Petua Menghapuskan Bulu Roma
Ramas
pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau
kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas
dengan air bersih.
Info Kaedah buang bulu
Kaedah hilangkan rambut/bulu sementara
1. Bercukur
Ia
bersifat sementara. Bercukur tidak menyebabkan rambut tumbuh lagi
tebal, cepat atau banyak. Ia hanya memotong bulu di bahagian atas kulit.
Pangkal rambut yang lebih tebal bila memanjang menyebabkan bulu atau
rambut yang tumbuh selepas dicukur kelihatan lebih tebal.
2. Mencabut bulu
Agak menyakitkan tetapi kesannya lebih lama berbanding bercukur. Namun begitu bulu tetap akan tumbuh semula.
3. Melilin
Lilin
yang panas dituang pada kulit. Apabila sejuk rambut akan melekat pada
lilin dan ditarik keluar daripada kulit. Selain itu kaedah ini juga
menggunakan gula seakan-akan karamel yang panas dituang di atas kulit.
Caranya sama cuma apabila selesai, proses mencuci sugar wax lebih mudah
berbanding kaedah tradisional.
4. Depilatories
Bahan
kimia yang digunakan adalah thioglycolate dicampur dengan sodium
hydroxide atau calcium hydroxide. Ia secara langsung 'mencairkan' rambut
. Masalah utama adalah kesan sampingannya kerana bahan kimia ini boleh
'mencairkan' sel kulit juga.
Info Kaedah buang bulu
Kaedah kekal
1. Elektrolisis
Menggunakan
jarum halus untuk mengalirkan elektrik terus ke folikel rambut. Secara
teorinya, kesan elektrik ini membakar folikel rambut. Elektrolisis
adalah salah satu cara untuk membuang rambut secara kekal. Namun begitu,
masa yang diambil untuk prosedur ini adalah lama, sakit dan memerlukan
seorang yang mahir untuk melakukannya.
Prosedur ini perlu
dilakukan setiap 12 ke 18 bulan. Kesan sampingan adalah pembentukan
keloid, hyperpigmentation dan hypopigmentation.
2. Laser
Rawatan
laser adalah yang terbaik dan paling berkesan. Jenis-jenis laser yang
digunakan untuk membuang bulu adalah Ruby, Alexandrite, Diode dan Long
Pulse Nd:YAG. Konsep membuang bulu menggunakan laser adalah mudah.
Secara saintifiknya, ia berkonsepkan selektif photo termolysis. Menerusi
kaedah ini akar rambut dimusnahkan secara selektif oleh haba.
Sebenarnya laser akan diserap oleh pigmen pada akar bulu tersebut. Laser
yang diserap akan bertukar menjadi haba dan terus membunuh akar rambut.
Ini akan menyebabkan bulu kekal mati. Untuk kulit orang Asia, laser
yang sesuai adalah jenis Diode dan Long Pulse Nd:YAG.
Oleh kerana
laser diserap oleh pigmen akar bulu, ia sangat berkesan pada bulu yang
mengalami fasa Anagen atau fasa pertumbuhan aktif. Pada fasa ini bulu
roma adalah tebal maka penyerapan laser paling tinggi dan bertindak
paling berkesan untuk mematikan akar bulu roma. Bulu yang tumbuh pada
fasa Telogen atau Catagen tidak menyerap laser dengan baik. Kandungan
melaninnya yang rendah maka ia tidak mati. Oleh itu laser perlu dibuat
beberapa sesi selang 6 hingga 12 minggu. Ini bertujuan membolehkan bulu
roma di fasa Telogen dan Catagen menjadi fasa Anagen.
Diode laser
sangat berkesan untuk orang yang berkulit cerah mana kala mereka yang
berkulit gelap, rawatan yang terbaik adalah dengan menggunakan laser
Long Pulse Nd:YAG.
Di klinik Marissa Esthetic contohnya menggunakan
sistem soprano iaitu diod laser keluaran Alma Laser yang merupakan
syarikat pengeluar laser terunggul dalam dunia perubatan. Ia begitu
hebat dan sesuai bagi kulit orang Asia serta mampu menghapuskan bulu
roma dengan berkesan
kredit utusan.com.my
Cara mudah buang bulu
BERBANDING lelaki, wanita mudah risau apabila tubuh ditumbuhi bulu roma yang dianggap agak berlebihan.
Kaedah
lazim untuk menyingkirkan bulu pada tangan, kaki serta anggota tubuh
lain adalah bercukur atau menyapu krim meskipun cara itu ada
kekurangannya.
Antara pilihan mudah adalah menggunakan kaedah salutan lilin untuk menghapus kehadiran bulu pada tubuh dengan lebih berkesan.
Kaedah
itu tidaklah menyingkirkan bulu roma secara kekal, tetapi ia bertindak
menghapuskan bulu roma daripada bahagian akarnya. Bulu tidak akan tumbuh
semula dengan pantas sebaliknya, bulu akan hanya tumbuh dalam jangka
masa tiga hingga enam minggu selepas ia dicabut.
Apabila ia
tumbuh semula, bulu lebih lembut manakala kaedah mencukur biasanya
membuatkan bulu tumbuh semula dalam masa hanya beberapa hari dengan bulu
yang agak kasar.
Pada masa sama, kaedah membuang bulu roma
menggunakan salutan lilin ini juga bertindak sebagai pengelupasan lembut
untuk menyingkirkan sel mati pada kulit, sekali gus membuatkan
permukaannya lembut.
Caranya memang mudah iaitu dengan menyapu
lapisan nipis lilin pada permukaan kulit berbulu. Kemudian, kain atau
kertas ditekap pada bahagian atas dan ia ditarik dengan cepat, pada arah
berlawanan pertumbuhan bulu itu.
Malah, kaedah ini boleh digunakan untuk menyingkirkan bulu pada hampir semua bahagian tubuh.
Rangkaian
kedai Strip yang mula bertapak di Malaysia sejak 2006 kini
memperkenalkan kaedah membuang bulu roma dengan salutan lilin menerusi
beberapa rumusan khas.
Rumusan lilin strawberi berwarna merah
jambu mengandungi ciri nyaman dan lembut bunga chamomile Jerman dan
lidah buaya. Cirinya yang menenangkan ini hasil daripada campuran bahan
aromaterapi ditambah dengan titanium dioksida untuk menjadikan lilin
begitu lembut pada kulit yang turut direka untuk kesesuaian kulit paling
sensitif. Strip memberi keutamaan kepada tiga perkara utama iaitu
kebersihan, kepantasan dan kualiti.
Justeru, ia mengamalkan kaedah pencelupan sekali saja yang mana spatula baru digunakan untuk setiap aplikasi lilin pada kulit.
Membuang bulu di badan dengan Pad Mikro-Kristal
Crystal Clear Hair Remover (buang bulu di badan dengan kaedah selamat dan tahan lama)
Tiada
Lagi Bahan Kimia yang Kuat, Pencukur, Elektrolisis, Pencabut Bulu yang
Menyakitkan.Buang Bulu Roma yang Tidak Diingini dengan Sentalan Lembut.
Selamat, Lembut dan Tidak Menyakitkan.Bulu Roma Tumbuh dengan Halus dan Perlahan dengan Setiap Kali Penggunaan.
Cepat, Mudah dan Boleh Digunakan di Mana Sahaja.
No comments:
Post a Comment