klik atas nuffnang

Wednesday, November 9, 2011

tip - tips menghilangkan jerawat

Tips Berkesan Hilangkan Jerawat Di Muka

Tak perlu banyak tips yang perlu amalkan , tiga sahaja. Dengan tips ni korang dapat berjimat lagi, bukan kena keluarkan duit beli ubat ke apa. Nak amalkannya pun tak susah, cuma perlukan sedikit ketabahan. Pot pet pot pet…bila nak bagi tips ni? Haha. Ok ok. Malas cakap banyak, tips-tipsnya adalah seperti berikut:


Amalkan Puasa Sunat Isnin & Khamis

Kata orang dengan puasa ni otak lebih cergas. Ada jugak yang kata khafiat berpuasa ni boleh sembuhkan beberapa jenis penyakit. Jerawat ni mungkin salah satunya kot. Selain dapat pahala, dapat licinkan kulit muka.

Disarankan sangat puasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Banyak kelebihan sebenarnya puasa ni. Eloklah biasakan diri pelan-pelan sebelum berpuasa 30 hari penuh

 

Kurangkan Makan Makanan Berminyak

Ini rasanya semua orang tau. Makanan berminyak sinonim dengan pertumbuhan jerawat. Jadi nak elakkannya, makan kicap hari-hari haha. Takdelah sampai camtu. Kalau kuah kari tu kurangkanlah makan. Nak ulas panjang pasal ni pun tak berapa reti sangat. Jadi pandai-pandai koranglah ye.

 

Jangan Garu Muka

Jangan sekali-kali garu muka walaupun gatal. Jari adalah anggota yang paling mudah terdedah dengan kuman. Jadi basuh muka dengan air suam dan bilas supaya kulit muka bersih daripada sebarang jangkitan kuman. Kalau gatal sangat pun garu dengan belakang kuku je.

Hasilnya, muka jadi licin dan bersih eheh. Hanya sekadar ingin berkongsi amalan dalam penjagaan muka. Suka dimaklumkan, dengan tips-tips ni saja dapat hilangkan jerawat kat muka dalam tempoh cuma sebulan saja. Jerawat ni sebenarnya senang je nak hilang kalau kita tak ‘usik’ dia dengan jari-jari kita yang mungkin kotor. Jadi tak mustahil kalau beramal dengan 3 tips ni sekejap je boleh licin kulit muka. Nak pergi interview jadi model pun takde masalah punyalah hehe.

Mungkin tips ni tak berkesan untuk sesetengah orang. Dalam Biologi dulu pun kita belajar salah satu faktor pertumbuhan jerawat disebabkan oleh hormon dalam badan kita sendiri. Jadi sabarlah. Sampai masa jerawat tu akan hilang jugak.

Renung-renungkan dan selamat beramal

Saranan Keluarga Avail : FC BIO PAD / I-FOOD / PRO-POLIS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh