klik atas nuffnang

Saturday, November 3, 2012

Cara Kira BMI

Berlebihan berat badan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi atau diperolehi (dilakukan) sendiri.

Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini ialah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.

Apabila kalori diambil berlebihan, bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik

Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh  (BMI)


Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi Indeks Jisim Tubuh  (BMI):

 Berat tubuh badan(KG) bahagi Ketinggian(M) kali Ketinggian(M)

BERAT / (TINGGI m X TINGGI m)

BMI    =                          Berat (kg)
                            ______________________

                              Tinggi (m) x Tinggi (m)


Contoh :
Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m.
Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336
Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda, yang mana jawapannya ialah 22.6 Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan keatas, anda adalah obesiti

(P/S : Berat badan wanita normal *18 hingga 25)


Susah ke nak kira? masuk je info kat sini. Jom kira.. klik 'metric'. OK.. senang!


Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:

1. Berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun
2. Mengandung atau menyusukan anak
3. Seorang ahli sukan yang aktif

Ada satu lagi cara kira BMI..
Tinggi - 100=???
Sekiranya berat sekarang melebihi jumlah yang ditolak maka berlebihan berat badan..

Selamat mancuba dari keluargaavail..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang