Sejarah tuala wanita pakai buang untuk renungan bersama para blogger KeluagaAvail.
Dulu masa zaman nenek moyang kita, istilah tuala wanita ni memang tak pernah
ada pun. Kalau datang bulan, guna cara tradisional jer samada pakai kain batik
yang dipotong kecik-kecik atau yang lebih advance skit guna tuala good morning.
Tapi bila zaman dah berubah, istilah tuala wanita menjadi pilihan wanita zaman
sekarang.
Cerita 1 : Saya masih teringat lagi sewaktu kecil. Kakak saya mintak tolong
belikan SANITA kat kedai. Saya tanya dulu kakak, “SANITA tu apa?”. Kakak kata
“Pak Kanu kat kedai tu mesti tau punyer. Suruh dia bungkus dengan kertas surat
khabar tau”. Saya pun tak banyak tanya, ikut sahaja apa yang kakak suruh. bila
tiba di kedai baru la saya tahu SANITA tu apa, rupanya tuala wanita. Harga cuma
RM10 tapi masa tu kotaknya besar berbanding sekarang ni.
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa tentang kandungan sebenar yang
terdapat di dalam sanitary pad ini. Memang la, bukan kerja kita untuk kaji
lebih mendalam pun bagaimana pembuatan tuala wanita pakai buang ni. Kita hanya
pengguna yang mendapat servis sahaja. Jadi keluargaavail akan berkongsi dengan
anda tentang tuala wanita yang dijual dipasaran sekarang.
Sebenarnya, tuala wanita yang terdapat di pasaran bukanlah 100% kapas.
Sebenarnya ia dihasilkan dari serbuk kayu pulpa yang dilunturkan menggunakan
beberapa jenis bahan kimia sehingga bertukar menjadi warna putih. Nak tukar
dari warna asal kepada warna putih, suci dan bersih adalah menggunakan agen
peluntur yang kuat termasuklah yang dipanggil Klorin. Jadi belum tentu kesemua
bahan kimia yang digunakan dalam proses pelunturan tadi hilang. Berkemungkinan
besar masih ada yang tertinggal pada serbuk kayu tadi sebelum digembur untuk
menaikkan rasa gebu yang mana seakan sama fungsinya seperti kapas. Apabila
kesemua proses telah selesai, syarikat-syarikat tuala wanita akan mengambil
bekalan tersebut untuk dipatenkan sehingga menjadi tuala wanita yang ada
sekarang. Kalau di dalam televisyen, di dalam iklan tuala wanita yang
menceritakan tentang design terbaru, bentuk yang fleksibel dengan aliran udara
dan bermacam-macam lagi. Sama juga dengan lampin bayi pakai buang yang dijual
di pasaran serta lampin orang tua. Konsep dan cara pembuatan adalah lebih
kurang sama.
Nak yang 100% kapas bolehlah mencuba alternative kepada
PAD AVAIL.
Zaman sekarang ni, kaum wanita dah mula menggunakan tuala wanita seawal umur
10 tahun. Jadi, tidak hairan kalau seawal usia begini, kaum hawa dah mula
terdedah kepada risiko jangkitan penyakit atau kuman tanpa disedari.
Bahan-bahan yang ditinggalkan di dalam tuala wanita tadi akan menyerap masuk
melalui kemaluan wanita (faraj) terus ke saluran peranakan. Jadi tidak hairan
la kalau seawal usia 30′an, wanita telah mula dijangkitan penyakit seperti
kanser rahim, kanser serviks, barah payu dara dan bermacam penyakit lagi.
Antara faktor penyebab adalah penggunaan tuala wanita. Kesan sampingan yang
ditunjukkan bukan dalam masa 2 atau 3 hari tetapi memakan masa bertahun lamanya
nampak kesan sampingan.
Sebagai pengguna yang mementingkan kesihatan, pemilihan produk yang
berkualiti amat dititikberatkan agar memperolehi kesejahteraan hidup yang
berpanjangan.
KeluargaAvail tidak memaksudkan yang tuala wanita yang
terdapat di pasaran adalah tidak bagus untuk digunakan. Apa yang cuba diterangkan
di sini adalah, kita memerlukan produk yang boleh
“recover” semula
kesan penggunaan tuala wanita biasa ni. Penyakit datang dalam hidup kita
melalui pelbagai cara tanpa disedari. Kalau hari-hari kita gunakan produk kitar
semula, potensi untuk berpenyakit adalah tinggi.
Sekian untuk renungan bersama.. ( Available for share )