasanya dianggap remeh oleh orang dewasa.
  • Permudahkan pergerakan anak walaupun berada dalam rumah dengan pakaian
    yang selesa dan seluar lampin seperti Huggies Dry Pants.
    - Huggies Dry Pants dengan bahagian tepi yang elastik dan lembut dapat mencegah terjadinya kesan kemerahan pada kulit bayi yang aktif bergerak. Selain itu, ia dapat membantu mencegah ruam lampin dengan 100 peratus lapisan luar beraliran udara dan perlindungan kebocoran sistem ‘Quick-Lock’.
  • Menurut pakar kanak-kanak, Dr Yong Junina, walaupun naluri ibu bapa mahu melindungi anak daripada segala bahaya, ibu bapa tidak seharusnya terlalu melindungi dan menghalang pergerakan serta sifat ingin tahu si kecil kerana ini akan menjejaskan perkembangan fizikal dan pergerakan mereka.

    Peluang untuk bergerak bebas turut membantu anak menghindari masalah obesiti. 
    Malah, aktiviti fizikal amat penting untuk perkembangan fizikal dan psikologi anak oleh itu, pelajari cara memenuhi keperluan anak untuk bergerak dan meneroka tanpa mengganggu ketenangan minda.


    Saranan Keluarga Avail : I - KIDS

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    klik tengah nuffnang

    Di Taja Oleh