klik atas nuffnang

Sunday, December 30, 2012

Penyakit Sepanjang Tahun 2012

Sepanjang tahun 2012 banyak penyakit yang dipaparkan dalam Pancasihat Utusan Malaysia yang merangkumi penyakit kronik, masalah wanita, kesihatan kanak-kanak, masalah mata dan penyakit yang jarang ditemui dan berkaitan dengan imunisasi badan.

Jom kita imbas beberapa penyakit sepanjang tahun 2012 yang telah disiarkan di muka depan Pancasihat Utusan Malaysia dan menjadi rujukan pembaca.

1. PENYAKIT BERKAITAN IMUNISASI

TERDAPAT beberapa penyakit yang berkaitan dengan imunisasi badan yang menyerang manusia. Bulan Mei 2012 Pancasihat menyentuh mengenai penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE) atau lupus dengan tajuk 'Gangguan Sistem Imunisasi Badan'.

Penyakit ini masih asing di kalangan penduduk di negara ini sehinggalah kisah penyakit ini mula mendapat perhatian sekitar Mei 2005.

Selain itu penyakit berkaitan dengan kekebalan bakteria atau desebut superbug menjadi kisah muka depan Pancasihat di bawah tajuk 'Antibiotik Awasi Ambilan'

Superbug disebabkan oleh kekebalan bakteria selepas pesakit mengambil antibiotik secara tidak terkawal disiarkan pada 28 Oktober 2012.



2. PENYAKIT GENETIK

SEHINGGA kini Pancasihat berjaya menampilkan dua penyakit yang jarang ditemui iaitu Sindrom Marfan dan Sindrom Crouzon.

Kedua-duanya adalah penyakit berkaitan kesilapan dalam jujukan genetik manusia dan diwarisi dari generasi ke generasi.

Mereka yang menghidapi atau menjadi pembawa gen berkenaan seharusnya menjalani kaunseling genetik sebelun mendirikan rumahtangga bagi memastikan mereka tidak melahirkan anak-anak dengan penyakit yang sama.

3. MASALAH WANITA

SEPANJANG tahun 2012 banyak sekali tajuk dipaparkan Pancasihat berkenaan kesihatan wanita.

Antara yang menarik menyentuh mengenai Kelainan Payudara, Pap Smear Penyelamat Nyawa, Sista Ovari Beza Fibroid, Dilema Seks Wanita, Wanita Selepas 50-an dan Cantik Tetapi Berbahaya yang memaparkan kisah implan payudara.

Semua tajuk berkenaan amat berkait rapat dengan kehidupan wanita dan mereka sepatutnya mengetahui lebih lanjut mengenainya.

4. KESIHATAN DAN KANAK-KANAK

TAJUK mengenai kanak-kanak juga menjadi fokus sepanjang tahun 2012. Ini termasuklah tajuk berkaitan dengan Obesiti Kanak-kanak - lindungilah anak anda daripada obesiti yang menjadi perbualan hangat masa kini.

Selain itu keperluan susu dalam perkembangan kanak-kanak turut menjadi kupasan Pancasihat di bawah tajuk Kenapa Tak Suka Susu.

Cara-cara melakukan CPR pada bayi dengan tajuk Selamatkan Si Comel turut dijadikan topik utama ekoran kes tersedak susu yang semakin menjadi-jadi.

5. PENYAKIT SEMAKIN KRONIK

BIARPUN terdapat beberapa penyakit yang boleh dikatakan biasa tetapi semakin hari penyakit berkenaan menjadi semakin kronik.

Pancasihat sepanjang tahun 2012 menyentuh mengenai Diabetis yang semakin kronik dengan bilangan pesakit yang meningkat saban tahun.

Terdapat beberapa tajuk menarik seperti Hidup Dengan Jantung Tiruan, Denyutan Jantung Mekanikal, Waspada Turun Naik Darah, Gout:Tolong Jaga Makan dan Pembunuh Senyap.

Semua tajuk berkenaan menjadi rujukan bagi pembaca di masa akan datang.

6. MATA DAN ANDA

MENJAGA kesihatan mata amat penting bagi semua orang. Apabila usia meningkat, mata seperti organ lain juga mengalami proses penuaan terutama apabila usia meningkat ke angka 40. Pancasihat mengupas topik ini di bawah tajuk Mata Di Ambang 40-an.

Selain itu penggunaan kanta lekap turut diberikan perhatian sama ada digunakan kerana mata rabun atau hanya untuk bergaya dengan tajuk Merawat Atau Untuk Bergaya.

Segalanya mengenai mata termasuk Rabun Warna telah dibincangkan di dalam Pancasihat.


Keluarga Avail : Semoga kita berupaya menghadapi cabaran kesihatan di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh