klik atas nuffnang

Saturday, June 1, 2013

Petua Hilangkan Senggugut

Petua kurangkan senggugut

Petua 1


Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinang bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

Selamat Mencuba!!!!!! Petua Tok Moyang kita YA

OPPPSS! Amalan Moden Masa Kini Jangan Diabaikan

Petua 6

Gunakanlah FC BIO SANITARY PAD AVAIL berherba+kapas
Keluarga Avail anda pasti rasa kelainannya 100%

InsyaAllah... Semoga kesihatan bersama anda ... amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang