Hamil adalah salah satu perkara yang diidamkan oleh wanita. Apa
kaitannya berat badan dengan keinginan anda untuk hamil? Haa, mari kita
lihat kenapa.
• BMI (Body Mass Index) yang terlalu rendah atau terlalu tinggi akan menyebabkan wanita sukar untuk hamil. Kira BMI anda!
• Kurangkan berat untuk mereka yang lebih berat badan dan juga obese.
Ini kerana lemak boleh meningkatkan kadar penghasilan estrogen dalam
badan yang boleh menjejaskan ovulasi, kesuburan dan haid.
• Obesiti lebih terdedah kepada risiko keguguran manakala kurang berat
badan pula akan mengalami risiko melahirkan bayi pra-matang dan anaemia
• Wanita yang mengekalkan berat badan yang sihat cenderung merasa lebih
gembira ketika hamil, proses bersalin lebih mudah, mendapat bayi yang
sihat dan juga mengurangkan risiko darah tinggi dan diabetes.
• Keluarkan sedikit peluh untuk mendapat berat yang unggul ! Ianya dapat
meningkatkan tahap kesuburan sekaligus meningkatkan kesihatan.
No comments:
Post a Comment