klik atas nuffnang

Sunday, October 21, 2012

ANTIBIOTIK jadi RACUN ?

AWAL minggu ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengingatkan rakyat Malaysia supaya bijak dalam pengambilan antibiotik bagi mengelakkan ancaman bakteria superbug yang boleh membawa maut.

Jelasnya, pengambilan ubat antibiotik secara tidak betul bakal meningkatkan kes Antimicrobial Resistance (AMR) atau kebal terhadap ubat antibiotik sekali gus membentuk bakteria superbug dalam tubuh pesakit.

Ancaman superbug yang boleh menyerang bila-bila masa berikutan peningkatan penggunaan antibiotik dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini merupakan satu situasi yang sangat membimbangkan.

“Apatah lagi, ada rakyat negara ini yang mengambil antibiotik secara salah.

“Mereka gunakan antibiotik tanpa merujuk doktor terlebih dahulu. Ada juga yang tidak menghabiskan antibiotik mengikut masa yang ditetapkan.

“Penting untuk orang ramai tahu bahawa pengambilan antibiotik yang tidak tepat boleh menyebabkan kes AMR meningkat dan mewujudkan bakteria superbug,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Kempen Pengawalan AMR Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, kajian Kementerian Kesihatan pada tahun lalu mendapati, penolakan bakteria superbug jenis Acinetobacter terhadap antibiotik meningkat kepada 57.4 peratus.


Pantau pemberian
Kajian sama turut mencatatkan peningkatam kadar penolakan bakteria superbug jenis Streptococcus pneumonia terhadap antibiotik kepada 30.9 peratus.

Disebabkan peningkatan peratusan penolakan tersebut, Kementerian Kesihatan telah mengarahkan semua hospital dan klinik supaya membuat pemantauan rapi dalam pemberian antibiotik kepada orang ramai untuk mengelak ancaman superbug.

Tiong Lai juga meminta doktor supaya tidak memberi antibiotik secara sembarangan kepada pesakit.

“Kita dapati ada doktor atau farmasi yang memberi antibiotik kepada pesakit sebagai persediaan sedangkan pesakit tidak memerlukan antibiotik.

“Harus diingat, farmasi yang memberi antibiotik kepada pesakit yang tidak memerlukannya, boleh dikenakan tindakan tatatertib,” ujar beliau.

Sebelum ini, sudah ada beberapa kes jangkitan daripada spesies Escherichia coli (E. coli) dan Klebsiella pneumoniae (K. pneumoniae) yang merangkumi 0.2 peratus jumlah kes jangkitan di seluruh negara.

Hakikatnya, penularan bakteria superbug yang kebal kepada antibiotik di negara ini masih baharu berbanding India, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Sweden, Australia dan Belanda.

Pada tahun 2009, jangkitan bakteria superbug mula dikesan pada seorang pesakit yang dijangkiti bakteria K. pneumoniae di sebuah hospital di New Delhi.

Kemunculan superbug Gram-negatif daripada kumpulan bakteria usus atau Enterobactereacea ini dikesan berbeza dengan kumpulan Gram-positif superbug Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) yang sering menimbulkan masalah ketahanan antibiotik sebelum ini.

Menurut kajian, gen NDM-1 mampu melompat antara spesies bakteria usus. Malah tiga spesies telah dikenal pasti mampu membawa gen tersebut iaitu E. coli, K. pneumoniae dan spesies Salmonella.

Evolusi gen baharu ini dikaitkan dengan pengambilan antibiotik yang tidak betul atau terlebih dosej daripada yang ditetapkan doktor.

Sementara itu, seorang pakar bakteriologi, Datuk Dr. Lim Thuang Seng berkata, sejarah perubatan menunjukkan beberapa jenis superbug yang dikesan sebelum ini telah merebak dari hospital.

“Disebabkan itu, amat penting supaya hospital di negara ini menjalankan proses pensterilan mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan superbug,” katanya.

Selepas kes tiga rakyat Australia dan 37 rakyat Britain yang pernah melawat India dijangkiti kuman NDM-1 pada tahun 2010, banyak pihak melahirkan kebimbangan bahawa superbug tersebut akan menjadi pandemik paling bahaya di dunia kerana keupayaan superbug menghasilkan enzim yang dapat menentang antibiotik.

Untuk mengelak perkara sama berulang, pengambilan antibiotik perlulah mendapat nasihat daripada doktor. Tidak semua penyakit memerlukan antibiotik untuk sembuh.

Ada juga ibu bapa yang terlalu menekan doktor supaya memberi antibiotik jika anak mereka demam mahu pun selesema sedangkan jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik, pasti anda lebih berhati-hati dan tidak sembarangan mengambil antibiotik.


Keluarga Avail : JOM Kenali Antibiotik
  • Umumnya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakik tekak, selesema dan sakik badan. 80% sakik tekak dan selesema adalah disebabkan oleh virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.
  • Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat sehingga antibiotik yang kuat tadi hilang keberkesanannya.
  • Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh Lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clotridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Begitu juga dangan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan Candida, sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.
  • Pengambilan antibiotik dikenal pasti sebagai punca utama kebanyakan masalah. Antibiotik akan menyebabkan masalah serta-merta seperti ruam, sakik perut dan cirit-birit. Lebih menakutkan, masalah itu tidak bersifat sementara, malah, akan menjurus kepada pelbagai masalah lain kemudian hari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh