klik atas nuffnang

Thursday, November 22, 2018

Kaki makan air

Dengar saja nama penyakit ‘athlete’s foot’ dalam bahasa mudah yang bermaksud kaki makan air atau jangkitan kutu air boleh mengundang tawa dalam kalangan individu yang pernah menghadapi jangkitan kulat pada kaki khususnya di celah jari.

Jangkitan ini menyebabkan kulit kaki biasanya di celah jari menjadi berkeruping, bersisik dan gatal. Jika tidak ditangani, kulit tadi akan melepuh dan pecah menyebabkan tisu dalam terdedah sehingga berlaku bengkak dan radang yang lebih teruk. Apa yang membimbangkan, keadaan ini boleh merebak ke bahagian lain seperti paha.

Masalah ini disebabkan jangkitan kulat Tinea perdis pada kaki yang selalu dalam keadaan lembap atau terendam. Antara lokasi kegemaran bakteria ini ialah anggota yang sering terlindung dan sentiasa dalam keadaan lembap. Malah sikap sesetengah individu yang jarang memberi perhatian kepada kebersihan kaki dan mengeringkannya juga boleh meningkatkan risiko mengalami jangkitan kulat.

Walaupun ia menjadi masalah yang biasa dialami ramai orang, namun masih ada yang salah anggap mengenai penyakit ini. Antara mitos yang perlu dibetulkan ialah:

Mitos: Hanya atlet saja yang menghidapi penyakit kaki makan air.

Hakikat: Ia dipanggil ‘athlete’s foot’ kerana jangkitan ini biasanya berlaku pada kaki atlet yang boleh merebak ke kuku kaki dan tangan. Namun sesiapa saja boleh mengalami jangkitan ini terutama individu yang sering berkaki ayam di bilik mandi awam, bilik persalinan pakaian dan kolam renang.

Selain itu orang yang berkongsi stoking, kasut dan tuala dengan orang yang dijangkiti juga boleh mendapat jangkitan. Individu yang suka memakai kasut ketat dan tertutup, kaki selalu dalam keadaan lembap dan kaki kerap berpeluh juga berisiko mengalaminya.

BILIK persalinan antara lokasi kegemaran kulat tinea ini.

Wednesday, November 9, 2016

sistem pencernaan mempengaruhi kesihatan anda


MENYAYANGI dan menjaga kesihatan sistem penghadaman penting bagi mengelak masalah pencernaan selain mengukuhkan sistem imun badan. 

Pernahkah anda mengalami gangguan emosi atau mudah marah dengan orang lain kerana lapar atau mengalami cirit-birit yang disebabkan oleh tekanan. 

Semua ini adalah petanda sistem pencernaan manusia mampu mempengaruhi kesihatan fizikal dan emosi. 

Selain memainkan dua peranan utama iaitu membantu penyerapan nutrien makanan serta menyingkirkan agen memudaratkan iaitu toksin, alergen dan mikroorganisma bahaya. Pencernaan yang sihat turut mempengaruhi emosi, sistem imun dan kesihatan secara keseluruhannya. 

Sistem penghadaman juga digelar 'otak kedua' oleh pakar perubatan, mempunyai sistem saraf berautonomi, iaitu sistem saraf enterik yang memiliki lebih banyak neurotransmitter berbanding otak.

 Neurotransmiter, sistem penghadaman menghasilkan 95 peratus serotonin, iaitu hormon yang mempengaruhi emosi dan digunakan juga dalam proses penghadaman. 



Friday, November 27, 2015

Penyakit 2015 : Leptospirosis



Sejenis Jangkitan Penyakit Yang Terbaru - lep-to-spy-ro-sis.


Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Sunday, September 20, 2015

Sejarah Tuala Wanita Pakai Buang

Sejarah tuala wanita pakai  buang untuk renungan bersama para blogger KeluagaAvail.



Dulu masa zaman nenek moyang kita, istilah tuala wanita ni memang tak pernah ada pun. Kalau datang bulan, guna cara tradisional jer samada pakai kain batik yang dipotong kecik-kecik atau yang lebih advance skit guna tuala good morning. Tapi bila zaman dah berubah, istilah tuala wanita menjadi pilihan wanita zaman sekarang.

Cerita 1 : Saya masih teringat lagi sewaktu kecil. Kakak saya mintak tolong belikan SANITA kat kedai. Saya tanya dulu kakak, “SANITA tu apa?”. Kakak kata “Pak Kanu kat kedai tu mesti tau punyer. Suruh dia bungkus dengan kertas surat khabar tau”. Saya pun tak banyak tanya, ikut sahaja apa yang kakak suruh. bila tiba di kedai baru la saya tahu SANITA tu apa, rupanya tuala wanita. Harga cuma RM10 tapi masa tu kotaknya besar berbanding sekarang ni.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa tentang kandungan sebenar yang terdapat di dalam sanitary pad ini. Memang la, bukan kerja kita untuk kaji lebih mendalam pun bagaimana pembuatan tuala wanita pakai buang ni. Kita hanya pengguna yang mendapat servis sahaja. Jadi keluargaavail akan berkongsi dengan anda tentang tuala wanita yang dijual dipasaran sekarang.

Sebenarnya, tuala wanita yang terdapat di pasaran bukanlah 100% kapas. Sebenarnya ia dihasilkan dari serbuk kayu pulpa yang dilunturkan menggunakan beberapa jenis bahan kimia sehingga bertukar menjadi warna putih. Nak tukar dari warna asal kepada warna putih, suci dan bersih adalah menggunakan agen peluntur yang kuat termasuklah yang dipanggil Klorin. Jadi belum tentu kesemua bahan kimia yang digunakan dalam proses pelunturan tadi hilang. Berkemungkinan besar masih ada yang tertinggal pada serbuk kayu tadi sebelum digembur untuk menaikkan rasa gebu yang mana seakan sama fungsinya seperti kapas. Apabila kesemua proses telah selesai, syarikat-syarikat tuala wanita akan mengambil bekalan tersebut untuk dipatenkan sehingga menjadi tuala wanita yang ada sekarang. Kalau di dalam televisyen, di dalam iklan tuala wanita yang menceritakan tentang design terbaru, bentuk yang fleksibel dengan aliran udara dan bermacam-macam lagi. Sama juga dengan lampin bayi pakai buang yang dijual di pasaran serta lampin orang tua. Konsep dan cara pembuatan adalah lebih kurang sama.

Nak yang 100% kapas bolehlah mencuba alternative kepada PAD AVAIL.

Zaman sekarang ni, kaum wanita dah mula menggunakan tuala wanita seawal umur 10 tahun. Jadi, tidak hairan kalau seawal usia begini, kaum hawa dah mula terdedah kepada risiko jangkitan penyakit atau kuman tanpa disedari. Bahan-bahan yang ditinggalkan di dalam tuala wanita tadi akan menyerap masuk melalui kemaluan wanita (faraj) terus ke saluran peranakan. Jadi tidak hairan la kalau seawal usia 30′an, wanita telah mula dijangkitan penyakit seperti kanser rahim, kanser serviks, barah payu dara dan bermacam penyakit lagi. Antara faktor penyebab adalah penggunaan tuala wanita. Kesan sampingan yang ditunjukkan bukan dalam masa 2 atau 3 hari tetapi memakan masa bertahun lamanya nampak kesan sampingan.

Sebagai pengguna yang mementingkan kesihatan, pemilihan produk yang berkualiti amat dititikberatkan agar memperolehi kesejahteraan hidup yang berpanjangan.  KeluargaAvail tidak memaksudkan yang tuala wanita yang terdapat di pasaran adalah tidak bagus untuk digunakan. Apa yang cuba diterangkan di sini adalah, kita memerlukan produk yang boleh “recover” semula kesan penggunaan tuala wanita biasa ni. Penyakit datang dalam hidup kita melalui pelbagai cara tanpa disedari. Kalau hari-hari kita gunakan produk kitar semula, potensi untuk berpenyakit adalah tinggi.
Sekian untuk renungan bersama.. ( Available for share )

Thursday, December 25, 2014

senggugut selepas haid

-Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid. Ia sering kali menjadi keluhan kerana ia menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja.

Definisi Apakah itu Senggugut?

-Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

-Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.

-Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut.

Senggugut Primer (normal) - senggugut sebelum/semasa haid


-Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula.

Senggugut Sekunder (abnormal) - senggugut selepas haid

-Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:

Sunday, December 7, 2014

pendarahan haid abnormal

Ramai wanita yang mengalami pendarahan yang tidak normal pada kitaran haid bulanannya. Malah, terdapat wanita yang mengalaminya dengan serius manakala ada yang sembuh tanpa memerlukan apa-apa rawatan. Walaupun gejala pendarahan tersebut serius, wanita haruslah mengetahui punca, bagaimana diagnosis dikenal pasti dan kaedah rawatan yang mungkin diberikan. Terdapat pelbagai penyebab pendarahan haid yang abnormal termasuk darah yang keluar selepas melakukan hubungan seks, tidak menentu harinya dalam kitaran haid, keluar darah semula dengan kuantiti yang amat sedikit pada hari ke 10 atau hari lain beserta warna kehitaman dan coklat, jumlah darah yang banyak serta bilangan harinya panjang daripada hari-hari sebelum ini dan selepas menopaus (putusnya haid secara fisiologi).

Pendarahan yang berlaku pada pertengahan kitaran haid boleh berlaku selama beberapa hari. Terdapat sebahagian wanita yang mengalami gejala kesakitan disertai dengan pendarahan tersebut. Kesakitan tersebut biasanya disebabkan oleh pengovulan atau pengeluaran ovum.

Pendarahan abnormal mempunyai banyak punca dan lazimnya doktor akan menumpukan pemeriksaan kepada penyebab yang biasa mengikut umur. Sejarah kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan juga akan direkodkan. Kebanyakan wanita, ketidakseimbangan aras hormon mungkin menyebabkan keabnormalan berlaku pada kitaran haidnya. Kebiasannya punca wanita mengalami pendarahan yang tidak normal termasuklah kehamilan, keguguran, kehamilan di luar rahim (kehamilan ektopik) atau masalah berkaitan penggunaan alat dalam rahim dan pil perancang keluarga. Selain itu, jangkitan pada rahim atau pangkal rahim, ketumbuhan fibroid dan polip pada rahim serta masalah sistem pembekuan darah. Wanita yang mengalami penyakit seperti kanser rahim, ovari, pangkal rahim dan faraj atau berhadapan dengan masalah kesihatan kronik seperti penyakit tiroid dan diabetes melitus mungkin menjadi puncanya.

Lazimnya, pemeriksaan lanjutan yang disyorkan adalah berdasarkan pada simptom dan tanda yang boleh dilihat, iaitu pemeriksaan ujian imbasan ultrabunyi untuk meneliti keadaan dalaman persekitaran pelvis. Ujian lain juga dilakukan mengikut petunjuk tertentu iaitu ujian biopsi dinding rahim secara meneropong ke dalam rahim. Kaedah meneropong ini dikenal juga sebagai prosedur histeroskopi.

Friday, October 3, 2014

Rahsia Buah - Pemakanan Sunnah

Assalamualaikum....

Satu perkongsian sejak kebelakangan ini diperhatikan banyak berlaku kematian akibat kanser di kalangan umat Islam di Malaysia ini.

Kita sering menasihati atau tahu supaya mengamalkan pemakanan mengikut sunnah nabi tapi malangnya diri sendiri mengambil ubat-ubatan kimia untuk dirinya. Jadi kita dah menjadi hipokrit pada orang ramai dan diri kita sendiri..

Jadi... ubahlah cara pemakanan kita dan Keluarga Avail mengesorkan umat Islam ikut sunnah nabi.

Sedikit perkongsian lagi ;

1. Makanlah sayur-sayuran atau buah-buahan dahulu sebelum ambil makanan lain.

2. Makan makanan yang HALAL & THOIYYIB(suci)

3. Jangan makan berlebih-lebihan. (Surah Al-A'raf ayat 31)... berhenti sebelum kenyang.

4. Perhatikan makanan kamu. (Surah Abasa ayat 24)


~INI PERKONGSIAN YANG ALLAH DAH LAME BAGITAHU KITA.. CUMA, RAMAI DARI KITA YANG TAK TAHU... ATAU... BUAT-BUAT TAK TAHU~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang