klik atas nuffnang

Wednesday, November 7, 2012

Masalah Muntah / Penghadaman Kanak-kanak

SUDAH menjadi perkara biasa jika bayi muntah sedikit selepas makan. Ini dikenali sebagai refluks gastroesofageal (GER) dan biasanya tidak memerlukan sebarang rawatan.

GER adalah masalah esofageal dan satu proses kandungan gastrik mengalir kembali ke dalam esofagus disebabkan oleh pengenduran sementara gelangan gentian otot di bahagian bawah esofagus (dipanggil bahagian bawah sfinkter esofageal).

Kenapa berlakunya GER? Apabila anak anda makan atau minum, bahan-bahan yang ditelan akan mengalir dari tekak ke perut melalui saluran makanan yang juga dikenali sebagai esofagus. Sebaik sahaja bahan-bahan ini berada di dalam perut, bahagian bawah sfinkter esofageal akan menegang untuk mencegah makanan atau minuman daripada mengalir kembali ke dalam esofagus. Jika sfinkter ini tidak berfungsi dengan baik, atau mengendur secara tidak normal atau menjadi lemah, maka asid perut boleh mengalir semula ke dalam esofagus.

GER biasanya akan hilang disebabkan oleh tarikan graviti, peristalsis dan peneutralan asid melalui penelanan air liur.

GERDGER yang berlebihan boleh menyebabkan komplikasi. Jika ini berlaku, kanak-kanak tersebut boleh dikatakan mengalami penyakit refluks gastroesofageal (GERD) iaitu satu penyakit penghadaman yang kronik.

Perkara ini terjadi kerana asid perut atau kadang-kadang air hempedu, mengalir kembali ke dalam esofagus. Ini akan mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit perut dan pedih ulu hati yang kedua-duanya adalah masalah penghadaman lazim.

Faktor-faktor yang boleh memburukkan lagi kesan GER termasuk kekerapan dan tempoh pendedahan daripada episod GER, keasidan asid perut, dan kerentanan esofagus terhadap kerosakan. Dalam kes GER yang berterusan atau berlebihan, lapisan esofagus boleh menjadi rengsa dan rosak dengan teruknya.
Jika gejala ini berterusan, dapatkan rawatan segera untuk mengelakkan masalah lain seperti pendarahan, parut, penyempitan esofagus yang abnormal dan masalah pernafasan.

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh