klik atas nuffnang

Monday, October 8, 2012

Siapa Teman Tidur Anda ???

Tahukah anda bahawa ada ekosistem lain yang wujud di tempat tidur? Mungkin ramai yang tidak menghiraukannya…tapi percayalah, sebenarnya ada ribuan bakteria, kutu, mikroskopik, kulat dan juga kuman yang setia menjadi teman tidur anda selama ini. Mungkin anda je yang tak perasan kut…

Secara tak langsung anda sendirilah yang menjadi ‘tuan’ nya. Mikro organisma ini akan terus hidup dengan ‘bekalan’ kulit mati dan peluh yang dikeluarkan oleh manusia. Hmm…bayangkanlah kalau dicampurkan lagi dengan air liur basi yang meleleh dan ‘benda-benda’ lain, dah tentu lagi ‘kronik’ tempat tidur anda itu.

Jangan memandang remeh terhadap perkara ini sebab ia boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit. Antaranya ialah penyakit kulit seperti gatal-gatal, masalah jerawat yang tak berkesudahan dan juga kelemumur. Selain itu, ia juga mampu memberi kesan yang lebih buruk kepada penyakit TB, asma, depresi, insomnia dan sinusitis.

Jadi, bagi memastikan semua ini dapat dielakkan, anda hendaklah pastikan tempat tidur anda sentiasa bersih. Ikutilah tip di bawah ini:-
  • Cadar dan sarung bantal.
Orang bujang terutama lelaki, biasanya setahun sekali baru nak ‘proses’ tempat tidur. Dari awal tahun sampailah hujung tahun, cadar dan sarung bantal yang sama je dipakai. Janganlah macam tu bro…sediakanlah dua atau tiga pasang supaya boleh diganti dua minggu sekali.
Kalau nak basuh cadar dan sarung bantal tu, gunakanlah air panas untuk mematikan kuman dan pastikan ia benar-benar kering untuk digunakan semula. Nak senang, hantar je dobi.
  • Fabrik di tempat tidur.
Ini pun perlu diberi perhatian, Kalau boleh pilihlah fabrik dari kain lembut dan nipis supaya kotoran kurang terperangkap. Warna pun main peranan, pilihlah warna yang agak cerah supaya kotoran itu dapat dikenal pasti. Kalau pakai warna gelap, kita tidak tahu apa yang terselindung di sebaliknya.
  • Mandi sebelum tidur.
Janganlah mengamalkan habis main bola atau baru balik dari kerja, terus menuju ke tempat tidur. Kalau boleh bersihkan dahulu badan, keringkan dan barulah boleh berbaring di atas tilam kesayangan anda itu.
  • Elakkan pemakaian penjagaan diri.
Jangan memakai bedak sejuk, minyak wangi atau apa saja sewaktu hendak masuk tidur. Ia boleh menambahkan lagi masalah di tempat tidur anda. Kalau perlu, pakailah sebelum waktu masuk tidur.
  • Sentiasa mengemaskan tempat tidur anda.
Ini dapat menghindarkan daripada hama berselindung di sebalik selimut atau bantal yang dibiarkan berselerak.
  • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa tertutup.
Ianya bagi mengelakkan debu atau habuk masuk berlebihan ke dalam kamar anda.
  • Hindarkan orang lain terutamanya yang berpenyakit kulit berbaring di atas tilam anda.
Jika perkara ini dibiarkan, anda berisiko dijangkiti penyakit yang sama. Segera tukarkan cadar dan sarung bantal anda sekiranya ini berlaku.

Keluarga Avail : Akhir sekali, sekiranya kita bijak menguruskan kebersihan diri termasuk tempat tidur kita, maka sudah semestinya simptom-simptom penyakit telah awal-awal lagi kita jauhi.
Ingatlah, badan yang sihat melahirkan minda yang cerdas.
Rakyat yang sihat menjadikan negara maju dan terbilang.

Sekian untuk kita sama-sama renungkan…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh