Rakyat Malaysia
sememangnya sangat gemarkan makanan, lebih-lebih lagi makanan yang lazat
seperti nasi lemak dan roti canai. Namun ramai yang tidak tahu makanan
yang dimakan itu jika berlebihan akan menjejaskan kesihatan kerana
kandungan seperti kalori, nutrisi dan lemak itu adalah salah satu punca
penyakit.
Antara hidangan yang menjadi kegemaran
seluruh rakyat Malaysia iaitu nasi lemak. Kandungan lemak dan kalori
dalam nasi lemak itu sendiri adalah lebih kurang 450-500 kalori
sepinggan dan belum lagi ditambah lauk-pauk yang lain, sekaligus
menjadikan pengambilan kolesterol bertambah menjadi 1000 kalori
sepinggan.
Kemudian roti canai, makanan yang juga
menjadi kegemaran tidak kira waktu. Seperti sedia tahu, ia juga
mempunyai kandungan kalori yang tinggi dan bagi menghilangkan kalori itu
adalah ibarat berlari dalam tempoh 90 minit. Nasi goreng juga antara
makanan yang menggemukkan kerana sepinggan nasi sahaja sudah mengandungi
630 kalori di dalamnya belum lagi ditambah dengan lauk yang lain.
Ais krim juga menggemukkan walaupun
ianya kecil dan nampak seperti tidak menggemukkan tapi hakikatnya kalori
lemak dan gula di dalamnya juga tinggi iaitu dua skop ais krim
mengandungi 350 kalori.
Selain itu makanan seperti mee kari
dan juga makanan bergoreng juga mampu menjejaskan kesihatan kita kerana
mempunyai santan dan juga berminyak. Cuba tukar cara masakan anda dengan
merebus ataupun bakar kerana ini mampu megurangkan kandungan lemak dan
minyak yang terkandung dalam makanan tersebut.
Selain itu, susu pekat manis, roti
manis dan donat serta mayonis turut tersenarai mempunyai kandungan
lemak, gula dan kalori yang tinggi. Kesemua jenis makanan ini tidak akan
menggemukkan sekiranya kita bijak dan tahu mengawal kuantiti
pengambilannya.
Sama ada kurang kuantiti yang diambil
atau tidak makan langsung makanan itu, apa yang penting adalah mengawal
pemakanan dan tahu sukatan kalori setiap makanan yang diambil.
Nasi lemak, roti canai bukan tak boleh makan... tp kalau pengambilan
makanan mcm ni, kena balance balik dengan penggunaan tenaga kita
balik... sebagai contoh, orang yang bekerja mcm petani, peladang etc...
yang mana kejer heavy menggunakan pergerakan yang banyak, yang
mana pembakaran kalori daripada pengambilan makanan tadi berlaku. jadi
ok la. mcm sesetengah org, ambil pemakanan mcm ni... tp kejer depan pc
mcm di opis... mmg risk la... bila kolestrol mula berkumpul, wait and
see la... tu yg ramai muda² lagi dah kena stroke, jantung diabetes,
darah tinggi, semua penyakit ni berkaitan dengan amalan pemakanan
seseorang tu. penyakit yang tak berjangkit, tapi kalau tak kawal...
berat nanang la..
No comments:
Post a Comment