klik atas nuffnang

Sunday, October 14, 2012

Saiz BUKAN Soal

Lelaki usah risau kerana rupa, bentuk dan saiz anggota kelamin pelbagai.

Sudah menjadi kelaziman golongan lelaki memberikan perhatian terhadap anggota kelamin mereka. Jika tinggal beramai-ramai seperti di asrama atau di rumah bujang, mereka saling membanding anggota kelamin sesama.

Seandainya mendapati anggota kelamin mereka agak luar biasa atau berbentuk ganjil atau mempunyai sebarang kekurangan, maka mereka akan jadi taksub atau obses serta mula mencari maklumat sehingga kadangkala berusaha secara diam-diam untuk memiliki anggota kelamin yang lebih meyakinkan.

Jadi, tidak hairan jika produk tiruan dalam bentuk pil dan kapsul serta minyak termasuklah alat penarik zakar atau pam vakum yang dijual di Internet, mendapat perhatian luar biasa. Ini sering terjadi, lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak yakin dengan anggota kelamin sendiri.

Pembaca Keluarga Avail mungkin antara golongan lelaki dalam kategori yang dinyatakan tadi. Jadi, sebelum lebih ramai merujuk kepada maklumat di Internet, lebih baik kita kongsikan dan tahu ilmu ini sedikit sebanyak membantu semua.


Buat permulaan, saiz dan bentuk anggota kelamin lelaki tidak serupa dan berbeza mengikut keturunan dan baka. Secara purata, terdapat dua jenis kedudukan anggota kelamin lelaki ketika anggota berkenaan dalam keadaan tidak erek.

1. Kedudukannya memang sentiasa terjuntai.
- Ini adalah jenis yang dikatakan belalai gajah.

- Apabila mencapai ereksi,  ia kelihatan kembang dan membesar. Kedudukan dan posisi erek mengikut keadaan, ia boleh melengkung ke atas, atau ke bawah atau ke kiri dan ke kanan. Jika ia besar dan gemuk, ia akan melengkung ke bawah dan jika pangkal besar dan hujung mengecil, kebiasaannya ia akan melengkung ke atas. Semua kedudukan zakar ini adalah normal.

2. Kedudukannya memang sentiasa terjuntai.
- Terdiri dari jenis 'grower' atau 'leher kura-kura'.

- Ianya menguncup ketika dalam keadaan biasa dan membesar serta memanjang beberapa kali ganda apabila teruja.


Jika perhatikan anggota kelamin anda, kedudukannya melengkung ke bawah. Anda boleh mengalihkannya ke atas tanpa merasa sakit. Jika anda sakit, mungkin terdapat tisu parut yang membuatkannya tertarik ke bawah. Parut ini menyebabkan kedudukan dan posisi zakar itu tidak normal.
Ini ialah penyakit 'Peyronie'.

Tidak dinafikan masalah saiz dan bentuk anggota kelamin ini memang wujud, maka ia perlu dikendalikan oleh pakar dan bukan dikendalikan sendiri atau dengan bantuan ubat-ubatan dan produk daripada Internet tanpa pemeriksaan dan pengendalian doktor.

Sekurang-kurangnya, dengan penjelasan ini, anda tidak tertipu atau teraniaya oleh mereka yang mahu kaut untung besar daripada kejahilan maklumat pembaca Keluarga Avail.

Terdapat juga kaedah pembesaran anggota kelamin yang tersebar meluas menerusi Internet dengan menawarkan produk dalam bentuk kapsul dan seluar dalam. Hakikatnya, ia adalah satu penipuan. Bentuk dan saiz tidak boleh dipulih atau diubah suai secara begitu.

Tisu zakar, hidup dan perlukan rawatan lebih profesional. Jadi, untuk pembaca Keluarga Avail di luar sana, usah cuba besarkan zakar tanpa rujukan doktor yang pakar dalam hal ini. Jika tersalah langkah, anda sendiri menanggung padah.

Saranan Keluarga Avail : MAN PLUS, LISSELIFE, PRO-POLIS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh