klik atas nuffnang

Showing posts with label Info Buah. Show all posts
Showing posts with label Info Buah. Show all posts

Friday, October 3, 2014

Rahsia Buah - Pemakanan Sunnah

Assalamualaikum....

Satu perkongsian sejak kebelakangan ini diperhatikan banyak berlaku kematian akibat kanser di kalangan umat Islam di Malaysia ini.

Kita sering menasihati atau tahu supaya mengamalkan pemakanan mengikut sunnah nabi tapi malangnya diri sendiri mengambil ubat-ubatan kimia untuk dirinya. Jadi kita dah menjadi hipokrit pada orang ramai dan diri kita sendiri..

Jadi... ubahlah cara pemakanan kita dan Keluarga Avail mengesorkan umat Islam ikut sunnah nabi.

Sedikit perkongsian lagi ;

1. Makanlah sayur-sayuran atau buah-buahan dahulu sebelum ambil makanan lain.

2. Makan makanan yang HALAL & THOIYYIB(suci)

3. Jangan makan berlebih-lebihan. (Surah Al-A'raf ayat 31)... berhenti sebelum kenyang.

4. Perhatikan makanan kamu. (Surah Abasa ayat 24)


~INI PERKONGSIAN YANG ALLAH DAH LAME BAGITAHU KITA.. CUMA, RAMAI DARI KITA YANG TAK TAHU... ATAU... BUAT-BUAT TAK TAHU~

Wednesday, December 19, 2012

Sembelit Kronik Akibat Kanser Usus

Pernahkah anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar? Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda mengalami sembelit kronik.

Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.

Kurang 3 Kali Seminggu

Sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.

Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40% najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75% najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.

Monday, November 26, 2012

DIABETIS ! Rakyat Malaysia Terancam !

DIABETIS

1 Daripada Setiap 7 Orang Dewasa Menghidapi Diabetis*


Diabetis merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf, buta dan gangrane kaki.

*Sumber : Tinjauan Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan Tahun 2011 bagi golongan dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, Kementerian Kesihatan Malaysia.



CEGAH SEBELUM TERLAMBAT ! AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT !


Wednesday, October 17, 2012

Usah Abai Makan Pagi - Bersarapanlah

PENTINGKAH bersarapan? Suatu masa dulu, sarapan menjadi juadah yang paling penting dalam kehidupan seharian. Namun, kesibukan sering menyebabkan semua ahli keluarga tidak sempat untuk duduk menikmati sarapan bersama-sama. Apakah sebenarnya yang sudah berlaku kepada waktu sarapan?
Seiring dengan perkembangan teknologi, kita mulai mengalami tekanan untuk menyegerakan tugas seharian dalam masa yang singkat seterusnya menyebabkan semakin ramai tidak mengambil sarapan.


Istilah sarapan dalam bahasa Inggeris, ‘breakfast’, membawa maksud berbuka puasa iaitu ‘puasa’ yang bermula dari waktu makan malam pada malam sebelumnya sehingga waktu makan tengah hari hari berikutnya. Sarapan penting untuk memberikan kita tenaga melakukan aktiviti seharian.

Tetapi kebanyakan mereka daripada golongan profesional terlalu sibuk untuk bersarapan dan hanya sempat menggantikannya dengan secawan kopi, dengan harapan ia cukup untuk bertahan sehingga waktu tengah hari.

Sunday, October 14, 2012

Saiz BUKAN Soal

Lelaki usah risau kerana rupa, bentuk dan saiz anggota kelamin pelbagai.

Sudah menjadi kelaziman golongan lelaki memberikan perhatian terhadap anggota kelamin mereka. Jika tinggal beramai-ramai seperti di asrama atau di rumah bujang, mereka saling membanding anggota kelamin sesama.

Seandainya mendapati anggota kelamin mereka agak luar biasa atau berbentuk ganjil atau mempunyai sebarang kekurangan, maka mereka akan jadi taksub atau obses serta mula mencari maklumat sehingga kadangkala berusaha secara diam-diam untuk memiliki anggota kelamin yang lebih meyakinkan.

Jadi, tidak hairan jika produk tiruan dalam bentuk pil dan kapsul serta minyak termasuklah alat penarik zakar atau pam vakum yang dijual di Internet, mendapat perhatian luar biasa. Ini sering terjadi, lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak yakin dengan anggota kelamin sendiri.

Pembaca Keluarga Avail mungkin antara golongan lelaki dalam kategori yang dinyatakan tadi. Jadi, sebelum lebih ramai merujuk kepada maklumat di Internet, lebih baik kita kongsikan dan tahu ilmu ini sedikit sebanyak membantu semua.

Tuesday, September 25, 2012

cara elak diserang sakit jantung

PENYAKIT jantung sememangnya dikenali sebagai salah satu punca kematian di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, penyakit ini dikenal pasti sebagai punca utama, selain mencatat jumlah kematian tinggi di Kanada.
Malaysia juga tidak terkecuali dan pengambilan makanan yang tidak seimbang disifatkan membuka langkah kepada ramai penduduk negara ini mengalaminya meskipun pada usia muda.


Sebelum menyenaraikan bahan makanan yang perlu dan tidak sepatutnya diambil dalam usaha memastikan diet seimbang, beri perhatian pada satu perkara pastikan jantung sihat dan jantung yang sihat tidak akan dapat berfungsi dengan baik jika sistem organ lain pula bermasalah.

Jantung yang baik dapat memastikan kesihatan tubuh dan minda andai keseluruhan sistem dalaman berfungsi dengan lancar. Sistem saraf, sistem pernafasan, sistem perkumuhan dan saluran darah adalah antara bahagian yang perlu sentiasa dititikberatkan kerana saling berkait rapat dengan keadaan jantung yang sihat.

Pengambilan sayuran yang banyak, selain makanan yang memiliki asid lemak omega-3 serta vitamin C kompleks dalam diet harian sudah memadai bagi mengelakkan diri terlantar di hospital.

Berikut beberapa sumber makanan lain yang baik untuk kesihatan jantung, yang bukan saja murah, tapi mudah didapati:

Monday, September 17, 2012

Sayur Buruk Tapi Sihat ?

Cantik Di mata, tapi mungkin undang risiko kesihatan

Suka atau tidak, sayur menjadi pilihan utama dalam menyediakan makanan seimbang. Khasiat sayur yang diuar-uarkan melalui pelbagai kempen dan pendidikan kesihatan sejak sekian lama, secara langsung meningkatkan permintaan pengguna di dalam mahupun luar negara.

Namun isu kini apakah sayur cukup selamat untuk dimakan ?
Berapa ramaikah pengguna yang sedar mengenai kualiti sayur yang ada di pasaran ?
Asalkan sahaja melihat keadaan fizikalnya elok, maka sayur itu difikirkan bagus untuk dimakan.
Sejauh manakah anda mengetahui penggunaan baja mahupun peracun serangga dalam proses menanam sayur-sayuran tersebut ?

Bagaimana pula soal halal haram bahan yang digunakan memberi kesan kepada pengguna khususnya Muslim?
Tidakkah ini mendatangkan keraguan dan was-was. bukan sahaja persoalan agama tetapi kesannya le atas kesihatan ?
Ringkasnya, apakah pilihan anda sebagai pengguna ?

Sunday, July 29, 2012

Tips kekal cantik bulan Ramadhan

MESKIPUN terpaksa menahan lapar dan dahaga pada siang hari sepanjang bulan Ramadan ini, ia bukanlah alasan untuk kamu mengabaikan penampilan diri.

Berikut beberapa tip menarik bagi mengelakkan wajah kusam dan tubuh badan kurang bermaya sewaktu berpuasa. -Keluarga Avail

1 Minum air secukupnya - Jus buah-buahan adalah pilihan yang tepat untuk berbuka puasa kerana kadar gula yang cukup untuk memberikan tenaga segera kepada tubuh. Namun, jangan lupa untuk minum banyak air putih ketika bersahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi.

2 Gizi seimbang - Jauhi makanan yang mengandung kadar gula tinggi pada saat sahur, kerana tubuh kamu akan cepat merasa lapar setelah makanan habis dicerna oleh tubuh.

3 Rawatan muka - Bagi mengelakkan muka kelihatan kusam, gunakan masker wajah untuk memberi vitamin pada kulit kamu. Jika kekurangan bajet, kamu boleh membuat masker sendiri dengan menggunakan putih telur.

4 Pelembap - Pada bulan puasa, tubuh akan kekurangan kandungan air sehingga menyebabkan kulit mudah kering. Oleh itu, gunakan pelembap wajah yang mempunyai kandungan air yang tinggi.

5 Pelembap bibir - Bibir kering, mengelupas dan pecah adalah masalah yang biasa berlaku pada bulan Ramadan. Jadi, pastikan kamu selalu membawa pelembap bibir ke mana-mana pun. Kamu juga boleh memilih pelembap yang berwarna bagi mengelakkan bibir kamu kelihatan pucat.

6 Losyen badan - Bukan sahaja wajah, kulit badan juga akan mengalami kekeringan akibat kekurangan air. Kamu boleh menggunakan losyen yang mengandungi minyak almond, zaitun atau shea butter untuk melembapkan seluruh badan.

7 Skrub - Jangan lupa skrub wajah dan badan pada bulan puasa ini kerana kulit kering akan menyebabkan lebih banyak sel kulit mati sehingga kulit kelihatan kusam.

Saranan Keluarga Avail : FC SANITARY / I-FOOD / WOMAN LOBATA

Tuesday, June 12, 2012

Nanas Punca Pendarahan?

Sangkaan berkaitan nanas menyebabkan pendarahan haid yang agak banyak adalah tidak tepat. Perkara ini mungkin berlaku secara kebetulan sahaja. Sebenarnya, nanas juga bukanlah penyebab pada keguguran, kalau janin dan ibu sihat.

Nanas atau nama saintifiknya Ananas comosus adalah sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan. Nanas tergolong dalam keluarga Bromeliaceae. Nanas sebenarnya bukan hanya buah yang sedap dimakan serta dijadikan jus minuman. Nanas juga kaya dengan kandungan mineral dan vitamin yang cukup tinggi. Ramai kalangan kita menggemarinya sebagai makanan pencuci mulut yang menyegarkan atau sayur sampingan (jelatah) selain dimakan dalam bentuk lain seperti jem nanas, halwa, jeruk dan biskut tat nanas. Bukan setakat itu saja, malah nanas juga mempunyai nilai perubatannya yang tersendiri.

Saturday, February 18, 2012

Cara Hindari Kencing Malam

KANAK-KANAK YANG SELALU KENCING MALAM


Kanak-kanak yang selalu kencing malam (Eneuretic Children) biasa menimbulkan perasaan runsing kepada ibu bapa jika keadaan ini berterusan pada umur lebih dari enam tahun. Keadaan ini lebih kerap dibawa ke perhatian doktor di negara -negara barat seperti Amerika Syarikat kalau dibandingkan dengan di negara ini.

Mengikut satu kajian yang dijalankan di United Kingdom seramai 70 peratus kanak -kanak didapati tidak lagi kencing malam dan pada umur 10 tahun hanya 5 peratus sahaja kanak -kanak yang masih terus berbuat begini.

Keupayaan menahan diri dari kencing malam sudah tentulah berbeza di antara kanak -kanak itu untuk menahan dari kencing malam dikaitkan dengan kematangan urat sarafnya. Pada usia 18 bulan hingga 30 bulan seseorang kanak -kanak itu akan mula dapat merasai pundi kencingnya penuh dan menyatakan keinginannya untuk membuang air. Dia juga boleh menahan diri dari membuang air . Kematangan urat saraf yang mengawasi fungsi pembuangan air mungkin lambat dicapai oleh setengah -setengah kanak -kanak. Ada ibu bapa yang melatih anak -anak mereka dari awal -awal lagi untuk membuang air dengan bersungguh -sungguh dan berasa gelisah apabila anak mereka lambat menguasai pembuangan air.

Tuesday, December 27, 2011

Penemuan Perubatan Terbaru 2011

10 Penemuan perubatan 2011

MAJALAH Time baru-baru ini menggariskan 10 penemuan perubatan sepanjang tahun 2011. Ia meliputi teknik, vaksin, rawatan, diet, penyakit dan risiko.

Teknik pengklonan untuk mencipta sel stem.
Sekumpulan penyelidik melaporkan mereka berjaya menggunakan teknik Pemindahan Sel Nuklear Somatik (SCNT) - teknik yang sama mencipta Dolly, kambing biri-biri yang merupakan mamalia pertama diklonkan - ke atas sel manusia.

Oktober lalu, saintis di Yayasan Sel Stem New York berjaya mengubah-suai teknik tersebut dengan menggabungkan DNA sel manusia dengan bahan genetik sel telur. Cubaan sebelum ini mengklonkan sel manusia menggunakan teknik SCNT gagal.

Penemuan tersebut memberi harapan dalam bidang perubatan kerana berkemungkinan dapat menghasilkan sel stem yang akan digunakan untuk merawat penyakit seperti kecederaan saraf tunjang dan Parkinson, satu hari nanti.

Vaksin Malaria yang pertama.
Vaksin malaria pertama yang telah diuji ke atas kanak-kanak di Afrika merendahkan risiko jangkitan malaria sehingga setengah, penemuan luar biasa memandangkan tiada vaksin menentang parasit manusia atau malaria yang menghidap berjuta-juta kanak-kanak setiap tahun sebelum ini.

Para saintis melaporkan vaksin eksperimen yang dikenali sebagai RTS itu efektif sehingga 56 peratus dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak berusia dari 5 hingga 17 bulan daripada terkena jangkitan malaria dalam tempoh setahun imunisasi itu.

Namun, tempoh percubaan vaksin eksperimen itu dijangka hanya akan berakhir pada tahun 2014 kerana saintis masih menjalankan pemerhatian terhadap 15,460 orang kanak-kanak tersebut bagi melihat berapa lama vaksin itu dapat bertahan.

Wednesday, July 27, 2011

Kebaikan Makan Pisang

PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.

Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.

Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.

Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.

“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.

“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.

“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.

Sunday, February 27, 2011

Nanas Atasi Sembelit

NANAS sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak menjadikan nanas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan segar, nanas juga dijadikan bahas masakan seperti pajeri, masak lemak dan gulai.

Antara manfaat nanas adalah:

Monday, February 7, 2011

Labu Kaya Khasiat

Buah ini adalah antara watak yang turut tersenarai dalam kisah dongeng kanak-kanak Cinderella. Ditukar oleh tukang sihir menjadi kereta kuda, buah labu ternyata sudah dikenali kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak lagi.

Jika tidak kerana kisah Cinderella, mungkin juga anda mengenali buah labu sebagai hiasan ketika orang Amerika Syarikat (AS) menyambut Helloween. Atau mungkin juga sebagai buah yang bijinya (kuaci) cukup popular dan enak dikudap ketika menonton wayang kuaci.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang