klik atas nuffnang

Thursday, October 24, 2013

Telur Ayam Perlu Di Basuh

TELUR PUNCA MAKANAN KOTOR DAN MEMBAWA PENYAKIT 

 Telur yang kotor dan masih diselaputi najis ayam, harus dibasuh dahulu sebelum dipecahkan untuk dimasak ke dalam makanan. 

Najis ayam pada telur yang masuk ke dalam makanan bukan saja membuatkan makanan kita menjadi tidak halal, tetapi juga mengundang penyakit keracunan Salmonella. 

Begitu juga pastikan telur yang dibeli tidak retak, kerana kuman Salmonella boleh masuk ke dalam telur dan membiak. 

Tanda awal pembiakan kuman Salmonella dalam telur ialah bau telur yang busuk sebaik dipecahkan. 

Kuman Salmonella membiak dalam usus ayam dan manusia dengan mudah mendapat jangkitan Salmonella yang menyebabkan keracunan makanan, dengan memakan makanan yang dicemari dengan najis ayam. 

Hal ini telah disahkan oleh Centre for Disease Control and Prevention (CDC) Amerika Syarikat dalam kenyataannya pada Julai 2010. http://drzubaidi.com/blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh