klik atas nuffnang

Sunday, October 7, 2012

Mandi Wap Mandulkan Lelaki

Bahaya Mandi Wap Melampau

Seorang pakar kesuburan lelaki mendakwa, mandi wap yang menjadi kegilaan golongan itu di bandar-bandar besar selepas bersenam di gimnasium boleh melemahkan fungsi sel sperma yang terkandung dalam testis (buah zakar) mereka

Lebih menggerunkan, statistik perubatan membuktikan kira-kira 40 peratus masalah tidak boleh hamil yang dihadapi oleh wanita yang berkahwin berlaku akibat ketidaksuburan kaum lelaki.

Dr. Eeson Sinthamoney yang merupakan pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan di Hospital Pantai berkata, rawatan tersebut yang memerlukan kepanasan wap antara 60 darjah Celsius hingga 100 darjah Celsius menyebabkan tubuh seseorang terdedah pada suhu yang terlalu tinggi.

"Suhu badan normal bagi setiap individu adalah sekirat 37 darjah Celcius manakala suhu testis pula adalah sekitar 35 dan 36 darjah Celcius".

"Sebenarnya suhu panas sauna bukan sahaja mengganggu malah mencacatkan proses penghasilan sel sperma bagi kaum lelaki".

"Orang ramai perlu faham bahawa bagi mengelakkan testis berkongsi suhu yang sama dengan tubuh, tidak hairanlah ia terletak di bahagian luar tubuh badan lelaki".

"Meskipun sistem pembiakan akan menggantikan sel sperma yang mati kepada yang baharu dalam tempoh tiga bulan, namun adalah lebih baik bagi kaum lelaki mengelakkan aktiviti itu bagi mengelakkan mereka mandul".

Keluarga Avail : Disarankan pasangan yang merancang untuk mendapatkan cahaya mata supaya berhenti mendapatkan rawatan mandi wap di sauna.



INFO MANDI WAP
  • Sejarah mandi wap atau sauna bermula pada zaman Empayar Rom bertujuan meredakan sakit otot, meningkatkan peredaran darah dan menenangkan minda.
  • Di beberapa lokasi di utara wilayah Siberia di Eropah yang terkenal dengan cuacanya yang sejuk, perkhidmatan sauna bergerak disediakan bagi membolehkan ramai orang memanaskan badan.
  • Dalam era moden, perkhidmatan tersebut boleh didapati di spa, pusat kecergasan, bilik meditasi dan di kediaman persendirian.
  •  Mereka yang mandi wap dinasihat supaya mandi antara 15 hingga 20 minit bagi mengelakkan badan terlalu panas.
  • Mereka juga digalakkan meminum banyak air dan makan makanan masin bagi mengembalikan tenaga.

Saranan Keluarga Avail : LISSELIFE / PRO-POLIS / MAN PLUS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh