Budaya makan lewat malam sudah menjadi satu perkara biasa bagi mereka yang bergelar warga kota.
Roti canai, mi goreng mamak, makanan segera dan teh tarik adalah menu popular bagi mereka yang selalu mengunjungi premis-premis restoran atau gerai yang dibuka 24 jan setiap hari.
Kadang kala ia menjadi satu aktiviti wajib kepada sesetengah warga kota untuk menjamah selera pada waktu lewat tengah malam ataupun di awal pagi.
Mungkin ramai di antara mereka tidak sedar risiko kesihatan jangka panjang yang mereka boleh hadapi secara beransur-ansur akibat pembawaan budaya ini.
Bagi Pakar Kecergasan, Kevin Zahri, gaya hidup orang Malaysia yang suka makan di lewat malam sukar diubah tetapi boleh diseimbangkan dengan cara hidup yang betul.
"Sekiranya mereka melakukan aktiviti berat seperti bersukan tiada salahnya mengambil makanan berlebihan di waktu malam," katanya.
Menurut kajian saintifik: Kolostrum
mempunyai pelbagai jenis faktor imun dan tumbesaran yang lebih
berkhasiat dan berkesan berbanding susu lembu yang biasa.
Menurut laporan kajian
Perubatan Virus Amerika, kolostrum kaya dengan globulin imun, faktor
imun dan tumbesaran semulajadi yang berupaya menentang virus. Kolostrum
berupaya mencegah penyakit saluran pernafasan terutamannya selsema dan
jangkitan virus.
Khas untuk tumbesaran kanak-kanak yang sihat dan ceria.