Kanser hati ataupun dipanggil hepatoma biasanya lebih lazim berlaku di negara-negara Asia.
Pesakit kanser ini kebanyakkannya berumur antara 40 hingga 50 tahun. Ia didapati empat kali ganda lebih kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding wanita.
Kebanyakkan pesakit tidak menyedari dijangkiti penghidap penyakit tersebut kerana simptomnya tidak berlaku serta merta.
Faktor risiko menghidap kanser hati termasuk jangkitan kronik virus Hepatitis B atau C yang berkait dengan sirosis (gangguan struktur hati normal oleh fibrosis) dan pembentukan nodul yang disebabkan oleh pelbagai keadaan pada hati seperti ketagihan alkohol, obesiti, diabetis dan penggunaan tembakau.
Antara sebab kebanyakkan pesakit berusia dalam lingkungan 40 tahun ke atas adalah kerana virus Hepatitis B mengambil masa agak lama untuk merosakkan hati dan apabila telah rosak, ia akan merebak dengan cepat.
Kanser hati terbahagi kepada dua, iaitu jenis prima dan sekunder.
Kanser hati prima berpunca daripada masalah di dalam hati itu sendiri iaitu kerosakan sel-sel, manakala sekunder disebabkan kanser yang merebak ke hati daripada organ lain.
Pesakit kanser hati masih berpeluang untuk pulih jika mendapat rawatan awal.
Antara rawatan termasuk pembedahan pemindahan hati yang diderma oleh keluarga terdekat, walaupun dalam jangka panjang ia boleh berulang semula.
Rawatan kemoterapi boleh dilakukan dengan membuat saluran di bahagian arteri dan menghalakan rawatan itu terus kepada kanser berkenaan.
No comments:
Post a Comment