klik atas nuffnang

Showing posts with label Avail Green Fit. Show all posts
Showing posts with label Avail Green Fit. Show all posts

Wednesday, November 9, 2016

sistem pencernaan mempengaruhi kesihatan anda


MENYAYANGI dan menjaga kesihatan sistem penghadaman penting bagi mengelak masalah pencernaan selain mengukuhkan sistem imun badan. 

Pernahkah anda mengalami gangguan emosi atau mudah marah dengan orang lain kerana lapar atau mengalami cirit-birit yang disebabkan oleh tekanan. 

Semua ini adalah petanda sistem pencernaan manusia mampu mempengaruhi kesihatan fizikal dan emosi. 

Selain memainkan dua peranan utama iaitu membantu penyerapan nutrien makanan serta menyingkirkan agen memudaratkan iaitu toksin, alergen dan mikroorganisma bahaya. Pencernaan yang sihat turut mempengaruhi emosi, sistem imun dan kesihatan secara keseluruhannya. 

Sistem penghadaman juga digelar 'otak kedua' oleh pakar perubatan, mempunyai sistem saraf berautonomi, iaitu sistem saraf enterik yang memiliki lebih banyak neurotransmitter berbanding otak.

 Neurotransmiter, sistem penghadaman menghasilkan 95 peratus serotonin, iaitu hormon yang mempengaruhi emosi dan digunakan juga dalam proses penghadaman. 



Sunday, December 7, 2014

pendarahan haid abnormal

Ramai wanita yang mengalami pendarahan yang tidak normal pada kitaran haid bulanannya. Malah, terdapat wanita yang mengalaminya dengan serius manakala ada yang sembuh tanpa memerlukan apa-apa rawatan. Walaupun gejala pendarahan tersebut serius, wanita haruslah mengetahui punca, bagaimana diagnosis dikenal pasti dan kaedah rawatan yang mungkin diberikan. Terdapat pelbagai penyebab pendarahan haid yang abnormal termasuk darah yang keluar selepas melakukan hubungan seks, tidak menentu harinya dalam kitaran haid, keluar darah semula dengan kuantiti yang amat sedikit pada hari ke 10 atau hari lain beserta warna kehitaman dan coklat, jumlah darah yang banyak serta bilangan harinya panjang daripada hari-hari sebelum ini dan selepas menopaus (putusnya haid secara fisiologi).

Pendarahan yang berlaku pada pertengahan kitaran haid boleh berlaku selama beberapa hari. Terdapat sebahagian wanita yang mengalami gejala kesakitan disertai dengan pendarahan tersebut. Kesakitan tersebut biasanya disebabkan oleh pengovulan atau pengeluaran ovum.

Pendarahan abnormal mempunyai banyak punca dan lazimnya doktor akan menumpukan pemeriksaan kepada penyebab yang biasa mengikut umur. Sejarah kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan juga akan direkodkan. Kebanyakan wanita, ketidakseimbangan aras hormon mungkin menyebabkan keabnormalan berlaku pada kitaran haidnya. Kebiasannya punca wanita mengalami pendarahan yang tidak normal termasuklah kehamilan, keguguran, kehamilan di luar rahim (kehamilan ektopik) atau masalah berkaitan penggunaan alat dalam rahim dan pil perancang keluarga. Selain itu, jangkitan pada rahim atau pangkal rahim, ketumbuhan fibroid dan polip pada rahim serta masalah sistem pembekuan darah. Wanita yang mengalami penyakit seperti kanser rahim, ovari, pangkal rahim dan faraj atau berhadapan dengan masalah kesihatan kronik seperti penyakit tiroid dan diabetes melitus mungkin menjadi puncanya.

Lazimnya, pemeriksaan lanjutan yang disyorkan adalah berdasarkan pada simptom dan tanda yang boleh dilihat, iaitu pemeriksaan ujian imbasan ultrabunyi untuk meneliti keadaan dalaman persekitaran pelvis. Ujian lain juga dilakukan mengikut petunjuk tertentu iaitu ujian biopsi dinding rahim secara meneropong ke dalam rahim. Kaedah meneropong ini dikenal juga sebagai prosedur histeroskopi.

Friday, October 3, 2014

Rahsia Buah - Pemakanan Sunnah

Assalamualaikum....

Satu perkongsian sejak kebelakangan ini diperhatikan banyak berlaku kematian akibat kanser di kalangan umat Islam di Malaysia ini.

Kita sering menasihati atau tahu supaya mengamalkan pemakanan mengikut sunnah nabi tapi malangnya diri sendiri mengambil ubat-ubatan kimia untuk dirinya. Jadi kita dah menjadi hipokrit pada orang ramai dan diri kita sendiri..

Jadi... ubahlah cara pemakanan kita dan Keluarga Avail mengesorkan umat Islam ikut sunnah nabi.

Sedikit perkongsian lagi ;

1. Makanlah sayur-sayuran atau buah-buahan dahulu sebelum ambil makanan lain.

2. Makan makanan yang HALAL & THOIYYIB(suci)

3. Jangan makan berlebih-lebihan. (Surah Al-A'raf ayat 31)... berhenti sebelum kenyang.

4. Perhatikan makanan kamu. (Surah Abasa ayat 24)


~INI PERKONGSIAN YANG ALLAH DAH LAME BAGITAHU KITA.. CUMA, RAMAI DARI KITA YANG TAK TAHU... ATAU... BUAT-BUAT TAK TAHU~

Thursday, May 16, 2013

kanser kolorektal (kanser usus/kolon dan rektum

Kanser kolorektal ialah gabungan dua perkataan iaitu kolon dan rektum - 2 bahagian usus besar.

Kanser yang menyerang usus besar dipanggil kolon manakala kanser rektum berlaku di bahagian hujung usus besar yang berperanan mencerna makanan dan pembuangan sisa.
 
Kanser kolorektal ini perlahan tumbesarannya dan pada kebiasaannya bermula dengan polip di usus sebelum menjadi kanser. Anda dikategorikan sebagai berisiko sekiranya mempunyai waris terdekat (ibu, ayah, adik-beradik) dengan polip atau kanser kolorektal semasa berumur kurang dari 60 tahun, mempunyai penyakit yang melibatkan usus atau diri sendiri mempunyai polip di usus.

Kanser kolorektal tidak mempunyai apa-apa petanda peringkat awal, tetapi selalunya didiagnosis pada peringkat lewat.

Wednesday, December 19, 2012

Sembelit Kronik Akibat Kanser Usus

Pernahkah anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar? Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda mengalami sembelit kronik.

Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.

Kurang 3 Kali Seminggu

Sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.

Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40% najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75% najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang