10 Penemuan perubatan 2011
MAJALAH Time baru-baru ini menggariskan 10 penemuan perubatan sepanjang tahun 2011. Ia meliputi teknik, vaksin, rawatan, diet, penyakit dan risiko.Teknik pengklonan untuk mencipta sel stem.

Oktober lalu, saintis di Yayasan Sel Stem New York berjaya mengubah-suai teknik tersebut dengan menggabungkan DNA sel manusia dengan bahan genetik sel telur. Cubaan sebelum ini mengklonkan sel manusia menggunakan teknik SCNT gagal.
Penemuan tersebut memberi harapan dalam bidang perubatan kerana berkemungkinan dapat menghasilkan sel stem yang akan digunakan untuk merawat penyakit seperti kecederaan saraf tunjang dan Parkinson, satu hari nanti.
Vaksin Malaria yang pertama.

Para saintis melaporkan vaksin eksperimen yang dikenali sebagai RTS itu efektif sehingga 56 peratus dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak berusia dari 5 hingga 17 bulan daripada terkena jangkitan malaria dalam tempoh setahun imunisasi itu.
Namun, tempoh percubaan vaksin eksperimen itu dijangka hanya akan berakhir pada tahun 2014 kerana saintis masih menjalankan pemerhatian terhadap 15,460 orang kanak-kanak tersebut bagi melihat berapa lama vaksin itu dapat bertahan.