Sangkaan berkaitan nanas menyebabkan pendarahan haid yang agak
banyak adalah tidak tepat. Perkara ini mungkin berlaku secara
kebetulan sahaja. Sebenarnya, nanas juga bukanlah penyebab pada
keguguran, kalau janin dan ibu sihat.
Nanas atau nama saintifiknya Ananas comosus adalah sejenis
tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika
Selatan. Nanas tergolong dalam keluarga Bromeliaceae. Nanas sebenarnya
bukan hanya buah yang sedap dimakan serta dijadikan jus minuman. Nanas
juga kaya dengan kandungan mineral dan vitamin yang cukup tinggi. Ramai
kalangan kita menggemarinya sebagai makanan pencuci mulut yang
menyegarkan atau sayur sampingan (jelatah) selain dimakan dalam bentuk
lain seperti jem nanas, halwa, jeruk dan biskut tat nanas. Bukan setakat
itu saja, malah nanas juga mempunyai nilai perubatannya yang
tersendiri.
Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan
untuk melembutkan daging). Ia juga mengandungi asid sitrik yang berkesan
untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Nanas juga mempunyai
nilai khasiat yang penting seperti mineral, serat dan enzim yang baik
untuk sistem penghadaman dan membantu mengekalkan berat badan ideal dan
keseimbangan nutrisi. Nanas juga merupakan sumber vitamin C yang baik
dan boleh dimakan mentah atau digunakan dalam masakan. Nanas mengandungi
lemak dan garam yang minimum serta tidak mempunyai kolesterol. Selain
itu, nanas juga mengandungi sejumlah kecil vitamin B2, B3, B5 dan B6.
Ini jelas menunjukkan nanas merupakan buah yang sedap, berkhasiat dan
menyihatkan.
Memerangi penyakit, Nanas juga dipercayai dapat
menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi
mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan
anti-oksida. Ia juga dapat membantu memerangi pelbagai jenis penyakit.
Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk
melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat.
Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik
seperti penyakit jantung, diabetes mellitus dan kanser. Amalan memakan
nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem
imunisasi.
Nanas juga kaya dengan serat dan amat berkesan untuk memulihkan
masalah sembelit dan masalah membuang air besar yang tidak teratur. Ia
juga mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan
menyingkirkan sel-sel mati dan rosak. Enzim di dalam nanas juga membantu
memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan
garis-garis halus.
Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga
dapat mengatasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian
muka. Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan
bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang
boleh mengakibatkan penyakit jantung dan strok. Selain itu buah ini
juga melancarkan perjalanan haid dan bukannya pendarahan haid yang
banyak.
Berjumpalah dengan doktor pakar sakit
puan bagi mengetahui masalah sebenar. Secara amnya, doktor akan
mengesyaki seseorang wanita agak susah hamil jika kitar haid mereka
tidak teratur kerana kitar sebegitu adalah tidak subur. Doktor tidak
dapat mengatakan rahim seseorang wanita lemah atau tidak dan susah untuk
hamil hanya jika seseorang wanita tersebut hanya mengalami pendarahan
haid yang banyak apabila memakan nanas.
P/S : Pntang Larang Orang Dulu-dulu Memang Tidak Menggalakkan Makan Nanas Ketika Mengandung
No comments:
Post a Comment