klik atas nuffnang

Sunday, July 3, 2011

B17 Apricot bantu terapi kanser

Kanser adalah antara penyebab utama kematian di seluruh dunia dengan 7.6 juta kematian pada tahun 2008.

Menurut kajian pakar-pakar pemakanan di seluruh dunia, faktor pemakanan merupakan salah satu punca utama terjadinya kanser.

Ini kerana di zaman yang serba moden dan canggih ini, setiap hari kita tidak terlepas dari pengambilan makanan yang merupakan agen kepada kanser. Realiti kehidupan pada masa kini adalah hampir 90 peratus makanan kita bersifat asid dan mempunyai kandungan aditif yang tinggi seperti pewarna dan perasa tiruan, pemanis buatan, pengawet dan pelbagai lagi campuran bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan dan boleh menyebabkan kanser.

Akibatnya diet pemakanan harian kita terdedah kepada keadaan tubuh berasid seterusnya sistem antibodi dan imunisasi badan menjadi lemah di mana keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain yang boleh membawa maut dan membunuh manusia secara perlahan.

Sebuah syarikat menampilkan produknya yang dikenali sebagai Apricon Farmas Health, sebagai langkah alternatif bagi membantu membekalkan nutrisi vitamin B17 yang amat diperlukan dalam tubuh badan manusia untuk meningkatkan sistem ketahanan dan imunisasi tubuh badan serta ianya produk yang dapat membantu mencegah, merawat dan memulihkan masalah kronik seperti penyakit kanser secara semulajadi di negara ini.


"Produk ini mengandungi 100 peratus biji apricot yang kaya dengan vitamin B17 (Laetrile)

"Produk ini bertindak sebagai agen kimoterapi semulajadi dan sebagai makanan tambahan yang dapat membantu mencegah serta merawat kanser dan mengubati penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, gout, parkinson dan sebagainya," katanya.

Apricon Farmas Health juga membantu mengurangkan keasidan dan toksin di dalam darah seterusnya membantu meningkatkan keseimbangan pH di dalam tubuh serta membantu memperlahankan penyebaran kanser.

Apricon Farmas Health adalah produk pertama dihasilkan di Malaysia yang berunsurkan vitamin B17.

"Produk ini mengandungi kapsul biji apricot diproses dengan kawalan piawaian farmaseutikal yang tinggi di mana pemprosesannya di jamin bersih dan selamat serta bebas daripada sebarang campuran kimia bagi mengekalkan kandungan vitaminnya.

Sementara itu penaung produk ini, Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui kajian beliau mendapati kapsul biji aprikot yang mengandungi vitamin B17 membantu membunuh sel-sel kanser dalam terapi metabolik, apabila vitamin B17 bertemu sel-sel kanser, enzim Beta-Glucosidase yang hanya terdapat pada sel-sel kanser.

Katanya, ia akan menguraikan elemen-elemen yang terdapat dalam vitamin tersebut justeru, vitamin yang terurai itu akan bertindak membunuh sel-sel kanser.

"Oleh itu, vitamin B17 yang berlebihan juga akan ditukar kepada elemen-elemen yang positif oleh enzim Rhodanese yang terdapat dalam badan untuk kesihatan sel-sel badan" ujarnya.


Katanya, vitamin B17 apsrikot bukan sahaja diperkatakan di Malaysia malah keberkesanannya membantu melawan kanser turut diperakui di seluruh dunia berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan.

"Produk kami juga membantu memulihkan keseimbangan diet, sistem metabolik dalam badan, sistem imunisasi dan sebagainya.

"Ia berasaskan rawatan dari sumber semulajadi yang mampu meneutralkan diet dan memperbaiki cara pengambilan makanan anda," katanya.

Bagi mereka yang telah menggunakan produk Apricon ia ternyata memberikan kesan memuaskan.

Khairun Nisa, 36, yang merupakan pesakit kanser payudara telah mengambil aprikot sebagai alternatif bagi membantu rawatan penyakit yang dihidapinya. Ternyata ia memberikan perubahan positif.

Katanya, selepas beberapa bulan mengamalkan pemakanan aprikot yang kaya dengan vitamin B17, benjolan pada payudaranya makin menyusut dan menghilang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh