klik atas nuffnang

Thursday, September 29, 2011

HIV berjangkit melalui makanan yang dikunyah

KAJIAN terbaru dari Afrika Selatan mendapati, lebih daripada dua pertiga ibu dan penjaga positif HIV yang memberikan makanan yang mereka kunyah kepada bayi masing-masing, berkemungkinan meletakkan bayi mereka berisiko tinggi mendapat jangkitan virus berbahaya itu.

Walaupun melalui kajian tersebut penyelidik tidak bertanyakan soalan kepada penjaga berkenaan sama ada mereka mempunyai virus HIV atau tidak semasa perbincangan mengenai pemberian makanan kepada bayi diadakan, tetapi setengah daripada mereka ditemu ramah di klinik HIV.

Kebanyakan penjaga yang mengunyah makanan juga didapati mengalami penyakit mulut seperti gusi berdarah dan bengkak mulut tetapi masih lagi memberikan makanan yang dikunyah mereka kepada bayi.

Hal ini secara tidak langsung menyebarkan penyakit tersebut kepada bayi yang dijaga sekiranya mulut bayi tersebut luka.

Kajian terkini yang dilakukan oleh Dr. Aditya Gaur, di Hospital Kanak-Kanak St. Jude di Memphis, Amerika Syarikat juga mendapati amalan kunyahan makanan telah menular di kalangan masyarakat setempat.

Cara untuk Kurus

Pil kurus bukan penyelesaian

Soalan: Saya mempunyai masalah berat badan. Seorang rakan menyarankan saya mengambil pil kurus. Apakah kesannya kepada kesihatan saya? Bagaimana saya mahu menguruskan badan tanpa kesan sampingan?
* Suzi, Kuala Lumpur.

Jawapan:
Masalah berat badan merupakan isu utama di kalangan wanita tak kira peringkat usia, bangsa dan adat budaya. Ia sentiasa menghantui pemikiran. Kadang-kadang wanita kita yang mempunyai masalah ini digelar '3G' - gebu, gempal dan gemuk. Ada yang bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita.

Para isteri sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsing badan. Kegemukan atau obesiti juga boleh mengakibatkan masalah kesihatan lain seperti meningkatnya risiko kanser payu dara, kanser usus (kolorektal), kanser rahim (uterus/ peranakan), penyakit buah pinggang, ketidakseimbangan hormon dalam badan, penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan juga strok (angin ahmar).

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan. Tapi untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen yang amat tinggi untuk merealisasikannya.

Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh.

Bersungguh-sungguh
Kalau anda bersungguh-sungguh mahu kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi dengan menggabungkan dua aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ia pasti berbaloi. Terdapat beberapa panduan ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu dengan menetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5 kilogram hingga satu kilogram dalam seminggu.

Biasanya 0.5 kilogram adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1 kilogram pun dah bagus untuk peringkat permulaan.

Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor.

Rendah kalori
Anda juga disaran mengambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk mengurangkan berat badan. Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Anda juga hendaklah mengelak dari memakan makanan ringan di antara waktu makan dan memperbanyakkan meminum air mineral atau air kosong sahaja.

Anda juga hendaklah menetapkan waktu makan anda setiap hari. Sebagai contoh mengambil sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi, makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi), makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang), minum petang (3.30 - 4.00 petang) dan makan malam (6.30 petang - 7.30 malam). Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda. Cuba amalkan untuk menjamah makanan di ruang makan dan bukanlah di depan televisyen. Biasakan diri untuk menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh, lakukan aktiviti senaman atau aerobik tiga hingga lima kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur, tidurlah dalam enam hingga lapan jam sehari. Saya mengharap agar Suzi dapat mencuba panduan kuruskan badan yang telah diberikan. Insya-Allah, anda akan kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal. Selamat mencuba.

Wednesday, September 28, 2011

Pengurusan ekzema atopik

Ekzema merupakan penyakit kulit yang kerap dialami di seluruh dunia dengan 10 hingga 20 peratus terdiri daripada kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus merupakan golongan dewasa. Ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.

Penyakit kulit ini merupakan jenis ekzema yang paling banyak berlaku tetapi puncanya masih samar. Faktor genetik dan persekitaran dikatakan memainkan peranan dalam berlakunya masalah kulit.

Ia boleh menjangkiti sesiapa saja, namun lebih kerap berlaku pada kanak-kanak.

Penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya satu proses berterusan sehingga mereka dewasa.

Bukan setakat rasa gatal, merah dan ruam, penyakit ini juga boleh memberi tekanan emosional dan kesan kewangan bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya penjaga.

Tuesday, September 27, 2011

Testimoni i-food

Yong Su Chin, 47 Tahun, Johor Bharu ( Jeragat dan Penyakit Hati )

Sebelum
- Jeragat muka sangat tebal
- Penyakit Hati
Selepas 3 Bulan mengambil i-Food
- Jeragat muka sudah pudar dan menghilang!
- Paras enzim hati telah menurun!
Selepas 4 Bulan
- Paras enzim hati telah kembali normal!
- Saya telah bebas daripada penyakit hati! 



Yoong Mei Ling, 36 Tahun, Johor Bharu
Sebelum
- Badan gempal
- Kulit kering
- Muka Kusam
- Mudah Letih
Selepas
- Badan Langsing
- Kulit Putih Berseri
- Bersemangat
- Penuh berkeyakinan

Lim Lian Moi, 50 Tahun, Johor Bharu
Sebelum
- Badan gempal
- Kulit kasar
- Kurang bersemangat
- Mudah letih
Selepas
- Badan langsing
- Kulit licin dan lembab
- Bersemangat
- Berstamina

Abdul Rahman Bin Abdul Manaf, 47 Tahun, Selangor 
( Penyakit Kencing Manis )
Saya menghidapi penyakit kencing manis. Oleh kerana tahap gula darah terlalu tinggi, luka kaki saya tidak boleh sembuh. Selepas 2 bulan meminum i-Food, luka kaki saya sembuh dengan pantas. Berat badan saya juga menurun dari 102 kg ke 90 kg.
Lim Hooi Han, 31 Tahun, Pulau Pinang ( Mudah Letih )
Oleh sebab kurang bersenam, berat badan saya menaik secara mendadak. Saya selalu berasa penat dan letih. Selepas mengambil i-Food , saya berasa semakin cergas, berat badan semakin menurun dan rambut saya menjadi lebih lembut dan bersinar. Kini, saya berasa ringan, bersemangat dan penuh berkeyakinan!
Maschitah Ahmad, 35 Tahun, Kedah ( Penyakit Gastrik )
Tabiat pemakanan yang tidak teratur menyebabkan saya diserangi penyakit gastrik. Saya pernah pengsan jika diserangi gastrik serius. Selepas 2 minggu mengambil i-Food, masalah asid perut berlebihan, sakit gastrik dan sakit kepala semakin berkurangan. Yang paling menggembirakan saya ialah badan kelihatan semakin langsing dan kulit kelihatan sihat dan berseri!


Siti Aishah Binti Ibrahim,45 Tahun, Pulau Pinang ( Alahan Hidung )
Saya menghidapi alahan hidung yang serius. Selepas meminum i-Food, masalah ini telah berkurangan. Pada masa yang sama, masalah sakit telinga dan berdengung turut hilang. Saya sentiasa bersemangat dan penuh tenaga. Berat badan saya juga dikawal dengan baik.
Siti Hajar Binti Ahmad, 26 Tahun, Pulau Pinang ( Berat Badan Berlebihan )
Berat badan saya mencecah 70 kg selepas saya melahirkan anak yang pertama. Saya memilih i-Food kerana mendapati bahawa ia dapat mengatasi kelaparan. Dengan mengikut cara pengambilan yang dinasihatkan serta mendisplinkan pemakanan sendiri, berat badan saya telah diturunkan sebanyak 4 kg dalam masa sebulan sahaja. Selepas 5 bulan, saya telah berjaya memiliki berat badan idaman saya iaitu 56 kg.

Suriya Binti Long, 46 Tahun, Perlis ( Sembelit, Luka Sembuh )
Saya menghidapi penyakit kencing manis pada 15 tahun yang lalu. Akhirnya 4 jari kaki perlu dipotong akibat gangren. Selepas meminum i-Food, luka kaki sembuh dengan pastas. Selain daripada itu, masalah sembelit telah pun diatasi dalam masa seminggu sahaja.

Tan Kian Lih, 34 Tahun, Pulau Pinang ( Toksin dan Berat Badan Berlebihan )
Saya menghadapi masalah paras toksik tinggi dalam badan dan berat badan berlebihan (75kg). Selepas mengambil 2 botol i-Food, berat badan saya telah menurun sebanyak 5 kg. Kini, saya penuh bersemangat dan bertenaga!
Zawiyah Hj Mohd Amin, 45 Tahun, Kuala Lumpur ( Kulit Kering dan Kusam)
Selepas mengambil i-Food, kulit saya menjadi halus, lembab dan cerah. Berat badan saya sentiasa dikawal dalam tahap yang sihat. Selain daripada itu, stamina dan daya tahan saya turut dipertingkatkan. Sekarang, saya boleh berenang beberapa pusingan sekali gus!



Sunday, September 25, 2011

Ambil berat haid tidak teratur

RAMAI wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.
Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.
“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

Sendawa, sakit perut tanpa sebab

Fakta memang tidak berbohong: penyakit sistem penghadaman semakin meningkat saban hari dan kini menjadi 10 punca kematian paling tinggi di Malaysia. Ketahui lebih lanjut dari para pakar sistem penghadaman tentang bagaimana risiko dapat dikurangkan dan cara pengurusan kepada masalah penghadaman anda.
 
Kandungan artikel ini adalah sebagai panduan atau rujukan sahaja, dan tidak bertujuan menggantikan nasihat perubatan daripada doktor.

Saturday, September 24, 2011

Kanser MASIH boleh dirawat

TATKALA Pakar Bedah Kanser Kepala dan Leher dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Mohd. Razif Mohamad Yunus menunjukkan gambar-gambar pesakit dibedah akibat menghidap kanser jenis itu, terbit satu perasaan yang sukar diungkapkan di dada penulis.

Rasa gerun, takut dan seriau menyelubungi diri. Tidak dapat diungkapkan bagaimana keadaan pesakit yang menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di bahagian tersebut.

Penulis percaya, bila disebut tentang kanser, bagi kebanyakan daripada kita hanya memikirkan soal mati. Apatah lagi bila ia membabitkan bahagian kepala.

"Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa pesakit kanser di bahagian kepala dan leher mampu diselamatkan andainya mereka bertindak dari peringkat awal. Walaupun bukan 100 peratus pulih seperti asal, namun sekurang-kurangnya kita mampu menyelamatkan atau memanjangkan hayat mereka dengan hidup yang lebih berkualiti," kata beliau.

Friday, September 23, 2011

Bahaya Dioxin Pada Pembalut Wanita Biasa

Pembalut wanita merupakan benda yang sangat vital/penting bagi kaum hawa bahkan sudah menjadi kemestian asas ketika seorang wanita sedang menstruasi / haid. Tanpa disedari, ternyata ianya menjadi salah satu penyebab penyakit kewanitaan dengan ditemukan zat DIOXIN pada benda sahabat wanita itu. Menurut Badan Kesehatan Dunia WHO bahwa zat DIOXIN dapat menyebabkan kanser.

Apa itu Dioxin ? DIOXIN adalah sebuah hasil sampingan dari proses bleaching (pemutihan) yang digunakan pada fabrik kertas, termasuk fabrik pembalut wanita, tissue, sanitary pad dan diaper.

Bagaimana Zat Dioxin tersebut boleh meresap ke dalam rahim ?
Bila darah haid jatuh ke permukaan pembalut, maka zat dioxin akan dilepaskan melalui proses penguapan. Pertama akan mengenai permukaan vagina, kemudian diserap ke dalam rahim melalui saluran Serviks, lalu masuk ke uterus, melalui tiub fallopi dan berakhir di ovarium.

Selama masa menstruasi, kulit kita yang sensitif itu tiada daya ketahanan. Penelitian menunjukkan bahawa 73% perempuan merasa gatal-gatal dan pedih di area kulit vital selama masa menstruasi. Seringkali hal tersebut disebabkan oleh pembalut yang tidak berpori dan berkualit rendah.

Oleh kerana itu, demi menjaga kesihatan selama masa menstruasi / haid sangat penting bagi kita untuk memilih pembalut yang tepat.

Bertukarlah kepada Pad Herba Bio Sanitary Pad Avail yang mempunyai ciri-ciri Selamat untuk Kesihatan Anda.

Alahan jerebu pada kanak-kanak

Apabila dikaitkan dengan pencemaran udara dan jerebu, dua masalah kesihatan iaitu pernafasan dan alahan kulit memang sukar dielak.

Bagi orang dewasa yang mempunyai daya ketahanan badan atau imuniti lebih tinggi, sistem mekanisme badannya mungkin boleh menangkis penyakit bawaan jerebu itu. Namun tidak bagi kanak-kanak.
Sebab itu bukan sesuatu yang menghairankan jika klinik, hospital kerajaan dan swasta menerima banyak kes di kalangan kanak-kanak berkaitan dua masalah tersebut.

Pakar kanak-kanak dari Pusat Perubatan Taman Desa, Dr. Eric Lee Kim Hor berkata, memang banyak kes berkaitan masalah alahan dan pernafasan dilaporkan di kalangan kanak-kanak yang dimasukan ke wad kecemasan akibat pernafasan dan batuk setiap kali berlakunya jerebu.

Malah ketika negara dilanda jerebu paling teruk sekitar tahun 1997 dulu jumlah kes berkaitan alahan pernafasan dan kulit telah meningkat lebih kurang 20 peratus.

Sunday, September 18, 2011

Senaman otot ceriakan ekspresi

HANISAH kurang senang dengan kehadiran kedut pada keningnya. Kedutan itu meskipun tampak kecil namun tetap mengganggu penampilan wajahnya.

Semasa hari raya yang lalu, Hanisah ditanya kakaknya di kampung mengapa dia tampak begitu tertekan. Kakaknya menyangka Hanisah dilanda stres. Ini kerana wajahnya yang bergaris di antara dua kening menunjukkan mimik wajah seorang yang dalam kebimbangan atau dilanda stres.

Apabila Hanisah memerhatikan wajahnya cermin barulah dia ternampak garis halus yang mengganggu penampilannya daripada ceria berubah menjadi duka pula.

Pada wajah kita terdapat beberapa otot yang dinamakan otot ekspresi wajah. Otot-otot ini memainkan peranan dalam memberi ekspresi wajah kita. Apabila kita gembira, otot-otot ini bergerak menzahirkan kegembiraan pada muka kita. Begitu juga apabila kita marah. Otot-otot ini bergerak dan memberikan ekspresi marah pula.

Friday, September 16, 2011

Amblyopia kanak-kanak

MASALAH mata bukan sahaja menyerang orang dewasa, malah bayi yang baru dilahirkan tidak terkecuali mengalaminya.

Perunding Optalmologi dari Pusat Pakar Mata Optimax Sdn. Bhd., Dr. Suraiya Mohamad Shafie berkata, antara masalah biasa yang sering berlaku adalah amblyopia atau disebut mata malas.

Amblyopia atau mata malas merupakan keadaan kurang tahap penglihatan satu-satu mata akibat mata tersebut kurang digunakan sejak kecil lagi. Ia berpunca dari gangguan pada perkembangan sistem penglihatan semasa kecil.

"Antara punca biasa adalah rabun mata (seperti rabun jauh, rabun dekat atau astigmatisma) yang tidak diperbetulkan terutama rabun mata berkuasa tinggi atau perbezaan besar kuasa rabun mata di antara kedua-dua belah mata ," katanya.

Keadaan itu katanya berlaku pada satu atau kedua-dua belah mata sekali gus. Jika berlaku pada sebelah, otak akan berhenti membaca bayangan daripada mata yang mengalami masalah. Lantaran itu, lama-kelamaan mata tersebut tidak mengalami stimulasi berterusan menyebabkan ia terus menjadi malas.

Thursday, September 15, 2011

Pulih sehari selepas pembedahan

Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak kelahiran Perak ini selepas penderitaan sakit belakang yang dialaminya sejak sembilan tahun lalu sembuh sepenuhnya.

Mazlina Mohd Nizam, 39, kerap sakit di bahagian belakangnya yang menyukarkan dia membuat kerja harian.
Pada awalnya dia menyangka itu hanya simptom kepenatan kerana dia selalu mengangkat barang berat dan kesan sering terjatuh. Disebabkan penyakit ini, dia selalu menghadapi masalah sukar tidur dan tidak boleh duduk. Pada suatu hari dia berasa sangat sakit di bahagian belakang (sebelah kiri) hingga menyebabkan dia tidak boleh berjalan.

Atas nasihat doktor Pakar Perubatan Ortopedik dan Bedah Pusat Pakar Perubatan Sri Kota (SKSMC), Klang, Selangor Dr. Appasamy Velu, Mazlina kemudiannya melakukan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) dan Dr. Appasamy mendapati tulang belakang Mazlina rosak.

Dr. Appasamy menyarankan Mazlina menjalani pembedahan dengan mengambil tulang pinggul.

Dikurniakan dua orang anak, sakit belakang Mazlina datang kembali tetapi tidak kronik seperti dahulu.
Akhirnya pada Jun 2010, Dr. Appasamy memberitahu Mazlina berita yang menggembirakan dirinya.

Dengan adanya pembedahan terkini iaitu pembedahan Minimally Invasive Spine Surgery (MISS) yang dikenali eXtreme Lateral Interbody Fusion (XLIF), sakit belakang Mazlina mungkin akan pulih sepenuhnya.

Sunday, September 11, 2011

Saringan kesihatan elak penyakit kronik

SARINGAN kesihatan adalah kaedah perubatan pencegahan terkini yang menjadi perhatian kebanyakan masyarakat global.

Ia bertujuan untuk mengesan penyakit lebih awal dan mendapatkan rawatan yang sesuai di peringkat awal sebelum ia menjadi kronik.

Sekarang ini, masyarakat bukan lagi menunggu datangnya penyakit untuk mencari rawatan. Malah sebelum timbulnya simptom saringan kesihatan mampu memberi maklumat sebelum terbentuknya penyakit tersebut.

Oleh itu, saringan kesihatan amat penting kerana lebih awal kita mendapat diagnosis yang tepat, maka lebih berjaya untuk menangani sesuatu penyakit itu sebaik mungkin.

Sebagai contoh, serangan jantung merupakan penyakit yang makin menular dalam masyarakat.

Friday, September 9, 2011

Pesakit diabetes kekang keinginan

SEKALIPUN hidangan makanan melimpah-ruah ketika menyambut Syawal tetapi itu sebenarnya bukannya untuk pesakit diabetes.

Pesakit diabetes mungkin rasa perit kerana sekadar melihat sahaja dan terpaksa mengekang keinginan demi mengekalkan paras gula dalam badan.

Setelah menunjukkan prestasi baik sepanjang berpuasa di bulan Ramadan, sudah tentu ia perlu diteruskan.

''Hendak makan boleh tetapi jamah sedikit sahaja supaya tidak terkilan untuk merasa makanan yang dihidangkan tetapi bukan dimakan sehingga kenyang,'' kata Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Pusrawi Sdn. Bhd, Dr. Zainordin Md. Noor.

Thursday, September 1, 2011

Rahsia : 25 Cara Kenali / Tanda - tanda Sakit


Rahsia : 25 Tanda-tanda Sakit

Artikel ini sangat bagus untuk rujukan kita semua. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain.
Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
  • 1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)
  1. Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan Kita sedang dalam proses pembuangan toksin. Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  2. Keluar tahi Mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  3. Keluar air Mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  4. Ketegangan Mata Dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
  • 2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
  1. Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  2. Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  3. Bersin ;
A. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
B. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • 3. BATUK
  1. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  2. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa Hari memakan RG..
  3. Batuk Dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong Dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
  • 4. KERONGKONG
  1. Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan Kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  2. Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
  • 5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
    1. Bibir pucat A. Sistem penghadaman yang lemah.
B. Perut mengandungi angin.
C. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna Dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
       2. Bibir kering Dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
  • 6. MULUT DAN LIDAH  (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
  1. Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  2. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  3. Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
  • 7. TELINGA  (Berkaitan dengan buah pinggang)
  1. Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  2. Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi Dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
  • 8. KULIT BERPELUH :
A) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
B) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
  • 9. RUAM DAN BISUL 
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
  • 10. KULIT GATAL DENGAN RUAM
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
  • 11. KULIT PECAH DAN BERAIR 
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
  • 12. RAMBUT GUGUR 
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan  umbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
  • 13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
A. Sakit Sendi
  1. Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan Dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  2. Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
  3. Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
B) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
C) Kebas Tangan Kiri Dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
D) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
E) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.
F) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
G) Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
H) Gatal Celah-celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
  • 14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
I) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit
migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
  • 15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
A. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
B. MUNTAH DARAH
  1.  Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
  2.  Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
  • 16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
  • 17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari  kerongkong akibat jangkitan kuman
  • 18. KENCING
A) KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
B) AIR KENCING BERKAPUR :  Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
C) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
berlemak.
D) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan
toksin sedang berlaku.
E) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
  • 19. BUANG AIR BESAR
A) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari
usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan
penyakit barah di bahagian usus besar.
B) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
C) NAJIS BERDARAH
  1. Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  2. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
D) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian
usus sedang berlaku.
  • 20. BADAN
A) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan?saluran darah.
  1. Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
  2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
  3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
  4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
B) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : Badan mengandungi asid yang
berlebihan.
C) BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini
menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan
toksin.
D) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang
berlaku.
  • 21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
  • 22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
  • 23. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.
  • 24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
  1. Sistem jantung yang lemah.
  2. Sistem saraf otak yang lemah.
  3. Masalah pengaliran darah.
  • 25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang