SAYA lelaki berumur 18 tahun. Sejak akhir-akhir ini, saya berasa
sakit di pinggang dan ia terasa sangat pedih. Tiga bulan lalu, saya
membuat pemeriksaan di hospital kerana sukar membuang air kecil.
Keputusannya, saya tidak mengalami apa-apa penyakit serius dan ia hanya disebabkan masalah air kencing kotor.
Sejak itu, saya mula bimbang kerana air kencing berwarna kuning dan
kuantitinya tidak seimbang (terlalu sedikit dan terlalu banyak).
Saya juga kerap membuang air kecil dan perut menjadi keras. Apakah masalah sebenarnya yang saya hadapi?
AZROY
Muar, Johor
Anda mengalami simptom sakit bahagian belakang berdekatan kawasan
buah pinggang, kencing berwarna kuning dan kandungannya tidak menentu.
Begitupun, anda sudah merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan.
Kemungkinan doktor lakukan ujian kencing dan mendapati air kencing
anda ‘kotor’, istilah am digunakan doktor untuk menjelaskan mengenai air
kencing mengandungi kristal, sel dan kuman.
Doktor juga menjalankan ujian imbasan atau ‘scanning’ terhadap
pundi kencing dan kawasan buah pinggang dan mungkin tidak nampak apa-apa yang luar biasa seperti batu karang.
Bagi saya, masalah anda kerana kencing kotor dan kini doktor anda memberi ubat sewajar untuk anda makan.
Secara amnya, doktor terbabit sudah mengendalikan masalah ‘kencing
kotor’ anda. Kini, anda perlu makan ubat sehingga habis dan ikuti
nasihat doktor.
Anda juga perlu minum air dengan secukupnya. Bagaimanapun, jangan
risau jika simptom lain muncul, sebaliknya segera berjumpa doktor bagi
mendapatkan kepastian dan rawatan mengenai penyakit terbabit.
Kencing kotor tidak berbahaya tetapi harus dirawat. Paling
penting, jangan mendiamkan diri dan berusaha seterusnya sehingga
penyakit anda terubat.
Doktor Sakit Tuan
Dr. Ismail Thamby jawab on hMetro.
Saranan
Keluarga Avail :
I-FOOD / LISSELIFE / PRO-POLIS