klik atas nuffnang

Wednesday, December 19, 2012

Sembelit Kronik Akibat Kanser Usus

Pernahkah anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar? Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda mengalami sembelit kronik.

Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.

Kurang 3 Kali Seminggu

Sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.

Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40% najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75% najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.


Penghidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar untuk beberapa hari. Malah terdapat juga kes membabitkan pesakit yang tidak membuang air besar dengan sempurna sehingga berbulan-bulan.

Perut pesakit akan mengembung, kejang dan sakit serta kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit.

Sungguhpun begitu, kebanyakan masalah sembelit membabitkan golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda.

Menahan Air Besar

Wanita sering memilih untuk menahan air besar daripada membuangnya terutama jika berada di kawasan awam seperti kompleks beli-belah yang mempunyai tandas kotor.

Ini disebabkan mereka berasa geli untuk membuang air besar di tandas awam. Mereka lebih rela menyimpan najis dan membuangnya apabila sampai di rumah daripada terpaksa mencangkung atau duduk di dalam tandas yang kotor dan berbau. Tetapi apabila sampai di rumah, perasaan untuk membuang air besar sudah hilang dan tiada sebarang najis dilepaskan walaupun menunggu lama di dalam tandas.

Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut kembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas. Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekaligus menyebabkan usus tersumbat.

Apabila najis sudah sampai di rektum, ia akan memberi signal kepada otak untuk memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk ke tandas. Tetapi apabila kerap berlengah ke tandas, usus menjadi kurang sensitif dan otak tidak lagi boleh mencerna isyarat itu. Akhirnya individu tersebut lebih selesa untuk tidak ke tandas.

Keadaan ini lama-kelamaan boleh mendatangkan masalah seperti perut kembung, muntah dan rasa sangat tidak selesa.

Sembelit Yang Tidak Bahaya

Sembelit boleh menjadi gejala yang tidak merbahaya dan ia juga boleh menjadi sebaliknya.

Sembelit yang tidak merbahaya hanya bersifat sementara dan disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dengan dos tinggi sehingga boleh memperlahankan pergerakan usus.

Sembelit jenis ini juga boleh terjadi kerana pertukaran cara pemakanan yang kurang serat. Turut menjadi punca sembelit ialah kehadiran luka kecil pada bahagian lubang dubur yang memberi kesan yang amat sakit apabila membuang air besar.

Bagi golongan warga emas dan pesakit angin ahmar, masalah najis melekat pada usus juga boleh menyebabkan mereka terpaksa meneran sehingga kulit dubur merekah, pedih dan berdarah.

Sembelit Bukan Buasir

Secara klinikalnya, sembelit hanya bersifat gejala dan bukan penyakit. Namun, itu bukan alasan untuk masyarakat terus menganggap ia sebagai isu ringan apatah lagi jika mengalami sembelit secara berterusan untuk tempoh 2 hingga 3 minggu.

Ironinya, masih ramai menganggap kesukaran membuang air besar dan najis berdarah sebagai buasir sedangkan ciri itu adalah tanda-tanda yang menjurus kepada kanser usus.

Sembelit Akibat Kanser Usus

Sembelit yang merbahaya terjadi disebabkan oleh kanser usus dan saluran najis yang tersumbat.

Justeru, sekiranya anda mengalami sakit perut, sembelit dan najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.

Ramai wanita malu untuk tampil berjumpa doktor kerana pemeriksaan sembelit melibatkan anggota sulit mereka. Sungguhpun begitu, malu bukan alasan untuk mereka tidak menjalani pemeriksaan.

Sekiranya simptom sembelit dan najis berdarah itu hanya buasir biasa, tidak mengapa. Tetapi jika ditakdirkan itu adalah tanda-tanda kanser usus, tidak mustahil ia boleh mengancam nyawa jika lambat dikesan.


Keluarga Avail : Amalkan Minum Green Fit Avail ! Bagaimana Freen Fit membantu?

Green Fit adalah supplemen yang kaya dengan serat dan dapat membantu melancarkan pembuangan serta pembersihan usus.

RM 75 /box (15 sachet)
Harga Jimat
RM 189/ 3box (jimat RM 36)
RM 438/ 9box (jimat RM 237)
RM 2,190/ 50box (jimat RM 1,560)
RM 7,470/ 210box (jimat RM 8,280)

Harga Percubaan
RM 20/shaker (4sachet)
RM 5/sachet

*Harga belum termasuk pengeposan

Tentang rasa tak pelu khuatir sebab sedap macam minum jus epal :)
Tak jemu pun nak minum hari-hari.
Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet dan gula tiruan.
Tiada bahan julap dan tiada GMO (genetically modified organism).
Semuanya bahan semulajadi !
Green Fit BESTTTTT. Saya suka :)

Untuk order/pertanyaan, hubungi saya :
sms/call : 019-9823405 atau
PM : Naim Osman atau
Message Facebook / Keluarga Avail
emel : keluargaavail@gmail.com

Saranan Keluarga Avail : GREEN FIT / I-FOOD / PRO-POLIS

4 comments:

  1. salam...Green Fit Avail boleh rawat appendix tak?

    ReplyDelete
  2. Apendiks bermula dari bahagian abdomen atau perut.

    "Bila kita makan, makanan akan masuk ke salur pemakanan dari perut ke usus kecil dan akan ke usus besar.

    "Makanan yang kita kunyah akan dihadam, kemudian dicerna dengan sebaiknya oleh organ penghadaman.

    "Makanan tersebut akan bertukar menjadi bentuk serbuk dan usus besar menyerap air. Apabila menjadi bentuk ini, ia senang masuk dan sekali gus menyumbat satu ruangan kecil yang diberi nama apendiks,"

    Apendiks kalau tersumbat pasti menyebabkan perjalanan dan bekalan darah seseorang terganggu.

    Apabila terganggu, mudah jangkitan berlaku menyebabkan apendiks tersebut membengkak dan menimbulkan kesakitan.


    Persoalan green fit avail boleh rawat appendiks?

    YA.... dan antara fungsi & kebaikan green fit adalah
    1. Meningkatkan fungsi sistem pencernaan
    2. Melembutkan najis, menggalakkan pergerakan usus
    3. Mencegah dan membantu penyembuhan ulser serta keradangan pada saluran gastro-usus.

    ReplyDelete
  3. sy dh try mmg tip top bagus..tapi tipu la bab sedap & xjemu minum hari2 tue....saya minum rasa xsedap sebab terlampau berserat...

    ReplyDelete
  4. Minum green fit, lepas bila buang air besar, najis berdarah. Itu dikira dalam proses penyembuhab usus atau pun sebaliknya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang