klik atas nuffnang

Thursday, November 22, 2018

Kaki makan air

Dengar saja nama penyakit ‘athlete’s foot’ dalam bahasa mudah yang bermaksud kaki makan air atau jangkitan kutu air boleh mengundang tawa dalam kalangan individu yang pernah menghadapi jangkitan kulat pada kaki khususnya di celah jari.

Jangkitan ini menyebabkan kulit kaki biasanya di celah jari menjadi berkeruping, bersisik dan gatal. Jika tidak ditangani, kulit tadi akan melepuh dan pecah menyebabkan tisu dalam terdedah sehingga berlaku bengkak dan radang yang lebih teruk. Apa yang membimbangkan, keadaan ini boleh merebak ke bahagian lain seperti paha.

Masalah ini disebabkan jangkitan kulat Tinea perdis pada kaki yang selalu dalam keadaan lembap atau terendam. Antara lokasi kegemaran bakteria ini ialah anggota yang sering terlindung dan sentiasa dalam keadaan lembap. Malah sikap sesetengah individu yang jarang memberi perhatian kepada kebersihan kaki dan mengeringkannya juga boleh meningkatkan risiko mengalami jangkitan kulat.

Walaupun ia menjadi masalah yang biasa dialami ramai orang, namun masih ada yang salah anggap mengenai penyakit ini. Antara mitos yang perlu dibetulkan ialah:

Mitos: Hanya atlet saja yang menghidapi penyakit kaki makan air.

Hakikat: Ia dipanggil ‘athlete’s foot’ kerana jangkitan ini biasanya berlaku pada kaki atlet yang boleh merebak ke kuku kaki dan tangan. Namun sesiapa saja boleh mengalami jangkitan ini terutama individu yang sering berkaki ayam di bilik mandi awam, bilik persalinan pakaian dan kolam renang.

Selain itu orang yang berkongsi stoking, kasut dan tuala dengan orang yang dijangkiti juga boleh mendapat jangkitan. Individu yang suka memakai kasut ketat dan tertutup, kaki selalu dalam keadaan lembap dan kaki kerap berpeluh juga berisiko mengalaminya.

BILIK persalinan antara lokasi kegemaran kulat tinea ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang