-Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang
haid. Ia sering kali menjadi keluhan kerana ia menganggu kerja-kerja
seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau
kerja.
Definisi Apakah itu Senggugut?
-Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
-Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.
-Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut.
Senggugut Primer (normal) - senggugut sebelum/semasa haid
-Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi
tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh
doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh
apabila kitaran ovulasi bermula.
Senggugut Sekunder (abnormal) - senggugut selepas haid
-Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang
biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.
Sebab-sebab:
-Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
-Cyst Ovari dan tumor
-Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
-Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
-Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih
teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Epidemiologi
-Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut. Satu dalam
10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti
seharian.
-Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang
merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang
mempunyai haid yang banyak2. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di
kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil
perancang.
Tanda-tanda
-Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas.
-Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan
mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
-Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang
haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas
itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke
24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila
umur meningkat dan selepas bersalin.
-Senggugut sekunder. Senggugut
ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya
berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk.
Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa.
Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami.
Senggugut Sekundar.
Haid yang tidak tetap
Kesakitan antara haid
Pendarahan yang bertambah banyak
Lelihan dari faraj
Kesakitan ketika melakukan seks
Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
Loya dan muntah, cirit-birit.
Komplikasi
Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)
Mental - stres, tidur terganggu
Rawatan
-Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau
dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik
sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.
-Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan
disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat.
Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya
sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.
-Pil perancang. Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk:
*Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan *menghindari ovulasi.
*Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan *menghindari ovulasi.
*Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan *mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.
Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.
-Penggunaan Haba.
Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan
sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan
air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah
perut, atau dengan mandi air suam.
-Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation").
Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin ini
menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda
sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit
berkurangan.
Apakah rawatan yang boleh digunakan untuk Senggugut Sekunder?
Perubatan yang digunakan adalah bergantung kepada sebab Senggugut
Sekunder dialami. Sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment