klik atas nuffnang

Wednesday, November 9, 2016

sistem pencernaan mempengaruhi kesihatan anda


MENYAYANGI dan menjaga kesihatan sistem penghadaman penting bagi mengelak masalah pencernaan selain mengukuhkan sistem imun badan. 

Pernahkah anda mengalami gangguan emosi atau mudah marah dengan orang lain kerana lapar atau mengalami cirit-birit yang disebabkan oleh tekanan. 

Semua ini adalah petanda sistem pencernaan manusia mampu mempengaruhi kesihatan fizikal dan emosi. 

Selain memainkan dua peranan utama iaitu membantu penyerapan nutrien makanan serta menyingkirkan agen memudaratkan iaitu toksin, alergen dan mikroorganisma bahaya. Pencernaan yang sihat turut mempengaruhi emosi, sistem imun dan kesihatan secara keseluruhannya. 

Sistem penghadaman juga digelar 'otak kedua' oleh pakar perubatan, mempunyai sistem saraf berautonomi, iaitu sistem saraf enterik yang memiliki lebih banyak neurotransmitter berbanding otak.

 Neurotransmiter, sistem penghadaman menghasilkan 95 peratus serotonin, iaitu hormon yang mempengaruhi emosi dan digunakan juga dalam proses penghadaman. 




Sayangi usus hindari penyakit kronik 

Saluran gastrousus adalah keajaiban fisiologi secara sendirinya dan memainkan peranan penting melindungi sistem imun kita. Saluran GI menghasilkan lebih 100 trilion sel mikrob, termasuk bakteria sistem penghadaman yang kebanyakannya menghuni dalam usus besar atau kolon. 

Kajian pakar penyelidik dari Harvard School of Public Health di Amerika Syarikat mendapati bakteria dalam sistem penghadaman menghasilkan bahan kimia yang membenarkan sel imun dalam kolon berkembang dan berfungsi dengan cekap. 

National Health Services di United Kingdom pula menganggarkan, 40 peratus daripada semua orang pernah mengalami sekurang-kurangnya satu masalah gastrousus, sama ada cirit-birit, sembelit atau kembung perut. Kegagalan memantau kesihatan sistem penghadaman bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, bahkan menjurus kepada penyakit kronik hingga mengancam nyawa. 


Antara lima penyebab kematian 

Kajian Kementerian Kesihatan mendapati dalam tempoh sehingga Disember 2013, penyakit berkaitan sistem penghadaman antara lima penyebab utama kematian di hospital swasta dan awam Malaysia. Serangan ini juga antara enam punca utama pesakit dimasukkan ke hospital. 

Mencegah lebih baik daripada mengubati, daripada menunggu sehingga terkena masalah kesihatan sebelum mengambil tindakan, lebih baik jika anda mengambil langkah aktif mempertingkatkan kesihatan sistem penghadaman. 

Selain mengurangkan risiko masalah penghadaman pada masa akan datang, sistem penghadaman sihat penting bagi membolehkan seseorang menikmati hidup dengan sempurna. 

Daripada pemprosesan bahan toksik seperti alkohol dan dadah kepada produk hasilan yang selamat, menghasilkan amonia toksik untuk menghalang karsinogen berbahaya daripada diserap ke dalam aliran darah, "organ-organ detoks" yang terbina dalam badan manusia seperti hati, usus dan buah pinggang, semua ini menunjukkan bahawa badan kita sememangnya lengkap untuk menghapuskan toksin. Oleh itu, organ-organ ini mesti dijaga untuk berfungsi secara optimum. 

Bagi menyokong bekalan glutathione dalam hati, peptida antioksidan semula jadi yang penting untuk fungsi imun badan dan mengawal keradangan, makan lebih banyak makanan yang kaya dengan sulfur seperti bawang putih, brokoli, kubis, bawang dan kubis bunga. 


Banyakkan bersenam 

Buah pinggang memainkan peranan penting bagi menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dalam badan. 

Untuk buah pinggang berfungsi dengan baik, pastikan anda kekal terhidrat. Elakkan makanan tinggi kandungan garam, gula dan lemak. Tekanan darah tinggi adalah antara punca utama penyakit buah pinggang. Justeru penting membuat pemeriksaan tekanan darah secara kerap dan elakkan meminum terlalu banyak alkohol dan hentikan amalan merokok. 

Banyakkan bersenam bagi mengurangkan tekanan darah tinggi dan pada masa sama, mengekalkan berat badan yang sihat. 

Jangan ketepikan kepentingan sayur dan buah-buahan kerana kajian membuktikan sajian berserat tinggi mengurangkan risiko kanser kolon, kencing manis jenis 2, sakit jantung dan strok. 

Amalan ini juga melancarkan proses penghadaman dan mencegah sembelit. Serat menstabilkan tahap glukosa darah kerana ia memperlahankan penyerapan glukosa dalam usus kecil. 

Serat juga mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Sumber serat termasuk oat, gandum, kacang-kacangan, biji-bijian, kacang dal, sayur-sayuran dan buah-buahan. 


Probiotik mempromosikan pemulihan sistem penghadaman 

Sistem penghadaman adalah sarang kepada 100 trilion bakteria, secara kolektif dikenali sebagai microbiome. Mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam sistem penghadaman penting bagi kesihatan pencernaan. 

Kita boleh meningkatkan jumlah bakteria baik dengan mengambil probiotik yang didapati dalam minuman susu berkultur dan makanan yang difermentasi. 

Pilihan yogurt, minuman susu berkultur, kefir, sauerkraut (jeruk kubis), tempe dan kimchi lebih baik. Probiotik terbukti secara klinikal melegakan cirit-birit dan simptom Sindrom Usus Rengsa (IBS). 

Apabila mencari makanan probiotik, pastikan memilih minuman susu kultur yang mengandungi kultur 'hidup dan aktif'. Ini bermakna minuman itu tidak dirawat haba atau tidak melalui rawatan haba selepas dikulturkan kerana proses berkenaan akan membunuh semua bakteria bermanfaat. 

Seperti yang dijelaskan konsep teknikal 'sampah masuk, sampah keluar' atau akronimnya, GIGO, kita adalah apa yang kita makan. Diet seimbang adalah cara paling tepat dan cepat bagi merangsang prestasi sistem penghadaman. 

Detoks yang sihat, diet yang betul dan amalan mengambil probiotik adalah strategi terbaik untuk sistem penghadaman lebih sihat.




aranan Keluarga Avail : GREEN FIT / I-FOOD / PRO-POLIS

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Saranan Keluarga Avail : GREEN FIT / I-FOOD / PRO-POLIS

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Saranan Keluarga Avail : GREEN FIT / I-FOOD / PRO-POLIS

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Saranan Keluarga Avail : GREEN FIT / I-FOOD / PRO-POLIS

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Saranan Keluarga Avail : GREEN FIT / I-FOOD / PRO-POLIS

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh