klik atas nuffnang

Sunday, December 19, 2010

CEGAH KANSER SERVIK

Lindungi Anak Perempuan Anda Dari Jangkitan HPV
Dapatkan Pelalian HPV Untuk Anak Perempuan Anda!!

Kanser Servik adalah sejenis penyakit di mana sel-sel yang tidak normal terbentuk pada dinding servik.
Ia merupakan kanser ketiga paling kerap dihidapi oleh wanita Malaysia.
(Sumber : Daftar Kanser Negara, 2006)



Jangkitan Human Papillomavirus (HPV) di servik dikenal pasti antara penyebab utama kanser servik.
Pelalian HPV dapat melindungi dari jangkitan HPV jenis 16 dan 18 dan mengurangkan risiko mendapat kanser servik.

Kementerian Kesihatan Malaysia memberi pelalian HPV secara PERCUMA kepada semua murid perempuan Tingkatan 1 dan remaja perempuan warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun.

Tiga suntikan HPV akan diberi dalam tempoh 6 bulan.
Dapatkan Ketiga-tiga suntikan untuk perlindungan yang berkesan.

Bagi remaja perempuan yang bersekolah, pelalian akan diberi di sekolah dan bagi yang tidak bersekolah, pelalian boleh diterima di klinik-klinik kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Kementerian Kesihatan Malaysia di:
1-800-88-1478 (HPV)

" Jangan Lepaskan Peluang ini!
 Dapatkan pelalian HPV untuk anak perempuan anda demi kesihatan masa hadapan "

Pesanan ini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk warga pembaca blog kesihatan keluarga Avail.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang